Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, December 16, 2012

KARPAL PEDASSS..!!! "DINASTI LIM" TERUS BONEKAKAN DINASTI SINGH IS KING..!!!

dinasti-lim

Agak menarik mendengar tentang khabar angin yang sedang bertiup kencang di kalangan para perwakilan DAP yang menyertai Kongres Kebangsaan DAP ke-16 yang mengatakan wujudnya konspirasi pihak tertentu untuk menyingkirkan Presidennya, Karpal Singh.

Kononnya, kumpulan yang cuba menyingkirkan Karpal dari dilantik di dalam sebahagian dari Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) itu diketuai oleh seorang wanita yang giat bertemu ramai pemimpin DAP di seluruh negara bagi menggulingkan Presiden mereka.


Bagaimanapun, usaha menggulingkan Karpal dari jawatan nombor satu DAP itu dijangka tidak berjaya memandangkan Presiden DAP itu memiliki personaliti yang amat kuat sekali terutamanya prinsipnya yang menolak perlaksanaan hukum hudud secara total.

Itulah “keistimewaan” Karpal Singh dan kerana prinsip itulah dia dijangka bakal dikekalkan sebagai Presiden “boneka” DAP sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi, khususnya sebagai persediaan “menjajah” Putrajaya.

Lebih menarik, bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim juga bersetuju bahawa Karpal akan kekal sebagai pemimpin nombor satu DAP dan akan terus menjadi “boneka” sepertinya dulu.

Tunku Abdul Aziz yang berpengalaman di dalam kepimpinan DAP berkata, selain dilihat sebagai individu yang diperalatkan untuk meneruskan dasar menolak hukum hudud, Karpal tidak lebih untuk dijadikan alat untuk menarik golongan Sikh dan India untuk kekal menyokong DAP.

Padahal, bekas Naib Presiden DAP menegaskan bahawa bekas partinya itu adalah sebuah parti yang berasaskan sifat chauvinis dan tidak demokratik sama sekali!

Jelaslah di sini bahawa DAP hanyalah bermain wayang. Kononnya sebuah parti yang disertai oleh pelbagai komposisi kaum, padahal mereka sebenarnya hipokrit dalam perjuangan serta dipercayai dikuasai sepenuhnya oleh “Dinasti Lim”.

Sebuah parti yang memperjuangkan kesamarataan hak dan tidak menghormati ketetapan perlembagaan ini sebenarnya tidak lebih dari hanya membawa perjuangan “abang besar” mereka, PAP, di Singapura.

Tapi, takkanlah mereka akan mengaku bahawa mereka membawa agenda “merepublikkan” Malaysia seperti Singapura, bukan?

Rakyat Pulau Pinang mempunyai pengalaman berharga yang “tidak akan dapat dilupakan seumur hidup” apabila mereka dipimpin oleh salah seorang ahli “Dinasti Lim” dimana dasar PAP begitu subur dilaksanakan di Pulau Mutiara itu.

Lihatlah bagaimana “little Napolean” itu mendera bangsa Melayu, kaum India dan kaum Cina yang tidak menyokong Pakatan Haram di Pulau Pinang, habis dihalau dan dinafikan hak mereka di sana.

Keburukan pemerintahan “Dinasti Lim” di Pulau Pinang bukan saja diperkatakan oleh bangsa Melayu dan India, malah Melayu PAS, PKR dan kaum Cina di negeri itu juga ramai yang sudah menyumpah-nyumpah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Rasanya, hanya orang lama seperti Tunku Aziz saja yang faham dan sudah betul-betul “masak” dengan DAP serta perjuangan sebenar parti itu yang jelas menafikan segala ciri-ciri demokrasi serta merugikan Melayu dan Islam di negara ini.

Sebab itulah ramai penyokong akar umbi PAS yang menolak persahabatan parti mereka dengan DAP. Tapi apakan daya, Nik Aziz nak sangat tengok PAS membentuk Kerajaan Pusat. Mungkin pada Nik Aziz, biar tergadai Islam dan Melayu, asalkan PAS dapat kuasa…

Tak payah cakaplah tentang PKR. Ketua Umumnya tak habis-habis mimpi nak jadi Perdana Menteri. Gadai isteri, anak-anak dan sahabat handai pun dia sanggup!

Dan akhirnya, DAP yang dapat kuasa…Anda rela?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!