Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, December 9, 2012

GEMPARRR..!!! MAT SABUN MAHU 13 MEI BERULANG KEMBALI..??!!!

mat sabu syiah

Seronok betul para pemimpin Pakatan Haram, khususnya Mat Sabu, memperkatakan tentang kononnya sekumpulan Pemuda UMNO Gombak telah bertindak ganas terhadap salah satu ceramah mereka di Gombak baru-baru ini.

Mat Sabu mendakwa kononnya UMNO cuba bertindak ganas kerana terdesak takut kalah pada PRU ke-13 nanti.

Menambah garam secukup perisa dengan tohmahannya itu, Mat Sabu tidak teragak-agak untuk mendakwa bahawa UMNO sedang melakukan propaganda ganas dengan mengaitkan peristiwa 13 Mei sekiranya Kerajaan BN tewas pada pilihanraya yang akan menjelang tidak lama lagi.

Timbalan Presiden itu menyatakan bahawa UMNO cuba meniup insiden berdarah itu bagi menakut-nakutkan rakyat di Malaysia, khususnya kaum Cina melalui propaganda tersebut.

Benarkah kata-kata seorang lelaki yang pernah mengorat dan memperisterikan isteri rakan karib yang banyak berjasa padanya itu?

Sejak 2008 di mana kita menyaksikan BN lemah akibat kurang sokongan disebabkan beberapa faktor dalaman, Pakatan Haram yang kononnya merasa mereka “kuat” semakin ganas memenuhi jalan-jalan raya di negara ini.

Seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi bagaimana ganasnya puak-puak Pakatan Haram itu melakukan kekecohan sehingga menyebabkan ibu negara lumpuh serta menjejaskan imej negara di mata dunia.

Bukan itu saja, keganasan yang mereka timbulkan itu juga telah menyebabkan negara kerugian beratus juta ringgit bagi setiap kekecohan yang mereka lakukan.

Siapa yang tidak pernah dengar tentang himpunan tidak bertamadun seperti Bersih, Bersih 2.0, Bersih 3.0, himpunan 901 di depan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, himpunan “katak” hijau ke Putrajaya. Semuanya benar-benar menghuru-harakan!

Satu Malaysia dapat melihat bagaimana sebuah kereta polis telah dibaling batu sehingga pemandunya terbabas dan kenderaan tersebut diterbalikkan oleh puak-puak Pakatan Haram yang tidak faham-faham akan tugas polis menjaga keamanan dalam negara.

Itu belum lagi dengan insiden seorang polis trafik yang tergelincir jatuh dari motorsikalnya sebelum dibelasah teruk oleh “monyet-monyet” yang memakai baju kuning di atas jalanraya di ibu negara!

Saya ingin bertanya, apakah semua tindakan para penyokong Pakatan Haram itu tidak menunjukkan sebarang keganasan berlaku?

Siapa pula yang terdesak sehingga terpaksa menjelajah ke seluruh negara dengan siri-siri ceramah bohong mereka pada setiap hari dan malam, berkempen politik menyuruh rakyat menyokong mereka untuk jadi Perdana Menteri?

Berbeza dengan himpunan yang dianjurkan Kerajaan BN, contohnya Himpunan Jutaan Belia, tiada sebarang kekecohan berlaku serta program tersebut berjaya dijalankan dalam keadaan aman dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Penyertaan di himpunan anjuran BN itu bukanlah berjumlah 50,000 atau 100,000 seperti yang dianjurkan Pakatan Haram (itupun dicampur dengan jin dan jembalang!), tapi Himpunan Jutaan Belia itu mencecah lebih 2 juta kehadiran dengan bukti!

Paling membanggakan, tiada sebarang keganasan berlaku!

Saya faham bahawa Pemuda UMNO memang “nakal” sedikit. Tapi jika dibandingkan dengan para penyokong Pakatan Haram, tak kira muda atau tua, semuanya ganas-ganas dan aggresif belaka! Polis yang berkawal pun berani diserang!

Kalau nak disebut tentang peristiwa 13 Mei, saya rasa ramai yang tidak mahu insiden berdarah itu berulang kembali. Namun secara asasnya, peristiwa itu berlaku kerana kurangnya perpaduan kaum di Malaysia ketika itu.

Sejak peristiwa itu berlaku, Kerajaan BN mengeratkan perpaduan kaum. Lain pula halnya dengan Pakatan Haram, parti-parti pembangkang ini menyemai bibit-bibit kebencian di antara kaum sehingga wujud syak wasangka buruk, khususnya terhadap orang Melayu!

Jadi secara tidak langsung, Pakatan Haramlah yang sebenarnya mendorong kepada peristiwa hitam itu untuk kembali berulang, bukan? Apahal pula Mat Sabu  nak tuduh BN dalam hal ini? Nak kena lempang?

Tak payahlah nak temberang rakyat. Kalau temberang “Normah” mungkin dia “terpaksa” percaya. Tapi kalau berniat nak auta rakyat, silap-silap teruk Pakatan Haram ke balun pada PRU ke-13 nanti, kan?

Sumber: Mykmu.net

4 comments:

MONTERO said...

salam

mohon tuan pautkan blog ambo. blog tuan sudah di link kan di blog ambo

http://mrmontero.blogspot.com/

tkasih

Anonymous said...


hensem la maulagi sabun ini; serban tujuh hasta

Anonymous said...

Dia ni dulu Pemalas nak cari kerja bila fail dikolej.Nak cari jalansenang dapat duit g ceramah sama PAS,maka kekallah sampai sekarang menipuuuu,Macam Nik AZIZ juga,,,,merea ni saling x tumpah macam ayah PIN,cuma cara berbeza.

jijan mali said...

Pemilihan Mat Sabu 123 menunjukkan tahap mentaliti ahli-ahli PAS-pis-pus didalam memilih pemimpin mereka. Kebanyakan mereka ini telah meng'kepala lutut' kan otak mereka masing-masing. Bak kata orang putih -'you reap what you sow'.(Kepada yang tak faham cakap om putih tu, tolong buka dictionary. Kalau tak faham jugak memang sah lah otak anda di kepala lutut anda ...muahahaha). Hanya segelintir saja spesis PAS-pis-pus yang masih meletakkan otak mereka di kepala. Segelintir ini tidak cukup untuk menghalang Parti PAS-pis-pus ini dari dikeldaikan oleh P'Gay'R dan DAPpigs dlm PRU13 ni nanti. Nasib kamulah labu....muahahaha...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!