Apabila Menteri Besar
Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dikritik hebat oleh ratusan kakitangan
dan ribuan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana tidak mampu
mentadbir universiti itu dengan baik, Azizan melenting “naik minyak”.
Di sidang DUN Kedah tempohari, dia
berkata KUIN dalam keadaan “baik” diuruskan oleh rakan baiknya, Datuk
Dr. Jamil Osman sebagai Rektor dan universiti yang menjadi kebanggaan
rakyat negeri Kedah itu tidak mengalami sebarang masalah kewangan
sebagaimana didakwa.
Kononnya, KUIN akan lebih berjaya apabila kampusnya di Kuala Ketil siap dibina kelak...
Sebagaimana maklum, Azizan sering
menyebut di mulutnya agar semua pihak “buat kerja cara Islam” dan tidak
menipu memandangkan penipuan itu adalah dilarang, tidak bermoral dan
berdosa dari sudut hukum Islam.
Namun, bagaimana jika saya katakan bahawa
Azizan berbohong besar dan telah hampir merosakkan KUIN? Sebenarnya,
saya melihat KUIN kini telah menjadi “pusat pengagihan kekayaaan” di
kalangan kroni-kroni Azizan, Dr. Jamil dan rakan-rakan baik Anwar
Ibrahim.
Saya memiliki senarai puluhan nama yang
dikatakan kroni-kroni Azizan, Anwar dan khususnya Dr. Jamil yang
dilanjutkan kontrak sebagai Rektor selama 4 tahun baru-baru ini oleh
Azizan meskipun kakitangan KUIN mendesak dia dipecat segera dari kolej
universiti itu.
Antaranya ialah CEO Insan Medik yang membawa isteri dan menantunya masuk ke KUIN dan menjawat jawatan utama.
CEO Insan Medik itu juga merangkap Fellow
Kuliyyah Perubatan, Pensyarah dan pemangka CEO Insaniah Holdings itu
dikatakan memperoleh pendapatan lebih RM40,000 sebulan, isterinya
RM25,000 sebulan dan menantunya pula memperoleh lebih RM15,000 sebulan.
Bayangkan mereka sekeluarga sahaja sudah
menelan wang sebanyak RM80,000 sebulan dan mereka bukanlah satu-satunya
keluarga kroni Dr. Jamil yang ada di KUIN! Ada ramai lagi kroni-kroni,
rakan baik, bekas rakan sejawat dan tukang bodek “jester” yang
“menghabiskan wang rakyat” di KUIN!
Punyalah hebat KUIN, mereka kini sudah
memiliki Kuliyyah Perubatan sendiri yang diketuai oleh CEO Insan Medik
itu sendiri. Untuk makluman, Insan Medik merupakan satu syarikat bukan
di bawah KUIN dan dibayar untuk menjadi tenaga pengajar di KUIN. Ada
berlaku di universiti lain?
Kuliyyah itu ditubuhkan pada tahun 2011
dan hanya memiliki seramai 26 orang pelajar. 15 pelajar belajar ditahun
dua dan 11 pelajar baru masuk tahun 2012 baru-baru ini. Maklumlah, kos
baru ditubuhkan…
Peliknya, mereka memiliki 11 mayat untuk
menjadi bahan kajian dalam pengajian mereka. Pernah dengar pelajar yang
baru ditahun satu dan dua sudah dibenarkan “sentuh” mayat? Cuba
bersangka baik, saya menjangkakan kuliyyah itu hanya menggunakan 1 mayat
sahaja untuk dikaji.
Tapi, bagaimana pula dengan 10 lagi mayat
yang ada? Bagaimana dengan kos penyelenggaraan mayat yang melibatkan
kos ratusan ribu ringgit? Syarikat mana yang mendapat “anugerah
direct-nego” tanpa tender untuk menguruskan mayat-mayat tersebut?
Bayangkan, dengan jumlah-jumlah kos yang
tinggi yang saya sebutkan di atas melibatkan Kuliyyah Perubatan di KUIN,
apakah ia dapat ditampung dengan kos yuran para pelajar seramai 26
orang itu?
Itu baru membabitkan satu kuliyyah di
KUIN dan bayangkanlah apa yang berlaku pada kuliyyah-kuliyyah lain yang
ada di universiti tersebut. Dan bayangkan pula apa yang terjadi pada
kedudukan kewangan KUIN…
Ketika KUIN ditinggal dan diamanahkan
kerajaan BN kepada PAS Kedah, kedudukan kewangan di universiti itu
sangat kukuh dan sama ada kakitangan atau para pelajar, mereka begitu
aman terteram serta berbangga sebagai warga KUIN.
Tapi bila PAS mengambil alih KUIN sejak
Mac 2008, boleh dikatakan hampir setiap enam bulan kolej universiti
Islam itu dicemari dengan insiden demonstrasi dan rusuhan yang
menggambarkan protes dari seluruh kakitangan serta para pelajarnya.
Peliknya, yang mengetuai gerakan
demonstrasi-demonstrasi tersebut adalah seorang pendokong PAS totok yang
pernah sanggup mengambil cuti untuk membantu Nizar Jamaluddin
berkempen di PRK Bukit Gantang dulu.
Jadi, jangan hairanlah jika selepas ini
saya katakan bahawa para penyokong PAS tegar sendiri pun menyampah,
marah, kecewa dan benci dengan pentadbiran PAS Kedah. “Kerja cara Islam”
pun penyokong PAS benci? Pelik, kan?
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment