Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    38 minutes ago

Friday, November 9, 2012

PEDASSS..!!! LYNAS MENANG, FUZIAH BAKAL DISAMAN..???

fuziah lynas

Saya bagaikan terbayang muka merah padam Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, setelah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan untuk menolak permohonan injuksi interim terhadap kilang Lynas di Gebeng yang dipohon oleh tiga orang penduduk Kuantan.

Selama ini Fuziah yang ditugaskan untuk memburuk-burukkan kilang Lynas itu bermati-matian menyerang kilang tersebut sehingga begitu terdesak merakam sebuah video pendek dan mensia-siakan bahan mentah makanan yang kononnya terkena radiasi.

Tidak puas dengan itu, Fuziah menyebarkan khabar angin bahawa bahaya kilang Lynas itu setara dengan risiko operasi sebuah loji nuklear seperti di Chernobyl sehingga mencetus ketakutan dan mempengaruhi beberapa penduduk di Kuantan.

Padahal, kilang Lynas itu hanyalah sebuah kilang biasa yang memproses nadir bumi yang mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan yang sangat ketat dan menghasilkan paras radiasi yang sangat kecil.

Bayangkan, radiasi sebuah rumah batu dan telefon bimbit lebih tinggi parasnya berbanding paras radiasi yang dihasilkan di kilang tersebut!

Setelah rakyat diperjelaskan tentang keadaan sebenar dan fakta-fakta dari Mosti, AELB serta AEIA didedahkan bahawa kilang itu selamat serta tidak merbahaya sebagaimana yang tohmah Fuziah, reputasi Fuzian semakin hilang.

Pada saya, permainan Fuziah berkenaan tohmahan yang dilemparkan terhadap kilang Lynas tersebut merupakan bukti nyata yang mempamerkan betapa puak-puak Pakatan Haram begitu gemar mengada-adakan sesuatu yang tidak ada.

Perkara yang tidak benar sama sekali telah diputar belitkan sehingga mencetus kerisauan dan ketakutan di kalangan rakyat. Padahal semua itu adalah propaganda jahat dan jijik yang cuba dilakukan Pakatan Haram dengan motif politik yang keji!

Saya tidak pasti sama ada terdapat fatwa di dalam gabungan parti pembangkang itu mengenai hukum melemparkan tohmahan, fitnah atau syubhah.

Namun saya yakin bahawa agama Islam yang saya pegang sejak lahir melarang sama sekali umatnya menabur fitnah, melakukan tohmahan atau perkara syubhah, apatah lagi yang menimbulkan kekeliruan dan mendorong kepada kekecohan umum.

Menyusuri isu Lynas, saya percaya bahawa ramai di kalangan kita yang menyaksikan tindakan Pakatan Haram yang menganjurkan pelbagai demonstrasi haram yang cuba memburuk-burukkan kilang Lynas yang berpengkalan di luar negara itu.

Persoalannya, dengan tindakan tersebut, tidakkah mereka terfikir bahawa tindakan itu sebenarnya akan menakut-nakutkan ramai pelabur asing yang berminat untuk mengembangkan pelaburan mereka di Malaysia?

Kesan dari tindakan menakut-nakutkan pelabur itu akan menjadikan negara ini kurang pertumbuhan ekonomi di mana para penduduk tempatan akan menghadapi kekurangan peluang pekerjaan. Ini berlaku di negara luar dan apakah Pakatan Haram suka perkara ini berlaku di Malaysia?

Saya mengharapkan agar isu Lynas ini dapat memberi pengajaran terbaik kepada rakyat di negara ini dan membuka mata serta minda mereka supaya tidak dijajah oleh anasir-anasir politik busuk yang diamalkan oleh pihak Pakatan Haram.

Hikmah yang terjadi berhubung isu Lynas ini wajar dijadikan contoh jelas bagaimana para pemimpin gabungan parti pembangkang sering mempolitikkan isu yang tidak sepatutnya dan tidak mengenal dosa atau pahala di dalam perjuangan politik mereka.

Lupakanlah detik-detik pahit ditipu oleh para pemimpin Pakatan Haram dan sesungguhnya Allah itu begitu Pemurah untuk menerima taubat hambaNya yang sebelum ini menyokong sebuah perjuangan palsu yang tidak bermoral.

Apa salahnya kita bertransformasi ke arah positif dan sesungguhnya Allah itu amat menyukai mereka yang meninggalkan sifat buruk sangka yang cuba diterapkan oleh Pakatan Haram kepada rakyat di negara ini.

Apapun, kita terjemahkan penolakan kita terhadap Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti sambil menghantar mesej kepada “Anwar OMEGA” bahawa rakyat Malaysia tidak rela memiliki sebuah kerajaan penipu dan suka memutar belitkan realiti, insyaAllah…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

MMI said...

Salam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!