Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 22, 2012

PEDASSS BERASAPPP..!!! BUKTI MAHASISWA SEBENAR LEBIH BAIK DARI GENG ADAM ADLI..!!!

Perkara yang bukan menjadi budaya Adam Adli dan seangkatan dengannya...
Cuba tengok perbezaan ketara antara para mahasiswa sebenar berbanding mahasiswa upahan Pakatan Haram, memang besar sangat perbezaan antara depa. Bukan aku nak kutuk, tapi dah kenyataan..

Kalau tengok perangai budak-budak mahasiswa upahan Pakatan Haram macam Adam Adli, "Sawan" Anang, dan ramai lagi adik-adik kita yang terpengaruh dengan propaganda jahat Pakatan Haram, dah tentu ramai yang menyampah...

Depa ni suka buat kecoh, buat demo sana sini, sertai himpunan bodoh, sokong puak LGBT, tiru PAS tidur atas jalan, panjat pagar, kurang ajar, biadap, menyusahkan orang, buat dataran merdeka macam bapak depa punya...Tu semua mahasiswa upahan Pakatan Haram punya budaya laa..!!!

Tapi cuba tengok budaya mahasiswa sebenar. Depa menganjurkan budaya membaca. Kalimah pertama yang Allah SWT turunkan kepada Rasulullah SAW adalah "bacalah" (iqra') dan dari budaya membacalah maka lahirnya cendikiawan, ilmuwan, ulama dan golongan intelektual.

Besar kesan membaca ni. Bila banyak membaca, kita dapat banyak ilmu. Bila banyak ilmu, Allah angkat darjat kita ke tempat yang lebih tinggi. Firman Allah SWT...
"Yarfa'illahul lazi na'aamanu minkum wal lazina uutul ilma darajat.."
Korang cari sendiri la maknanya....heh! Ye la..takkan aku nak suap semuanya... banyakkan membaca!

Pelajar UiTM Anjur Program Membaca Dalam LRT

KUALA LUMPUR – Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan program Fiesta Seronoknya Cuti bertemakan Membaca Sertinggi Awam bermula 30 November ini.

Rakan kerjasama program itu, PTS Media Group Sdn. Bhd. (PTS Media) melalui satu kenyataan media memberitahu, projek berkenaan yang turut memperoleh kerjasama daripada Menara Kuala Lumpur (KL) dijadual berlangsung sehingga 2 Disember ini.

“Program ini antara lain bertujuan mengalakkan aktiviti membaca dalam Transit Aliran Ringan (LRT) dalam kalangan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.

“Acara ini juga bertujuan memberi sokongan padu dalam menyahut seruan kerajaan bagi mengalakkan budaya membaca dalam kalangan remaja dan kanak-kanak,” kata Ketua Unit Pemasaran PTS Media merangkap Penasihat Kempen Fiesta Seronoknya Cuti, Aizat Razak melalui kenyataan itu hari ini.

Aizat berkata, melalui program itu, para pelajar UiTM terlibat dan peserta lain akan bergerak dalam tiga kumpulan di tiga lokasi stesen LRT dan monorail berbeza bagi mengedarkan buku terbitan PTS media secara percuma kepada pengguna pengangkutan awam berkenaan.

Menurutnya, antara stesen terlibat adalah LRT Kelana Jaya iaitu di KLCC, Ampang dan Seri Rampai manakala LRT Terminal Putra meliputi Masjid Jamek dan Pasar Seni.

Tambah beliau, aliran monorail terlibat pula meliputi kawasan Bukit Bintang Plaza, Plaza Low Yat, Pavillion, Plaza Sungai Wang dan Berjaya Times Square. - Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!