Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 10, 2012

PEDASSSS DARI TUN M..!!! MALAYSIAKINI JADI SASAU..!!!

Tun m

Marah betul laman portal pro-pembangkang Malaysiakini apabila disindir sinis mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kontrak Petronas yang dikatakan “sengaja” diberikan kepada anaknya, Datuk Mokhzani Mahathir.

Kemarahan Malaysiakini itu sehingga membuat laman itu menyiarkan insiden memalukan portal tersebut, namun sudah tentu ia ditulis di dalam bentuk yang akan memburuk-burukkan negarawan ulung yang banyak menabur jasa kepada dunia internet di negara ini.

Malaysiakini kononnya mahu “mengenakan” Tun Dr. Mahathir dengan bertanyakan tentang kontrak Petronas yang diberikan kepada syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd dengan nilai kontrak kononnya sebanyak RM700 juta.

Berpengalaman mengendalikan wartawan yang cuba memburuk-burukkan beliau, Tun Dr. Mahathir selamba menyatakan bahawa “beliau memang sengaja mengarahkan projek berkenaan diberikan kepada Mokhzani”.

Malah tambahnya, “semua mesyuarat Petronas dipengerusikan olehnya dan sememangnya beliau mengarahkan kontrak berkenaan diberikan kepada anaknya, tidak kepada pihak lain”.

Lebih melucukan, arkitek pembangunan negara itu menyuruh wartawan Malaysiakini berbangsa Cina itu menulis apa yang disindirnya itu di dalam laman portal yang sering memanipulasi berita dan memburuk-burukkan kerajaan UMNO/BN itu.

Saya yakin, sekiranya saya ditempat wartawan tersebut, sudah tentu itu adalah kali terakhir untuk saya bertemu dengan negarawan itu dan saya tidak mahu malu lagi selepas disindir begitu tajam sekali.

Rasanya, hanya mereka yang tebal muka dan tak tahu malu saja yang akan tahan sindiran tajam sebegitu. Saya tidak pasti sama ada wartawan Malaysiakini punya rasa malu atau tidak…

Pun begitu, saya tertanya-tanya tentang kontrak Petronas tersebut. Jika benar kontrak itu diberikan kepada syarikat SapuraKencana Petroleum, apa salahnya?

Apakah syarikat berkenaan milik Mokhzani seorang dan apakah tiada lagi Ahli Lembaga Pengarah lain selain Mokhzani di dalam syarikat berkenaan?

Bagaimana dengan Datuk Hamzah Bakar, Datuk Seri Shahril Shamsuddin, Chong Hin Loon dan Yeow Kheng Chew? Apakah mereka juga anak-anak Tun Dr. Mahathir? Dan mengapa pula mereka ini tidak disentuh?

Lagipun, melihat pada nama syarikat yang tertera perkataan “Petroleum”, apakah berdosa dan salah sekiranya kontrak berkenaan diberikan kepada syarikat tersebut? Lainlah jika terdapat perkataan “tembakau”, “kayu kayan” atau “nasi beriani gam” pada nama syarikat tersebut.

Jadi, memandangkan syarikat berkenaan adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berasaskan petroleum, apa salahnya diberikan kontrak Petronas itu kepada pihak mereka? Atau Pakatan Haram mahu kontrak itu diberikan kepada Kohilal?

Itu cuma satu kontrak sahaja. Bagaimana pula dengan ribuan kontrak Petronas yang lain dan apakah kontrak-kontrak berkenaan juga diberikan kepada anak-anak Tun Dr. Mahathir? Saya yakin jawapannya adalah tidak sama sekali.

Menghairankan, mengapa Malaysiakini tidak pernah tergerak hati untuk “mengorek” maklumat mengenai skandal pasir di Selangor?

Laman portal yang dipercayai mendapat pembiayaan Yahudi itu patut bertanya kepada Khalid Gagap tentang siapakah Pengerusi Kumpulan Alam Semesta yang menguasi industri pasir di negeri itu dan apa pertalian darahnya dengan Menteri Besar Selangor itu.

Abdul Rahman Ibrahim itu “abang” atau siapa pada Khalid Ibrahim dan mengapakah segala urusan pasir di negeri itu diberikan kepadanya sehingga ramai kontraktor di Selangor yang menggelarnya sebagai “Raja Pasir Semesta Selangor”?

Malaysiakini patut “korek” skandal berkenaan sehingga ke akar umbi. Bukan apa, rakyat Selangor pun nak tahu juga apa yang berlaku mengenai hasil mahsul negeri itu yang dikatakan telah dibolot oleh “The Sons Of Ibrahim & Co”…kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!