Sebagai seorang yang
menyokong semangat demokrasi di negara ini, saya sangat mengalu-alukan
kehendak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk terus bertanding
pada Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Bukan apa, saya rasa sungguh teruja untuk
menyaksikan seorang lelaki yang sudah berumur lebih kurang 82 tahun
bertanding pada pilihanraya kali ini.
Sekiranya dia menang bertanding, maka dia
akan sekali lagi dilantik menjadi wakil rakyat di kawasan yang
diwakilinya. Jika rakyat di kawasannya berjumlah 30,000 orang, maka dia
akan diamanahkan untuk menjaga kebajikan puluhan ribu rakyat di kawasan
tersebut.
Cuma apa yang saya khuatirkan, mampukah
Nik Aziz yang selalu keluar masuk hospital, pernah muntah darah,
dimasukkan ke ICU dan mempunyai masalah kesihatan yang tidak menentu itu
berkhidmat kepada rakyat?
Kalau pejabatnya pun terpaksa dipindahkan
dari tingkat atas ke tingkat bawah kerana tak mampu naik turun tangga,
apakah itu petanda Mursyidul Am itu masih punya tenaga untuk memberi
khidmat terbaik kepada masyarakat yang diwakilinya?
Tak mengapalah. Mungkin dia fikir dia
masih mampu. Lagipun kalau umurnya tak panjang, dia akan menyebabkan
kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk mengadakan Pilihanraya
Kecil pula di kawasan yang dia wakili.
Kerana dia, duit rakyat jugak yang akan dihabiskan nanti…
Nik Aziz layak bertanding dan tolonglah
jangan marah jika dia tetap berdegil untuk bertanding menjadi ADUN atau
Ahli Parlimen nanti. Larat atau tidak, itu soal kedua. Tentang amanah
dan tanggungjawab pula, pandai-pandailah dia jawab dalam kubur nanti.
Namun saya yakin, Nik Aziz kini bukan
lagi “aset” bagi PAS. Malah, rata-rata golongan muda terpelajar yang
menyokong dan mendokong parti “bulan purnama” itu sebetulnya mahu dia
berundur segera dan digantikan dengan Timbalannya, Datuk Dr. Harun Din.
Itu bukan rahsia.
Lagipun, ramai akar umbi PAS di seluruh
negara sudah “letih” dan “bosan” dengan fatwa-fatwa Nik Aziz yang
semakin hari semakin menjahanamkan parti itu sama ada dari dalam atau di
luar parti.
Misalnya, kedegilan Nik Aziz yang
bermati-matian mahu berkawan dengan “syaitan-syaitan politik” mendapat
tentangan hebat di kalangan golongan muda PAS yang melihat “persahabatan
syaitan” itu sebagai “gabungan bawa rebah”.
Apatah lagi mereka dimalukan di khalayak
masyarakat Malaysia apabila perjuangan menubuhkan negara Islam dan
perlaksanaan hukum hudud terpaksa dilupakan hanya kerana tunduk kepada
kehendak kedua “syaitan” tersebut.
Jangan fikir saya menulis kosong dan
janganlah terkejut jika anda terjumpa dengan ramai ahli PAS yang malu
untuk mengaku mereka ahli parti itu!
Maklumlah, dulu mereka tuduh UMNO kafir
kerana berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC, kini mereka terpaksa menjilat
kembali ludah mereka hanya disebabkan oleh seorang yang bernama Nik
Aziz Nik Mat!
Silalah bertandinglah wahai Nik Aziz.
Kalau ada umur pada PRU ke-14, bertandinglah lagi. Kononnya dia memberi
alasan bertanding demi untuk “melawan pihak yang menentang Islam”.
Padahal, dia sendiri berpeluk sakan
dengan pihak yang terang-terangan menentang Islam dan hukum hakamnya.
Manakala satu pihak yang dipeluknya itu pula begitu menyokong rejim
Zionis Yahudi Israel membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin!
UMNO menentang Islam? Kalau benar UMNO
menentang Islam, sudah pasti Islam sudah lenyap pada tahun 1960 lagi.
Tapi amat menghairankan apabila Islam tetap maju berkembang, malah
menjadi contoh ke seantaro dunia! Mungkin Nik Aziz “buta” barangkali,
kan?
Sumber: Mykmu.net
8 comments:
Dia malu nak cakap yang UMNO lah yang sebenarnya telah memperkasakan agama, bangsa dan negara di seluruh dunia. Kelantan buat ape. Sebiji masjid je.
hmm, begitulah, bile rakyat dibutakan, mula2 dirabunkan, lame2 dibutakan, x kenal mane yg baik mane yg buruk, shgga apabila diajarkan sesuatu, bgitulah yg diterima, smakin hari hilang jati diri, smkin hari hilang nilai kemelayuan, semakin hari hilang adab dan kesopanan, meninggalkan ajaran alquran dan alhadits, berbicara atas nafsu ammarah, tanpa kewarasan, tanpa panduan dengan keyakinan apa yang aku pegang adalah kebenaran, sedang aqidah x sama dgn cara hidup, aqidah hanya dimulut, aqidah hanya pada tulisan2, terus tersesat dalam kejahilan, menjadi rakyat yg bodoh seperti rakyat firaun yg dbodohkn pmerintahan, meninggalkan tuntutan hidup beragama....
semoga Allah merahmati hidup ini dan ditunjukki kepada jalan
kebenaranNya.....
aku pun setuju kalau dia bertanding lagi supaya banyak isu boleh diketengahkan. Kalau panjang umur dia bolehlah lihat terus kesengsaraan yang dibawanya. Kalau tak sempat menghabiskan penggal, boleh tengok pilihanraya kecil dan rebutan jawatan MB di sana keh keh keh
Baca "Bila lelaki berkain batik" di Tendang Terajang.
Salam boss... Hebat Blog boss... Mohon dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog boss.. Terima Kasehh Boss..
Ok juga dia bertanding,kalau PR menang nanti dapatlah dia menjadi MENTERI NIKAH KAWIN dlm kabinet PR,memang u je kebolehan beliau,nak cakap pasal lain x de,pembangunan ekonomi ummah langsong xde dlm kepala dia. cuma maki UMNO dh jadi darah daging,
Nik Ajis ni bute hati, lebih terok dari buta mata......
Nik Ajis ni bute hati......berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi.....
aku org kelantan dan sedih dgn sikap org kelantan yg berada di sekeliling aku krn pemikiran mrk amat2 statik dan taksub tahap luar sedar. hal ini krn apa2 shj keburukan yg berlaku di kelantan, semuanya salah umno atau bn ataupun kerajaan persekutuan.sedangkan 22 tahun pas perintah kelantan x ada buat apapun, apa yg kami nikmati skrg krn usaha kerajaan persekutuan, kalaulah kerajaan persekutuan bersikap pilih kasih mcm puak pr, entah apa akn berlaku kpd negeri ini. ORG KELANTAN BODOH TAHAP DEWAKAN NIK NAJIS.PUIIIHHHHHHH
Post a Comment