![]() |
| LUAS dah TAK LUAS..Dah TERBALIKKK..!!! |
Saya agak terkejut
apabila Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang ditubuhkan oleh kerajaan
BN di Selangor kini bersikap pembelit “putar alam” setelah kerajaan
negeri itu diambil alih oleh Pakatan Haram.
Pengarahnya, Md. Khairi Selamat baru-baru
ini mengeluarkan kenyataan senada dengan MB Selangor, Khalid “Gagap”,
kononnya sumber air di negeri termaju itu cukup untuk kegunaan rakyat
sehingga tahun 2030.
Katanya, hanya 40% dari sumber air larian
di permukaan diperlukan bagi menampung kekurangan sumber bekalan air
bersih di negeri itu.
Untuk makluman, air larian di permukaan
yang dimaksudkan itu merangkumi air hujan yang jatuh tu ditadah dan
dikumpulkan samada nak buat benteng, kolam atau apa-apa jenis takungan,
LUAS belum umumkan sehingga kini.
Merujuk kepada kenyataan LUAS,
pengarahnya yang “cerdik pandai” cakap sumber air yang boleh digunakan
adalah sumber lombong, kolam dan termasuk longkang, lecak serta takungan
yang ada di Selangor. Semua kawasan yang boleh ditakung air akan
dicampurkan sekali..
Pertamanya, saya tertanya-tanya mengapa
kenyataan LUAS sangat berbeza berbanding yang dinyatakan pada kajian
industri air pada tahun 2000 dulu?
Dulu, LUAS sendiri menyatakan bahawa
sumber air di Selangor tidak cukup dan setuju menambah sumber baru air
mentah di Selangor setelah dikejutkan dengan Krisis Air 1998 serta
menyokong pembinaan loji Langat 2 yang bersumberkan air dari Pahang.
Mengapa kini LUAS berpusing 360 darjah? Atau Pengarah LUAS dipaksa diugut Khalid untuk mengeluarkan kenyataan menyokongnya?
Menurut dari laman web LUAS…
“Ahli Lembaga Pengarah LUAS dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah LUAS sendiri sebagai Setiausaha.”
Nampak tak? Dulu Khalid cakap dia tak
bekukan Capex SYABAS. Memang benar kerana surat tersebut
ditandatangani, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin dan
kini Pengarah LUAS selaku setiausaha pula kata air mentah di Selangor
cukup sampai 2030. Kalau tak dengar cakap “boss”, silap haribulan dapat
gelaran “bodoh” dan tak mustahil hilang kerja pula nanti..
Pengarah LUAS mahu rakyat Selangor dan
Lembah Klang minum air lombong dan air hujan? Apa kata kalau dia dan
keluarganya dulu yang minum?
Saya tak tahu dari mana LUAS dapat idea
bodoh untuk mengumpul air hujan, lombong dan sebagainya. Apakah LUAS
mahu semua rakyat Selangor menakung air hujan di dalam baldi atau
mengorek telaga?
Kemudian LUAS mahu memaksa rakyat membeli
teknologi membran untuk memproses air dari sumber tersebut? Atau LUAS
mahu SYABAS kutip air dari setiap rumah dan dibawa ke loji rawatan air
untuk diproses?
Jika diharapkan air dari lombong, apakah
air dari sumber itu akal kekal tidak berkurangan dan seperti “telaga air
zam-zam” di Mekah yang tidak pernah kering? Kalau musim kemarau nanti
bagaimana?
Apakah LUAS mahu membina loji
berteknologi membran di setiap lombong, sungai dan parit di Selangor?
Bagaimana pula dengan paip-paip untuk menyalurkan air kepada rakyat? Nak
suruh SYABAS kutip pakai lori lagi, kah?
Kalau nak pakai lori, maka Kerajaan
Selangor ada alasan lagi nak beli lori. Bisnes model ni bagus sebab
boleh suruh Ronnie Liu beli lagi lori tangki air dari China, sama macam
beli lori sampah dulu. Kayalah lagi kroni Pakatan Haram dan Khalid pula
akan dapat sebuah lagi “bas baru”?
Khalid selama ini kerap menghina para
pegawai kerajaan, tetapi baru-baru ini dia puji LUAS sebagai “agensi
terbaik” dalam memantau bekalan air di Selangor. Ada udang sebab batu
ke? Lepas dipuji Khalid, LUAS terus jadi pandai pulak?!!! Kenyataan
terancang Khalid-LUAS?
Sumber: Mykmu.net

No comments:
Post a Comment