Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, December 16, 2012

GEMPARRR..!!! DAP MALUKAN PAS LAGI DI HIMPUNAN KONGRES DAP..!!!

dap ganti pas

Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu perasaan PAS apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi mengumumkan bahawa parti pimpinannya itu memilih Anwar Ibrahim selaku calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Pengumuman yang dibuat Karpal di dalam Kongres Kebangsaan DAP ke-16 baru-baru ini benar-benar membuat muka para penyokong PAS “merah padam” apabila Presiden PAS tidak dipilih oleh rakan “syaitan” mereka itu.


Mendengar penegasan DAP itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali cepat-cepat “cover line”, kononnya calon Perdana Menteri hanya akan diumumkan oleh Pakatan Haram selepas hari penamaan calon PRU ke-13 nanti.

Begitulah PAS dan pemimpinnya yang masih tidak sedar-sedarkan diri lagi.

Diperkuda, dikeldaikan dan dihina sebegitu rupa oleh rakan-rakan “syaitan” mereka pun, mereka masih tegar dengan “tahaluf siyasi” yang merugikan PAS sendiri…

Sudah banyak kali saudara seagama mereka dari UMNO sudah mengingatkan kealpaan dan kedudukan PAS yang dipermainkan DAP dan PKR, tapi PAS tetap teguh berdiri bersedia untuk ditipu dan diperkotak-katikkan bagai budak hingusan di medan politik negara.

Saya masih teringat teriakan para perwakilan PAS pada Muktamar parti itu yang lalu di mana mereka meminta agar Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13 nanti.

Kata mereka, apa kurangnya Abdul Hadi? Di mana cacat celanya Abdul Hadi?

Senang saya katakan di sini bahawa Abdul Hadi tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh para penyokong PAS.

Sebabnya, Abdul Hadi merupakan Presiden PAS paling lemah dalam sejarah parti itu apabila merelakan diri dan parti itu untuk bersekongkol dengan “syaitan-syaitan” belaan PAP dan rejim Zionis Yahudi Israel untuk “menjajah” negara ini.

Hadi begitu lemah apabila tunduk bagaikan budak kecil kepada kehendak Nik Aziz sedangkan dia merupakan Presiden PAS yang diberi kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan syura di dalam parti itu.

Hadi hanya membiarkan saja Nik Aziz menggunakan kuasa vetonya di dalam syura PAS untuk sebarang keputusan meskipun majoriti ahli-ahli syura menolak pendirian Mursyidul Am PAS tersebut.

Kononnya, Nik Aziz menggunakan “tahaluf siyasi”. “Tahaluf siyasi” jenis apa yang harus dipatuhi jika ia jelas merugikan serta meletakkan PAS di dalam kehinaan serta dianggap seolah-oleh “keldai suruhan” di dalam pakatan “syaitan” tersebut?

Malah, ramai akar umbi PAS kini sedang memberontak dan menganggap Nik Aziz sebagai satu liabiliti di dalam parti itu.

Golongan ini lebih tulen perjuangan mereka dengan menegaskan bahawa mereka lebih rela tidak memerintah negara asalkan dasar dan prinsip perjuangan PAS tidak tergadai seperti yang sedang berlaku sekarang.

Jelaslah di sini bahawa Abdul Hadi selaku Presiden PAS telah gagal memimpin PAS dengan baik dan telah mencemar begitu banyak perjuangan parti itu selama dia memimpin. Layakkah dia menjadi Perdana Menteri?

DAP sudah tentu mahu Anwar menjadi Perdana Menteri kerana “boneka jijik” itu sanggup melakukan apa saja untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Apatah lagi dengan “rahsia” Anwar yang kini ada di dalam poket Karpal, sudah tentu DAP begitu mudah untuk memaksa pemilik OMEGA itu untuk menurut segala kemahuan mereka. Jika tidak, “rahsia” buka…kan?

Jadi, faham-fahamlah apa yang bakal berlaku jika Pakatan Haram menjajah negara ini. Boleh hancur Malaysia sekelip mata saja, kan? Dan relakah kita melihat negara ini hancur begitu saja? Tepuk dada, tanyalah diri anda sendiri..

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Tak mengapalah, DAP baik...yang tak baiknya UMNO je..biarlah PAS kow tow pada DAP. Memang itulah Hadiah Allah swt pada PAS. Saudara sendiri susah sangat nak berbaik, Saudara seIslam di Kafirkan, di KO kan... jadi Allah beri DAP dan Parti Sesat Kelentong PKR...baguslah..Syukur Alhamdulillah.

Kutukan Dewata said...

PAS SEMAKIN SESAT KERANA BERKETUAKAN
ULAMA JAHAT SEPERTI YANG RASULULLAH JELASKAN BAHAWA DI AKHIR ZAMAN AKAN RAMAI LAHIRNYA ULAMAK JAHAT.

ULAMAK PAS SETARAF BAL'AM IBNU BAURA YANG MENDOAKAN KECELAKAAN KEPADA NABI MUSA DAN TENTERANYA.

NAMUN ALLAH BALIKKAN KECELAKAAN TERSEBUT KEPADAPUAK BAL'AM IBNU BAURA.

Kutukan Dewata said...

salam tuan,

pakatan haram ini sangat istimewa.

mereka ada nabi baru,ada imam mahadi,ada khalifah umar abdul aziz.terbaharu mereka sudah ada akbar agung pengasas agama pluralisma din illahi.itulah istimewanya pakatan taksubiah!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!