Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 29, 2012

PANASSSS..!!! AZIZAN RAZAK MAHU PTPTN TAK DIMANSUHKAN..!!!


Agak mengecewakan apabila saya gagal untuk hadir mengikuti sidang DUN Kedah yang berlangsung pada minggu lalu, lebih-lebih lagi apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, berdiri “menjual auta”nya berhubung pelbagai isu yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Sebagaimana maklum, KUIN sedang mengalami masalah kewangan yang meruncing dan pihak pengurusan universiti yang ditubuhkan oleh Kerajaan BN Kedah itu didakwa telah gagal menguruskan kewangannya dengan cekap.

Hasilnya, ratusan kakitangan KUIN yang kebanyakkan para penyokong PAS telah berdemonstrasi menuntut agar Rektor universiti itu, Datuk Dr. Jamil Osman, untuk meletak jawatan dengan segera.


Memandangkan gesaan mereka itu tidak diendahkan Dr. Jamil, mereka beberapa kali bersemuka dengan Azizan serta beberapa Exco, termasuk Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Taulan Rasul, namun mereka tidak dipedulikan dan masalah mereka terus terbiar tanpa pembelaan.

Berbalik kepada “auta” Azizan di sidang DUN Kedah baru-baru ini, dia menyatakan bahawa KUIN sebenarnya tidak punya sebarang masalah kewangan dan masih mampu beroperasi seperti universiti-universiti yang lain.

Dia menjelaskan bahawa KUIN mendapat sumber kewangan sebanyak belasan juta ringgit dari Kerajaan Negeri dan bayaran yuran pelajar yang diperoleh dari PTPTN.

Untuk pengetahuan, maklumat menyatakan bahawa KUIN menerima sebanyak RM15 juta setahun dari Kerajaan Negeri Kedah dan universiti itu dikatakan memerlukan sebanyak RM55 juta setahun bagi menampung operasinya.

Dari itu, saya menyimpulkan bahawa sumber kewangan KUIN bergantung sepenuhnya kepada PTPTN yang membiayai yuran para pelajar tersebut sebanyak RM40 juta setahun.

Persoalannya, sekiranya Pakatan Haram berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-13 ini, PTPTN akan dimansuhkan sepenuhnya dan dari manakah Azizan mahu mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kos operasi KUIN ketika itu?

Bukan main berlagak lagi Azizan menyatakan bahawa KUIN kini mempunyai lebih 50 program sedangkan dia sendiri tidak sedar sama ada seluruh program itu wajar diwujudkan atau tidak.

Dalam 50 program di KUIN itu, fakta menunjukkan bahawa lebih 10 program tidak mempunyai sebarang pelajar dan lebih 20 program yang hanya memiliki seramai 5 orang pelajar sahaja.

Persoalannya, apakah dia sedar bahawa seramai 5 hingga 7 orang pensyarah KUIN terpaksa mengajar seorang dua pelajar di dalam dewan kuliah yang mampu memuatkan seramai 20 hingga 30 orang pelajar?

Bukankah itu membuang masa dan membabitkan kos yang tinggi di mana KUIN terpaksa membayar gaji para pensyarah, kos elektrik dan sebagainya?

Selain itu, KUIN juga terpaksa membayar gaji semua anak-anak syarikat Insaniah Sdn Bhd yang ditubuhkan PAS Kedah untuk mengkayakan kroni-kroninya.

Misalnya, terdapat sebanyak 5 anak syarikat di bawah Insaniah Holdings seperti Insan Medic, Insan Bestari, Insan Maya, Insan Fasih dan Insan Sistem, di mana kesemua anak-anak syarikat ini mempunyai CEO masing-masing yang dibayar gaji lebih dari RM10,000 setiap seorang!

Malah bagi CEO Insan Medic, saya dimaklumkan bahawa pendapatannya hampir mencecah sebanyak RM40,000 sebulan! Lebih tinggi dari gaji Perdana Menteri?

Apa pula tugas anak-anak syarikat ini? Tugas-tugas mereka ialah mengajar para pelajar KUIN mengikut kursus dan kuliyyah masing-masing. Sebagai contoh, Insan Medic akan mengajar para pelajar di dalam jurusan perubatan.

Persoalannya, apa pula fungsinya Dekan-Dekan Kuliyyah, para pensyarah dan tutor yang bernaung secara langsung di dalam KUIN? Apakah mereka makan gaji buta atau hanya goyang kaki saja?

Bukankah segala yang saya ceritakan diatas itu melibatkan kos yang berganda-ganda? Dan padanlah KUIN kini sangat bermasalah sehingga ramai kakitangannya yang mendapat surat amaran dari bank akibat KUIN gagal menjelaskan hutang rumah dan kenderaan!

Punyalah miskin KUIN, hinggakan bayaran zakat yang sepatutnya dibuat melalui pemotongan gaji pun telah dipusing-pusingkan pihak pengurusan universiti itu.

Rasanya Azizan tidak mungkin akan menceritakan segala ini di dalam sidang DUN. Sudah tentu dia sembunyikan semuanya. Tapi pada saya, mungkin dia boleh sembunyikan di dunia, namun di akhirat kelak jangan haraplah dia boleh pusing cerita…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!