Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 10, 2012

PENERBIT FILEM HINA ISLAM AKHIRNYA DIPENJARA..!!!


Nakoula Basseley Nakoula atau Sam Bacile. Masih ingat lagi nama lelaki ini? Lelaki ni la yang menerbitkan filem Innocence of Muslims tu. Dia dipenjara juga akhirnya...

Malangnya, dia bukan dipenjara sebab filem haram jadahnya tu. Tapi disebabkan oleh melanggar syarat parol atas kesalahan menipu sebuah bank pada 2010.

Pada aku, kalau aku jumpa lelaki ni berdepan, dah tentu aku akan pijak dia hidup-hidup! No mercy lagi dah! Kalau korang macamana pulak? Pijak jugak ke?

Lelaki terbit filem anti-Islam dipenjara

LOS ANGELES 8 Nov. - Dalang filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan di dunia Arab, Mark Basseley Youssef dikenakan penjara selama setahun kerana melanggar syarat parol atas kesalahan menyeleweng sebelum ini.

Youssef, 55, yang juga dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula atau Sam Bacile akan menjalani hukuman itu di penjara Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selepas mengaku bersalah terhadap empat dakwaan kerana menggunakan identiti palsu iaitu tindakan melanggar syarat parol atas kesalahan menipu sebuah bank pada 2010.

Dia menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun namun empat daripada lapan dakwaan yang dikenakan digugurkan selepas membuat perjanjian dengan pendakwa raya.

Lelaki itu ditangkap pada September lalu kerana melanggar syarat parol tersebut.

Pada perbicaraan bulan lepas, dia enggan mengaku bersalah atas dakwaan berkenaan, tetapi Youssef semalam menukar pengakuan ke atas empat tuduhan. 

Hakim Christina A. Snyder berkata, Youssef yang ditahan sejak lima minggu lalu, perlu menjalani penjara selama 12 bulan dan diikuti pengawasan selama empat tahun selepas dibebaskan.

Youssef dikenal pasti sebagai dalang video Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad hingga mencetuskan keganasan yang menyaksikan berpuluh-puluh orang maut pada September lalu. - AFP

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!