Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, November 23, 2012

PANASSS..!!! TOK-TOK GURU PONDOK AKAN DIKAFIRKAN NIK AJISSS..!!!???

pok nik lky

Kalau ditanya atau diminta komen dari puak-puak PAS, sudah tentu ramai di kalangan mereka yang mendakwa bahawa tok-tok guru pondok di Kelantan telah disogok dengan wang yang banyak untuk menyergah Mursyidul Am mereka, Nik Aziz Nik Mat.

Kalau diikutkan kepala hotak mereka yang tidak rasional, rendah IQ dan begitu jumud pemikiran, sudah tentu mereka akan menuduh tok-tok guru pondok di Kelantan itu sebagai sesat, songsang dan mungkin akan dikafirkan serta merta.

Namun pada tok-tok guru pondok di Kelantan yang bernaung di bawah satu NGO berasaskan kemuafakatan institusi pondok-pondok agama di negeri Serambi Mekah itu, kebenaran perlu ditegaskan walaupun mereka berhadapan dengan “katak-katak hijau” yang ganas!

Baru-baru ini NGO itu yang menamakan pertubuhan mereka sebagai Minda Pondok telah tampil mengutuk tindakan adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat, yang baru-baru ini melakukan solat hajat dan mendoakan kehancuran BN.

Pada golongan ulama tradisional yang selama ini puas bersabar dengan kesongsangan Nik Aziz, doa yang zalim itu tidak sepatutnya berlaku dan dilafazkan oleh pihak yang mendakwa kononnya berakhlakkan Islam.

Lebih menarik, Ketua Pondok Pulau Ular, Mohamad Zainal Abidin Awang telah mencabar Menteri Besar Kelantan itu untuk mengumpulkan barisan ulama PAS untuk berdebat dengan dengan ulama pondok mengenai Islam.

Seorang ustaz dari Kubang Kerian juga telah menggesa agar Pas dan Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan itu serta meminta maaf kepada tiga juta ahli UMNO yang dihukumnya sebagai murtad dan tidak beragama baru-baru ini.

Persoalannya, beranikah Nik Aziz dan saf-saf kepimpinan ulama “agama” PAS tampil untuk menyahut cabaran tok-tok guru pondok tersebut?

Atau apakah mereka akan menganggap tok-tok guru pondok itu sebagai “lekeh” atau “koman spana”, dan tidak layak untuk berdebat dengan mereka yang tinggi ilmu “agama” PASnya?

Saya mendapat tahu bahawa selama ini tok-tok guru pondok ini hanya berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen atau terlibat dengan aktiviti mahupun memberikan pandangan terhadap PAS.

Ini adalah memandangkan mereka memberikan tumpuan kepada bidang agama dan mereka yakin bahawa agama Islam dipelihara dengan baik oleh Kerajaan sedia ada. Malah mereka selesa untuk mengamalkan Islam berbanding di negara lain di dunia.

Namun mengapa mereka tiba-tiba muncul mengecam PAS yang bertindak keterlaluan di dalam satu slot di Muktamar mereka baru-baru ini?

Apa yang pasti, sudah tentu ada yang tidak kena pada pandangan mereka mengenai perlakuan dan akhlak yang ditunjukkan PAS di Muktamar tersebut, bukan? Kalau tidak, takkanlah mereka sanggup bangkit menempelak Nik Aziz begitu?

Saya tidak rasa PAS akan berani berdepan dengan ulama-ulama pondok tersebut kerana ulama-ulama “agama” PAS bukanlah boleh diiktiraf sebagai “ulama-ulama Islam” berbanding tok-tok guru pondok yang mengabdikan diri dengan pengajian agama Islam di pondok masing-masing.

Ulama-ulama “agama” PAS lebih layak untuk diberi jolokan “ulama politik” di mana segala ijtihad, hukum, fatwa mahupun fahaman mereka semuanya menjurus kepada kepentingan politik serta mengenepikan ajaran Islam sebenar.

Misalnya, sejak ditubuhkan lagi, PAS menyifatkan segala perbuatan mereka sebagai “Islamik” dan “halal”, manakala segala yang dilakukan oleh UMNO atau mana-mana pihak yang tidak sebulu dengan mereka sebagai “haram”, “berdosa” dan “masuk neraka”!

Kalau dulu UMNO dituduh sebagai “kafir” kerana berkongsi kuasa dan berkawan dengan MCA, MIC serta parti komponen lain, PAS pula tidak pula “mengkafirkan diri sendiri” apabila berpeluk dan bersekedudukan dengan “syaitan chauvinis ultra kiasu” dan “syaitan agen Zionis Yahudi Israel”!

Saya kira, PAS tidak akan mampu berdepan dengan tok-tok guru pondok tersebut. Sedangkan dengan “ustaz” DAP dan “tok guru” PKR pun mereka terpaksa melutut, inikan pula berdepan dengan tok guru pondok yang terkenal dengan kedalaman fahaman Islamnya, kan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Siapa gok ulama PAS hok berani nok berdebat ngan alim ulama pondok?

Cher bui nama2 ulama hebat PAS yg boleh di tampil kehadapan utk menyahut cabaran tersebut...

Tak dok langsung....hok ada ularmak belaka.Kalau berani pun mu org caya la...semuanya dok menjawab persoalan nanti...nyer spin tah ker laing....jenis ulama pelawok belaka..ulama syok sendiri...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!