Agak menarik jawapan Exco Kerajaan Tempatan Kerajaan PAS Negeri
Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menyatakan bahawa dia menghadapi
pelbagai rintangan berhubung isu pusat hiburan yang tumbuh bak cendawan
selepas PAS mentadbir negeri itu sejak hampir 5 tahun lalu.
Sehingga kini, dianggarkan lebih dari 110 pusat hiburan dibuka di
negeri Jelapang Padi itu di mana hanya 47 buah premis sahaja yang
berlesen manakala bakinya tidak berlesen.
Kata Phahrolrazi, dia menghadapi masalah berhubung penguatkuasaan di
mana ia memerlukan kerjasama dari pelbagai agensi seperti pihak PBT,
majlis daerah, jabatan agama Islam, imigresen dan PDRM.
Exco yang dipercayai bermusuh dengan Menteri Besar Kedah itu juga
mendakwa bahawa pusat-pusat hiburan itu didalangi oleh pihak yang
dikatakan sebagai “mafia” dan dia menghadapi kesukaran untuk berdepan
dengan mereka.
Persoalannya, apakah ini jawapan yang wajar diberikan oleh seorang
yang diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal pusat hiburan tersebut?
Sekiranya dia fikir bahawa dia tidak mampu untuk menggalas
tanggungjawab itu, sewajarnya dia perlu meletak jawatan dan tidak makan
gaji buta sebagai Exco yang ditugaskan bagi portfolio itu!
Dalam hal meluluskan pusat hiburan, Phahrolrazi sepatutnya awal-awal
lagi sudah merancang untuk memperkasakan syarat-syarat tambahan bagi
permohonan lesen di mana ia tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya.
Dengan peraturan yang agak ketat, saya percaya bahawa pusat-pusat
hiburan itu tidak akan begitu mudah dibuka oleh “tauke-tauke” yang
dikatakan “mafia” itu.
Selain itu, sekiranya Phahrolrazi melihat pusat-pusat hiburan itu
tidak terkawal dan buat ikut suka hati “mak bapak” mereka saja, dia
sepatutnya bertindak tegas dari segi penguatkuasaan serta tidak perlu
takut dengan ancaman “mafia”.
Namun, saya menyarankan supaya dia tidak “serbu” dengan “tidak
memakai helmet”. Bukan apa, takut nanti dia yang rasa “sakit”, bukan?
Adalah menjadi hak pemilik pusat-pusat hiburan itu beroperasi dan
berniaga di Kedah, namun adalah menjadi hak juga kepada pihak Kerajaan
Negeri dan agensi penguatkuasa untuk bertindak kepada mereka yang
melanggar peraturan, bukan?
Misalnya, pemilik pusat hiburan berhak untuk beroperasi sebagaimana
yang ditetapkan oleh undang-undang, namun akta undang-undang tubuh
negeri memberi hak kepada Jabatan Agama Islam untuk mengambil tindakan
terhadap umat Islam yang berkerja atau mengunjungi pusat hiburan itu.
Justeru itu, apalah salahnya jika pihak penguatkuasa dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam mengadakan operasi penyamaran dan menyerbu beberapa
pusat hiburan di negeri Jelapang Padi itu, asalkan tindak mengganggu
operasi pusat hiburan itu.
Kalau payah sangat, Phahrolrazi boleh menggunakan Unit Amal PAS
dengan kerjasama Jabatan Agama Islam untuk menyerbu pusat-pusat maksiat
itu pada setiap malam, setiap minggu atau setiap bulan.
Apalah sangat yang Phahrolrazi nak berkira tentang bayaran kerja
lebih masa berbanding kepentingan umat Islam yang mampu tercemar dengan
kewujudan pusat-pusat maksiat itu serta menggalakkan mereka berlibur
hingga lupa pada Allah, bukan?
Lagipun, ketika BN mentadbir Kedah sebelum ini, PAS begitu seronok
“membalun” Kerajaan BN mengenai kelulusan pusat-pusat hiburan sehinga
PAS tergamak menuduh kerajaan ketika itu sebagai “sesat”, “toghut”,
“kafir”, tidak melaksanakan hukum Allah dan macam-macam lagi.
Bila sudah menjadi kerajaan selama hampir 5 tahun dan PAS meluluskan
puluhan lesen pusat hiburan di Kedah, mengapa mereka tidak mengaku diri
mereka sebagai “sesat, “toghut”, “kafir” dan tidak melaksanakan hukum
Allah?
Takut lari undi, kah? Atau PAS sanggup “menjilat ludah sendiri”?
Kalau benar PAS anak jantan dan mengamalkan ajaran Islam sebagaimana
yang diperjuangkan PAS sebelum ini, saya cabar Phahrolrazi untuk menutup
pusat-pusat hiburan itu, khususnya pusat-pusat maksiat yang beroperasi
tanpa lesen sebelum PRU ke-13.
Kalau Parlimen dibubarkan dan PAS Kedah baru terhegeh-hegeh mahu
mengatasi masalah pusat hiburan, maka ia sudah terlambat dan tunggulah
saja pembalasan Allah SWT bagi pihak yang munafik!
Sumber: Perak Today

3 comments:
Kalau buat serbuan ataupun pemeriksaan setiap minggu, seminggu sekali, dua minggu sekali sebulan sekali ke atas premis pusat hiburan, makanya dah berapa hari dah mis tak boleh buat ceramah politik, bukankah itu satu kerugian, ceramah lebih penting dari serbuan, lagi pulak, PAS mana nak percaya kat agensi persekutian seperti PDRM dan Imigresen...sebab tu dia kata tak dapat kerjasama dari PDRM, maklumlah PDRM kan terkenal dengan amalan "RASUAH" dan alim
mereka dulu meminta amanah ...
akulah terbaik dan terbilang ...
mampu melakukan kerja mulia ...
aku hebat belaka ...
bila amanah diberi ...
ia dikhianati ...
hukum hudud dilupai ...
bukan lagi menjadi agenda suci ...
terpinggir ia di tepi ...
inilah pendusta agama ...
lidah bercakap ... tapi tak laksana ...
hanya pandai mencaci ... mengeji ... berdusta semata ..
baik ia ditolak ke tepi dengan segera ...
Salam 1 Malaysia.walaupun PAS dah kelam kelabut di Kedah tapi UMNO jangan rilek banyak.Pimpinan UMNO Kedah kena dengar nasihat Dato Seri Najib untuk mendekati rakyat.Jangan pilih bulu.Saya yakin kalau pimpinan UMNO Kedah boleh berubah dari sikap lama,BN menang besar di Kedah dan PR akan terus berkubur di Kedah.Syaratnya pimpinan UMNO kena berubah.
Post a Comment