Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 15, 2012

PEDASSS..!!! PAK LEBAI PAS TAKKAN BERANI SEBUT PERKARA NI DI MUKTAMAR PUNYA..!!!

dap pas

Sememangnya Muktamar PAS ke-58 ini bakal mencuri tumpuan ramai khususnya bagi menilai masa depan PAS yang semakin kelam kehilangan maruah setelah bergabung bersama DAP dan PKR sejak empat tahun lalu.

Ramai rakan-rakan PAS di peringkat akar umbi yang tidak sabar-sabar mahu melihat hala tuju PAS, terutamanya menjelang PRU ke-13 yang dikatakan akan berlangsung sebelum Mac tahun hadapan.

Setelah menandatangani “perjanjian syaitan” dengan DAP dan PKR, PAS telah menggadai banyak prinsip perjuangan mereka, termasuk menggadaikan maruah perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Ketika awal penggabungan Pakatan Haram dulu, PAS hanya boleh diterima masuk di dalam Pakatan “Syaitan” itu sekiranya parti itu bersetuju untuk mengugurkan perjuangannya menubuhkan sebuah Kerajaan Islam (Daulah Islamiyyah).

Akibatnya, PAS tergadai maruahnya apabila menggugurkan prinsip utama mereka itu dengan bertukar kepada perjuangan Negara Berkebajikan.  Di mana maruah PAS dan para penyokong mereka ketika itu?

Setelah bergabung dan berjaya menjajah beberapa buah negeri, PAS semakin hilang maruah apabila perjuangan melaksanakan hukum hududnya pula dipajakkan di “kedai pajak gantung”!

Misalnya, Nizar di Perak sanggup menipu dengan menegaskan bahawa PAS tidak pernah memperjuangkan hukum hudud dan akan menyaman mana-mana pihak yang mendakwa PAS akan melaksanakan hukum berkenaan.

Hasilnya, negeri Perak dan Kedah, meskipun dijajah dan ditadbir oleh pak-pak lebai PAS, mereka langsung tidak berani bersuara berkenaan hukum hudud.

Persoalannya, mengapa jadi begitu bacul, penakut, “bisu”, “pekak” dan “tuli”?

Segalanya kerana “perjanjian syaitan” pucuk pimpinan PAS dengan DAP dan PKR, bukan?

Saya yakin, sekiranya PAS tidak bergabung dengan puak-puak chauvinis ultra kiasu yang menentang keistimewaan Islam dan Melayu itu, sudah tentu PAS akan hilang maruah dengan menggadaikan prinsip perjuangan mereka turun temurun itu, bukan?

Sekiranya PAS tidak bergabung dengan parti “agen Yahudi” dan penyokong LGBT itu yang bersifat opportunis gila kuasa itu, sudah tentu PAS tidak akan “dibisukan”, bukan?

Persoalannya, mengapa dan siapa yang “bijak pandai” sangat membawa PAS bergabung dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan PAS hilang harga diri itu? Nik Aziz atau Hadi Awang?

Pada perkiraan saya, Hadi Awang suatu ketikanya pernah menyokong penuh penubuhan Kerajaan Perpaduan (UG) sebelum Presiden PAS itu berputar 360 darjah disebabkan “fatwa” Mursyidul Am PAS dan golongan “Anwarinas” di dalam parti itu.

Dan Nik Aziz pula dikatakan pernah mengamuk di dalam mesyuarat dan bertindak keluar dari bilik mesyuarat hanya kerana “fatwa”nya yang mahu berdakapan dengan DAP dan PKR tidak dipersetujui oleh pucuk pimpinan PAS Pusat.

Jadi, rasanya kita semua dapat menilai siapa yang perlu bertanggungjawab mengenai hubungan “tahaluf siyasi” di antara PAS dengan “syaitan-syaitan” politik itu, bukan?

Itu hanyalah dua contoh terbesar yang memperlihatkan bagaimana PAS telah melumurkan parti mereka dengan “tahi-tahi syaitan” dan saya percaya ramai dari kalangan kita yang tahu lebih banyak dari itu, khususnya sahabat-sahabat PAS.

PAS kini sudah hilang maruah apabila golongan pro-ulama ditolak mentah-mentah oleh para “penganut agama PAS”, hasil percaturan mudah golongan liberalisme yang telah ditanam oleh Anwar di dalam parti itu sejak sekian lama.

Nama-nama seperti Kamarudin Jaafar, Khalid Samad, Husam Musa dan ramai lagi rakan-rakan karib Anwar kini menunjukkan belang mereka masing-masing sehingga menyebabkan ramai golongan ulama PAS berjaya “dibisukan” dengan mudah.

Persoalannya, apakah para perwakilan di Muktamar PAS kali ke-58 ini berani untuk mengetengahkan isu yang menjadi keluhan majoriti akar umbi PAS di seluruh negara?

Atau PAS akan terus dicemar dengan “sindrom Anwarinas” serta sanggup membiarkan parti mereka dilihat sebagai “keldai pencacai” DAP dan PKR? Sama-samalah kita nantikan Muktamar Pak-Pak Lebai Agama PAS Se-Malaysia kali ini…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!