Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 10, 2012

PEDAAASSSS LAGIII..!!! PAS LUPAKAN KONSEP ISLAH DALAM ISLAM..!!!

akhbar_karpal_dap_langkah_mayat_hudud_islam-300x225

Agak menarik untuk mengulas pertikaian tentang istilah kafir harbi dan kafir zimmi yang sedang hangat diperkatakan, apatah lagi istilah tersebut dikaitkan dengan DAP, sebuah parti politik pembangkang yang konsisten membantah kepentingan Islam di negara ini.

Puak-puak PAS merujuk kepada penjelasan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din yang menyatakan bahawa kedua-dua istilah tersebut tidak timbul selagi negara ini belum menepati ciri-ciri sebuah negara Islam mengikut spesifikasi yang beliau mahukan.

Jadi pada mereka, DAP tidak wajar disifatkan sebagai kafir harbi sebagaimana yang dikatakan oleh seorang tok guru pondok di Tumpat, Abdullah Sa’amah.

Bagaimanapun, apakah pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS itu tepat dan tidak boleh dipertikaikan?

Saya bukanlah seorang ulama yang memiliki ilmu agama yang tinggi. Namun rasanya saya mempunyai beberapa soalan untuk Timbalan Mursyidul Am PAS yang cuba menyembunyikan status sahabat “syaitan”nya itu…

Pertamanya, apakah hukumnya sekumpulan golongan bukan muslim yang terang-terangan menolak hukum Allah di muka bumi ini?

Setahu saya, setiap kali PAS merencanakan dan bercadang untuk melaksanakan hukum hudud, DAP merupakan pihak yang paling lantang menentang kehendak parti itu. Ada kalanya penentangan itu sehingga membabitkan nyawa!

Misalnya, PAS mengutarakan perlaksanaan hudud PAS. Tapi DAP menyanggah sehingga Presidennya, Karpal Singh menegaskan bahawa PAS perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum tersebut.

Dalam ertikata lain, DAP sanggup bersabung nyawa asalkan hukum hudud tidak dilaksanakan di negara ini. Dan apakah itu bermakna DAP tidak menentang hukum Allah?

Mujurlah PAS hanya mengutarakan hukum hudud versi PAS yang begitu banyak khilafnya dan tidak mempamerkan keadilan sebagaimana hudud Allah yang sebenar. Jika tidak, sudah pasti ada “mayat” yang sudah “dilangkah”!

Menyebut mengenai negara Islam yang menepati ciri-ciri sebuah negara Islam yang diiktiraf Datuk Dr. Harun Din, apakah lagi ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam?

Saya hairan. Negara-negara Islam di seluruh dunia begitu menghormati dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di peringkat antarabangsa. Tapi, ulama PAS tetap tidak mengiktiraf “Daulah Islamiyyah” yang ditubuhkan UMNO ini.

Sekiranya Malaysia bukan sebuah negara Islam, apakah Datuk Dr. Harun Din fikir negara ini akan diterima masuk sebagai ahli OIC dan pernah menjadi negara yang mempengerusikan pertubuhan negara-negara Islam terbesar itu?

Sekiranya Malaysia masih belum sempurna dasar Islamnya, mengapa PAS dan Datuk Dr. Harun Din sendiri tidak tampil membantu UMNO untuk mengimarahkan agama Allah itu di bumi bertuah ini?

Siapa yang melarang PAS dan Datuk Dr. Harun Din untuk berbuat demikian? Atau PAS dan Harun Din bertujuan untuk mengejar kuasa dan jawatan politik melebihi kepentingan agama Allah di Malaysia?

Apakah Datuk Dr. Harun Din tidak pernah mendengar perkataan “ISLAH” di dalam muamalah sesama saudara seagama? Bukankah Allah SWT berfirman supaya umat Islam menggunakan kaedah islah sesama mereka sekiranya ada kekhilafan yang berlaku?

Sebaliknya, PAS dan Datuk Dr. Harun Din memilih untuk bersahabat dengan “syaitan” untuk meruntuhkan sebuah kerajaan Islam di Malaysia! Ini sudah bertentangan dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah, bukan?

Saya hairan dengan corak pendekatan para ulama PAS dalam hal ini. DAP dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga, sedangkan UMNO yang merupakan saudara seagama diserang PAS setiap detik mereka bernafas!

Tak malukah PAS menyerang saudara seagama sendiri dan berpihak kepada golongan kuffar yang jelas menentang perlaksanaan Islam di negara ini?

PAS kononnya mahu Islam diutamakan lebih dari politik. Namun dengan cara politik PAS yang terkini, jelas menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan politik berbanding Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW!

Justeru itu, PAS perlu bermuhasabah dalam hal ini dan memikirkan hubungan mereka dengan sahabat “syaitan” mereka selagi “nasi belum menjadi bubur”. Gesaan ini bukan untuk menyelamatkan UMNO, tapi demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!