Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 17, 2012

PANASSSS..!!! RUPANYA HADI DAH LAMA TERINGIN DUDUK DI PUTRAJAYA...

Hadi

Kalau dulu dia mahu jual Putrajaya sekiranya berkuasa sebagai Kerajaan Pusat, tapi sekarang dia mahu menjajah dan menawan pusat pentadbiran negara itu pada PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Begitulah betapa “munafik” atau bahasa modennya, “flip-flop” Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya yang terbaru di Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memberitahu cadangan Kerajaan BN bahawa beliau akan membina sebuat pusat pentadbiran setaraf White House bernama “Putrajaya”, Abdul Hadi menyanggah dan membantah keras cadangan tersebut.

Mungkin memikirkan bahawa bantahan Hadi itu hanyalah sekadar “bantahan bodoh” dari “orang bodoh” yang tidak berpandangan jauh, Tun Dr. Mahathir dan kerajaan pimpinannya malas untuk melayan kehendak Presiden PAS itu serta meneruskan projek pembinaan Putrajaya.

Nah! Tersergam indah dan melambangkan ketamadunan Malaysia sebagai sebuah negara yang teratur dan mendedikasikan pentadbiran negaranya dengan kelas yang tersendiri, hasil pandangan 100 terkehadapan oleh arkitek kemajuan negara, Tun M!

Ketika itu, siang malam Abdul Hadi menghentam Putrajaya. Kos pembinaan pusat pentadbiran kerajaan dipertikai pada setiap ceramahnya dan habis dikerah para pencacainya menyumpah-nyumpah Putrajaya…

Dia mengecam Tun M dan membidas kononnya pembinaan Putrajaya itu membazir wang rakyat. Habis tu, takkan nak bina bangunan pentadbiran kerajaan pakai duit Tun M, kot???

Peliknya, semalam Abdul Hadi begitu serius dan bersungguh-sungguh mahu mengambil alih Putrajaya dan menegaskan bahawa cita-citanya itu bukanlah sekadar impian!

Jadi, dalam diam Hadi bermimpi-mimpi untuk mendiami Putrajaya? Begitu? Impian? Sejak bila Hadi mula mengimpikan Putrajaya? Sejak Putrajaya dibina lagikah?

Dulu Abdul Hadi sengaja sembunyikan impiannya untuk mendiami Putrajaya? Di mulut kata tidak, dihati meruntun-runtun mahu memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri?

Pada saya, Abdul Hadi hanyalah bermimpi disiang hari. Putrajaya bukan miliknya. Lagipun, kalau Pakatan Haram mampu menjajah Putrajaya sekalipun, tempat Hadi bukanlah di Jabatan Perdana Menteri.

Silap-silap, Hadi bakal ditempatkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri dan dilantik menjadi Qadhi. Sekurang-kurangnya Hadi boleh menguruskan hal ehwal para penganut agama PAS yang mahu berkahwin lebih dari satu!

Siapa PAS untuk berada di Putrajaya?

PAS hanyalah parti kelas bawahan dan kasta terendah di dalam gabungan Pakatan Haram di mana ia dilihat tidak lebih dari “keldai pencacai” dan para pengikutnya hanya dipergunakan untuk mengibar bendera DAP serta tidur di atas jalan sambil pegang bendera.

Tidak pernah pula saya melihat mana-mana puak DAP yang melakukan perbuatan sehina itu selain PAS. PAS kibar bendera DAP dan tidur di atas jalan, DAP ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan PAS yang berjaya “dikeldaikan”.

Itu pun Abdul Hadi ada hati mahu mengambil alih Putrajaya?

Lagipun, jika Pakatan Haram menjajah Putrajaya, apakah Hadi fikir bahawa Anwar, Kit Siang, Karpal, Nurul Izzah, Guan Eng, Gobind dan Azmin akan membenarkan dasar PAS dilaksanakan di negara ini? Jangan mimpilah!

Melihat kedudukan dan dasar-dasar PAS yang hilang sepanjang empat tahun ini jelas menunjukkan bahawa PAS langsung tidak dipandang oleh sahabat-sahabat “syaitan” mereka itu dan tak perlulah saya ulang tentang insiden-insiden ngeri yang menggadai maruah PAS itu, semua orang tahu!

Justeru itu, saya menggesa agar Hadi beristighfar dan meminta salah seorang budak suruhannya untuk membeli sebuah cermin besar untuk diletakkan di pejabat Presiden PAS di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut.

Setiap kali Hadi masuk ke pejabatnya, dia patut renung dirinya di cermin itu dan tanyalah pada diri sendiri tentang betapa hinanya kedudukan PAS di mata “syaitan-syaitan” tersebut. Jangan kecil hati, tapi itulah hakikat PAS di mata PKR dan DAP…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!