Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, November 12, 2012

TU DIAAA..!!! LEPAS HILANG NEGARA ISLAM DAN HUDUD, PAS GADAI AQIDAH PULAKKK..!!!


Setelah bersahabat dengan DAP dan PKR sejak tahun 2008, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat melangkah selangkah lagi ke arah “kegelapan” apabila bertindak mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, yang terjerat dengan kata-katanya baru-baru ini.

Nurul Izzah jelas membenarkan umat Islam di negara ini untuk keluar Islam pada umur 18 tahun ketika menjawab soalan peserta forum yang dianjurkan oleh sebuah badan orientalis di sebuah gereja di Petaling Jaya.

Namun oleh kerana Nurul Izzah merupakan anak kepada Anwar yang dikatakan “menyara” PAS, Nik Aziz terpaksa mempertahankan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dengan alasan kenyataan “anak papa” itu dianggap “bercelaru”.

Apa yang celarunya? Jika Nik Aziz punya masalah untuk memahami bahasa Inggeris dengan baik, rasanya PAS mempunyai ramai ahli yang mahir menggunakan bahasa dunia itu.

Jadi, kenyataan yang mana satukah yang dikatakan “celaru” oleh Nik Aziz? Rasanya Nik Aziz perlu teliti kenyataan Nurul Izzah yang telah diterjemah seperti yang berikut…

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.” – Nurul Izzah.

Dalam kenyataan di atas, ahli Majlis Peguam yang seksi, Siti Zabedah Kasim, yang bertanyakan soalan kepada Nurul Izzah di forum tersebut jelas memahami apa yang dikatakan oleh anak sulung Anwar itu.

Jika Nik Aziz punya keraguan untuk memahami jawapan Nurul Izzah itu, Mursyidul Am PAS itu boleh bertemu dengan Siti Zabedah untuk pencerahan sebenar.

Sebenarnya, dari rakan-rakan PAS yang saya hubungi, ramai di kalangan mereka yang sangat kecewa dengan tindakan Nik Aziz yang mempertahankan Nurul Izzah.

Menurut mereka yang rata-ratanya merupakan graduan universiti dan telah menonton video rakaman forum tersebut menyatakan bahawa memang benar Nurul Izzah telah membenarkan bangsa Melayu yang beragama Islam untuk memeluk agama lain selepas berumur 18 tahun.

Kata mereka, berucap di depan 200 orang bukan Islam dan umat Islam berfahaman liberal seperti Siti Zabedah, Nurul Izzah telah berkompromi berhubung aqidah umat Islam dan mahu kesamarataan hak beragama diamalkan di negara ini.

Dalam ertikata lain, Nurul Izzah mahu golongan yang berumur 18 tahun ke atas diberikan kebebasan hak untuk memilih agama lain selepas berumur 18 tahun dan menentang ketetapan perlembagaan yang menegah tindakan tersebut.

Rakan-rakan saya yang merupakan “penganut PAS totok” itu sangat kecewa dengan keputusan “tok guru” mereka itu.

“Mula-mula PAS peluk golongan yang menentang hudud dan negara Islam, Tok Guru taat pada kehendak mereka. Kami malu dah sekali.

“Tapi kali ni Tok Guru pertahan pulak Nurul Izzah, padahal kenyataan Nurul Izzah tu mengancam aqidah umat Islam di negara ni, patut ke?” soal mereka mempertikaikan tindakan seorang pemimpin yang bertaraf “Nabi PAS” itu.

Rasanya, tidak perlu UMNO menyerang Nurul Izzah pun, puak-puak PAS sendiri dalam diam mengutuk kenyataan dan prinsip fahaman agama anak sulung Anwar Ibrahim itu yang dianggap tidak bertanggungjawab serta songsang di padangan mereka.

Persoalannya, apakah tindakan Nik Aziz ini merupakan satu lagi keputusan “tahalluf siyasi” yang sebelum ini digunakan untuk menghalalkan perjanjian PAS dengan DAP dan PKR?

Setelah PAS kehilangan maruah dengan menggadaikan perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam dan hukum hudud di bawah tapak kaki DAP dan PKR, apakah kali ini mereka sekali lagi memejamkan mata dan sanggup menggadai masa depan aqidah umat Islam di negara ini?

Rasanya sudah terang lagi bersuluh, PAS sememangnya semakin terpesong dari ajaran Islam yang sampaikan oleh Rasulullah SAW.

Persoalannya, apakah umat Islam di negara ini sedar tentang hakikat ini? Wallahu’alam.

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

pas di pimpin oleh Dewan Pastor bukan dewan ulamak.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!