Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 8, 2012

PANASSS..!!! KHALID GAGAP PAKSA MEDIA SELANGOR BODEK DIA..!!! #Langat2 #IsuAirSngor

khalid-ibrahim-bengap

Saya selalu tertawa sendirian apabila membaca media rasmi terbitan Khalid Gagap, Selangorku, yang sering memutar belit keadaan sehingga mampu mengelirukan rakyat Selangor khususnya berkenaan beberapa isu yang dipolitikkan Kerajaan Pakatan Haram Selangor sejak akhir-akhir ini.

Rakyat negeri termaju itu kini di ambang krisis air dan sangat meloyakan tekak melihat sikap dolak-dalih Khalid dan konco-konconya yang memomokkan rakyat dengan beberapa alasan bodoh dan tidak masuk akal.

Menyedari hakikat krisis air bakal berlaku, Khalid dengan pantas menyalahkan pihak lain, khususnya Kerajaan Pusat yang kononnya tidak memberikan kerjasama untuk Kerajaan Negeri membeli syarikat-syarikat konsesi untuk menjayakan kemahuannya menstrukturkan semula air di Selangor.

Peliknya, Kerajaan Pusat sudah lama memberikan lampu hijau untuk dia membeli syarikat-syarikat tersebut. Jadi, tunggu apa lagi? Belilah cepat!

Tidak cukup dengan itu, dia tanpa rasa bersalah selamba memburuk-burukkan SYABAS sedangkan Kerajaan Negeri Selangor memiliki pegangan saham sebanyak 30 peratus di dalam syarikat konsesi air itu.

Khalid berulang-ulang menyebut “jasanya merasuah” skim air percuma di Selangor sedangkan tindakan itu akan mengurangkan pendapatan Kerajaan Negeri itu dan terpaksa membayar harga air percuma kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut.

Dengan air percuma diberi, Khalid secara tidak langsung mengajar rakyat Selangor untuk tidak berjimat dan menggunakan air sewenang-wenangnya. Maklumlah, dapat air percuma…

Bila jumlah rakyat semakin meningkat selama empat tahun dia memerintah dan menyebabkan penggunaan serta permintaan air meningkat, Khalid mula liat nak bayar hutang pada SYABAS dan menyalahkan syarikat itu dalam banyak perkara.

Sedangkan rakyat semakin terhimpit dengan kekurangan bekalan air bersih sehingga ramai dikalangan mereka yang terpaksa mendapatkan air dari masjid untuk keperluan harian. Itu belum lagi disebut mengenai ribuan kediaman yang langsung tidak ada air!

Mujurlah Kerajaan Pusat sudah lama tahu mengenai krisis air yang bakal melanda Selangor dan awal-awal lagi menyediakan sebanyak RM606 juta bagi pelan mitigasi air di negeri itu. Semuanya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, tapi Khalid pula yang mendabik dada. Muka tak malu betul!

Itu pelan jangka pendek. Untuk jangka panjang, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor terdahulu sudah menyediakan pelan terbaik dengan cadangan pembinaan terowong air gergasi dari Pahang serta membina loji rawatan air, Langat 2.

Peliknya, Khalid setuju pelan jangka pendek dilaksanakan, tapi dia tak bersetuju pula untuk laksanakan pelan jangka panjang. Kononnya mahal! Padahal, projek itu juga dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat! Tak kacau langsung duit Khalid, apa yang dia risaukan?

Dan dia menjadikan alasan “penstrukturan semula air di Selangor” sebagai modal utama untuk melengah-lengahkan pembinaan Langat 2. Dan berbanding tarikh asal, loji berkenaan sudah lewat dibina selama hampir dua tahun.

Dalam ertikata lain, lebih lambat Langat 2 dibina, lebih lamalah rakyat Selangor dijangka menghadapi masalah bekalan air. Khalid pula tak habis-habis dengan pelan teknologi membran yang membabitkan kos yang mahal dan bersifat jangka pendek!

Media rasmi yang digunakan untuk “membodek” Khalid itu kononnya menyiarkan temubualnya dengan seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor yang mendakwa adalah bodoh untuk Barisan Nasional menyerang Menteri Besat itu dengan isu air. Kononnya, “back fire”.

Betulkah Selangorku temubual Ketua UMNO Bahagian? Bahagian mana? Kenapa tak didedah namanya? Atau dialog tersebut hanyalah rekaan dan imaginasi penulis itu sahaja? Kalau menulis tanpa fakta dan bukti, budak sekolah rendah pun boleh!

Ini bukan soal serang atau tidak. Pokok pangkalnya ialah krisis air di Selangor merupakan masalah rakyat dan bukannya masalah politik.

Atas dasar prihatin Kerajaan Pusat terhadap rakyat yang tinggal di Selangor dan sekitar Lembah Klang yang merupakan kawasan termaju di negara ini, Perdana Menteri meminta Timbalannya sendiri yang menyelesaikan masalah rakyat yang cuba dianiaya Khalid dan konco-konconya.

Biar pun pertolongan tersebut disalah anggap dan Kerajaan Pakatan Haram itu melemparkan berjuta sangkaan buruk, Kerajaan Pusat tetap bersabar serta komited membina Langat 2 meskipun berdepan dengan tindakan saman atau sabotaj dari Kerajaan Khalid “Gagap”.

Pada saya, kalau Khalid nak buat “bapak” penstrukturan semula air di Selangor pun buatlah, tapi Langat 2 wajib dibina segera bagi memastikan rakyat Selangor tidak mengalami krisis air yang pernah berlaku pada tahun 1998 dulu.

Untuk rakyat Selangor, “once bitten, twice shy”. Biarlah sekali saja mereka mengalami masalah air dan krisis air sebegitu tidak sepatutnya berulang di sebuah negeri yang paling maju di Malaysia itu, kan?

Patutnya Khalid perlu belajar dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang memberikan kerjasama mengenai industri air di negeri itu. Nak tahu apa yang Guan Eng buat? Pergilah ke Pulau Pinang dan tanyalah anak Kit Siang itu sendiri…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!