Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 22, 2012

PEDASSS DI KEDAH..!!! ADUN-ADUN PAS TAK BERANI PANGGUNG KEPALA DENGAR ISU NI..!!!


Agak mengejutkan apabila mendengar cerita salah seorang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengenai sekumpulan pelajar universiti itu yang dikecewakan dan merasa tertipu mengenai kursus yang mereka pelajari.

Menurut sumber yang saya temui baru-baru ini, seramai tujuh orang pelajar KUIN jurusan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran telah menamatkan pengajian mereka dengan semangat berkobar-kobar dan rasa gembira pada Julai lalu.

Mereka begitu ceria bersama keluarga menerima sekalung ijazah setelah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai graduan tahfiz Al-Quran yang sudah tentu mudah untuk mencari pekerjaan.


Setelah selesai majlis konvokesyen KUIN dan menerima ijazah tersebut dari DYMM Yang DiPertuan Agong, mereka pulang ke rumah dan mula mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka.

Malangnya, tidak seorang pun dari mereka ditawarkan pekerjaan meskipun pernah memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (SPA) beberapa kali, seolah-olah tidak laku di mata mana-mana majikan.

Hairan dengan keadaan tersebut, salah seorang dari mereka telah mendapat maklumat bahawa permohonan mereka ditolak SPA Kedah disebabkan oleh  ijazah yang mereka perolehi dari KUIN itu sebenarnya tidak diiktiraf MQA, sebuah badan akreditasi pendidikan di negara ini.

Justeru itu, mereka tidak ada pilihan lain dari terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan sesuap nasi. Rasa teraniaya dan ditipu hidup-hidup menebal di hati mereka.

“Mengapa ijazah mereka tidak diiktiraf MQA?”, jerit hati kecil mereka.

Terkini, seramai tiga orang dari pelajar tersebut terpaksa bekerja di kedai serbaneka 24 jam, seorang menoreh getah di kampung, dua orang memandu teksi di ibu negara dan manakala seorang lagi terpaksa bekerja di restoran.

Sebenarnya, cerita mengenai ketujuh-tujuh pelajar KUIN yang malang ini dapat dihidu media yang kemudiaan bertanya kepada pihak pengurusan universiti itu untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya.

Menurut Rektor KUIN, Datuk Dr. Jamil Osman, KUIN mengaku telah menghantar permohonan mendapatkan pengiktirafan MQA bagi kursus ijazah tersebut beberapa bulan sebelum majlis konvokesyen diadakan dan hanya menunggu jawapan dari badan tersebut.

Katanya, masalah para pelajar itu akan selesai dalam sedikit masa selepas MQA menghantar kelulusan akreditasi bagi jurusan tersebut.

Bagi mendapatkan kepastian, salah seorang bapa pelajar tersebut terpaksa mengambil inisiatif ke ibu negara untuk bertanya sendiri kepada MQA mengenai penjelasan Rektor itu dan dia sangat terkejut bahawa MQA memberitahu bahawa mereka baru saja menerima permohonan tersebut.

Selidik punya selidik, rupanya KUIN baru saja menghantar permohonan itu pada 26 September 2012, selepas “temberang mereka pecah”dan MQA telah menerimanya pada keesokan harinya, bertarikh 17 September 2012!

Dari tarikh penerimaan itu, MQA akan mengambil masa standard selama 9 bulan untuk memproses permohonan itu sebelum memberika keputusan sama ada mereka akan meluluskan kursus tersebut atau tidak.

Nampaknya ada yang tidak kena dalam hal ini. Mengapa seorang Rektor sebuah universiti Islam di Kedah yang selama ini mempunyai reputasi yang sangat baik sanggup menipu mengenai masa depan anak bangsa yang menimba ilmu kitabullah di situ?

Sekiranya pihak universiti itu bersalah atau tersilap sekalipun, apa salahnya jika mereka mengaku kesilapan atau kecuaian itu kepada media dan ketujuh-tujuh pelajar KUIN tersebut?

Dan kini, seramai 20 orang pelajar sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda Tahfiz Al-Qurandi KUIN. Apakah mereka juga akan menerima nasib yang saman sebagaimana tujuh orang pelajar yang sudah tamat pengajian itu?

Buat kursus dulu dan kemudian baru minta kelulusan dari MQA? Pengurusan IPT jenis apakah di bawah PAS Kedah ini? Di zaman UMNO/BN dulu tidak pernah berlaku prosedur songsang sebegini!

Pada saya, Rektor KUIN yang menjadi kesayangan Menteri Besar Kedah itu bertanggungjawab dalam hal ini dan sekiranya dia mempunyai maruah sebagai seorang ahli akademik yang profesional, dia perlu meletak jawatan segera!

Sekiranya Jamil enggan meletak jawatan, Azizan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN wajar memecat Rektor itu dari kontraknya dalam tempoh 24 jam, atau Azizan sendiri yang patut meletak jawatannya, setuju?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!