Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, November 28, 2012

PERKARA YANG PATUT DICONTOHI PAS SELURUH MALAYSIA..!!!


Walaupun aku berbeza ideologi politik dengan PAS, aku sebenarnya berkawan rapat dengan ramai kawan-kawan PAS. Malah boleh dikatakan kawan-kawan aku lebih ramai PAS berbanding UMNO...

Dalam ramai-ramai kawan aku ni, ada juga la yang tahu aku ni memang ahli dan sokong UMNO 100%. Tapi, meskipun berbeza pandangan politik, itu tidak menghalang kami untuk berkawan baik sampai ke hari ni...

Sebenarnya, itulah yang dituntut oleh Islam. Aku boleh berimamkan kawan aku dan aku pun pernah jadi imam ketika bersolat jemaah dengan kawan-kawan PAS aku... itu pendirian kami. Islam dulu, politik jatuh di belakang...

Dan apa yang berlaku di Baling ni memang menarik. Tapi kat kawasan tu je la! Ada beberapa kawasan di Baling, khususnya kat sebuah sekolah agama PAS tu, sampai ayam yang disembelih penyokong UMNO pun depa tak makan! 

Tu baru penyokong UMNO, bukan ahli..!!! Heh! Totok, kan?

Aku puji masyarakat di kawasan Baling yang satu ni. Dan apa pula pandangan korang, setuju dengan pendirian aku? Aku selalu cuba berkawan dengan Sanusi Md Noor, tapi Sanusi lebih suka berkawan dengan "setan DAP'...nak buat lagu mana...? Iskkkk...iskkkk...
 
Pas-Umno kongsi pelamin


Pas-Umno kongsi pelamin
khemah biru hijau yang melambangkan dua parti politik berbeza turut digunakan pada majlis persandingan.
BALING - Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam.

Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; Zulkifli
Ahmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.


Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling.

Pas-Umno kongsi pelamin

Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza.



“Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali.



“Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama,” katanya kepada Sinar Harian.



Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan.



“Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya.



Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin.



“Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.



Majlis yang berakhir jam 6 petang itu turut dihadiri pemimpin setempat antaranya penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli. - Sinarharian

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!