Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 19, 2012

FAHAMAN SESAT: HABIBIE LEBIH "JANTAN" BERBANDING ANWAR..!!!

anwar habibie

Persahabatan dan kesefahaman di antara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie, bukanlah satu rahsia di mana kedua bekas pemimpin kerajaan itu sealiran dalam banyak perkara.

Ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia, dia telah menjadi dalang utama yang sengaja tunduk di atas desakan pihak Barat yang mahu negara jiran itu “membebaskan” Timor Timur untuk keluar dan menjadi sebuah negara baru.

Habibie yang ketika itu sangat rapat dengan kuasa-kuasa Barat telah bersetuju dan tindakan tersebut telah menyebabkan rakyat Indonesia melihatnya sebagai seorang pengkhianat negara sekaligus menyumbang kepada kejatuhan kuasa politiknya sebagai Presiden repulik berkenaan.


Sinonimnya dengan Anwar, desas-desus sedang bertebaran di Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang bahawa terdapat ura-ura bahawa Ketua Pembangkang itu akan mengikut jejak langkah bekas Presiden Indonesia itu.

Dikhabarkan bahawa sekiranya Pakatan Haram menjajah Putrayajaya dan Anwar ditabal menjadi Perdana Menteri, negeri Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang akan dipertimbangkan untuk keluar dari Malaysia menjadi negara asing.

Pun begitu, desas-desus itu masih lagi belum dapat dipastikan kebenarannya dan ramai yang berpendapat bahawa ia hanyalah omongan kosong Anwar untuk “menggula-gulakan” rakyat negeri-negeri itu untuk mengundinya.

Lagipun, Anwar memang terkenal dengan janji-janji manis beracun, dan segala janji tersebut langsung tidak boleh dipercayai, bukan?

Baru-baru ini juga, Habibie menegaskan kepada media-media di negara jiran bahawa fahaman pluralisme merupakan satu faktor utama yang menyumbang kepada perpaduan di kalangan rakyat.

Sebenarnya, kenyataan tersebut bukanlah satu kejutan memandangkan pendapat bekas Presiden negara jiran itu sangat senada dengan pendirian Anwar Ibrahim yang merupakan “bapa pluralisme” di Malaysia.

Pada Habibie dan Anwar, semua agama di dunia ini, termasuk Islam, adalah sama dan tidak ada yang perlu diberi keistimewaan atau keutamaan oleh pihak kerajaan. Dan disebabkan itulah juga maka mereka berdua sangat menyokong penubuhan InterFaith Commision (IFC).

Dengan wujudnya IFC di negara ini, maka fahaman pluralisme boleh tumbuh subur di sini di mana Islam akan hilang keistimewaannya.

Apabila itu terjadi, Islam yang diberikan keistimewaan eksklusif di dalam perlembagaan akan hilang keistimewaan tersebut dan negara ini dijangka tidak akan lagi mengutamakan kepentingan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan.

Persoalannya, mahukah kita melihat semua itu berlaku di negara Islam ini?

Namun begitu, saya melihat Habibie lebih berani untuk mengutarakan pendiriannya di khalayak umum. Habibie sekurang-kurangnya tidak hipokrit dan tidak berlakon apabila menyatakan sokongannya terhadap fahaman pluralisme.

Berbanding Anwar, Ketua Umum PKR itu dilihat bacul dan “pondan” kerana tidak berani menyuarakan pendiriannya meskipun satu negara tahu betapa Anwar begitu serius menyebarkan fahaman songsang itu di Malaysia.

Yang merisaukan saya, Habibie pernah menjadi Presiden dan dia terbukti merugikan negara serta benar-benar menghina kepentingan Islam di rantau Asia Tenggara ini.

Dan sekiranya Anwar berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti, apakah kita akan kehilangan Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang?

Dan apakah kita rela fahaman pluralisme menular dan tersebar secara meluas sehingga mencemar aqidah umat Islam di negara ini?

Saya percaya, itulah yang akan berlaku sekiranya kita membiarkan Anwar berkuasa di Malaysia dan apakah kita hanya akan membiarkan saja perkara ini berlaku? Nauzubillahi min zalik…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!