Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, December 20, 2012

KALAU HANGPA GAJI BAWAH RM7,500 JANGAN MIMPI NAK BELI RUMAH DI PENANG..!!!

rumah teres kos rendah

Sekiranya anda berhajat untuk berpindah dan menetap di Pulau Pinang, pastikan anda berstatus jutawan terlebih dahulu sebelum melaksanakan hajat anda. Itu pun jika anda benar-benar mahu menetap dan memiliki rumah di negeri naungan DAP itu.

Bukan apa, jangan terkejut jika anda dapati bahawa kesemua rumah di negeri itu sangat mahal harganya sehingga mencecah RM400,000 hingga RM1.5 juta bagi unit-unit biasa berbanding harga rumah sebenar.

Bukan mahu menakut-nakutkan sesiapa, namun itulah realiti yang berlaku setelah Lim Guan Eng mengambil alih Pulau Pinang dari kerajaan BN sejak Mac 2008 yang lalu.


Ketika berkempen untuk PRU ke-12 yang lalu, saya percaya bahawa rakyat Pulau Pinang tidak lupa dengan janji Pakatan Haram dan Guan Eng bahawa mereka akan membina sebanyak 11,500 rumah mampu milik yang hanya berharga sekitar RM150,000 di pulau tersebut.

Namun sehingga kini, malah turut ditegur di dalam laporan audit tempohari, kerajaan negeri pimpinan DAP itu masih lagi belum membina walau sebuah pun rumah mampu milik yang berharga seperti yang dijanjikan.

Kalau ada yang dibina pun, semuanya adalah rumah “tak mampu milik” orang rakyat yang berpendapatan sederhana sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan. Apatah lagi untuk dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah! Jangan mimpilah…

Persoalannya, bagaimanakah golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini mahu memiliki rumah sendiri di Pulau Mutiara itu dengan harga-harga rumah yang jauh melambung tinggi akibat dasar perumahan DAP yang tidak realistik dan tidak berkebajikan itu?

Kalau ada pun rumah mampu milik, mereka hanya mampu membelinya di luar pulau iaitu di sekitar kampung-kampung di Kepala Batas, Nibong Tebal dan sebagainya. Kalau nak cari di sebelah pulau, jangan haraplah! Flat buruk di tingkat 4 pun disewa setinggi hampir RM1,000 seunit!

Bayangkanlah jika anda berpendapatan sederhana dan bekerja di sebelah pulau, nampaknya anda terpaksa berulang alik jauh untuk ke tempat kerja dengan tanggungan kos petrol, tol dan kos makanan yang agak tinggi setiap bulan, bukan?

Apakah ini yang dikatakan sebuah pemerintahan yang “berkebajikan” sebagaimana yang dilaungkan oleh puak-puak Pakatan Haram siang dan malam?

Sudahlah dibuang perjuangan “kerajaan Islam”, buat dasar “kerajaan berkebajikan” pun Pakatan Haram masih lagi menzalimi rakyat dengan menindas rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana?

Guan Eng perlu ingat, Pulau Mutiara itu bukanlah hak eksklusif dan layak dihuni oleh golongan kaya raya sepertinya dan “Rainbow” sahaja. Berilah peluang kepada rakyat yang bergaji sederhana dan rendah. Mereka pun nak rasa miliki rumah sendiri juga…

Mujurlah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ada menawarkan skim perumahan PR1MA berjumlah 20,000 unit di pulau tersebut. Itupun beliau hanya mampu merealisasikannya jika BN kembali merampas Pulau Pinang dari kezaliman Guan Eng.

Perkhabaran dari Pulau Pinang memberitahu bahawa rata-rata rakyat berpendapatan sederhana dan rendah di negeri itu tidak sabar-sabar menanti PRU ke-13.

Bukan apa, jari jemari mereka terlalu “gatal”! Kata mereka, “gatal” tersebut hanya akan hilang sekiranya mereka lakukan dua perkara pada PRU ke-13 nanti.

Pertamanya, mereka mahu memangkah lambang “dacing” pada PRU ke-13 nanti bagi memastikan kemenangan BN semula, manakala yang keduanya ialah mereka mahu “menampar Khalifah chauvinis ultra kiasu” itu laju-laju!

Saya yakin bahawa kehendak mereka yang pertama itu akan terlaksana tidak lama lagi. Namun saya kurang pasti pula dengan kehendak mereka yang kedua, mungkin tak sempat “tampar”, “Khalifah” itu sudah lari ke Melaka menyorok bawah ketiak isterinya.

Pesan saya, jangan main-main dengan mamu dan mami Pulau Pinang. Silap haribulan, merasalah penangan panas kari dari tapak tangan mereka! Guan Eng nak rasa, kah?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!