Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 29, 2012

PANASSS..!!! KARPAL BAKAL TERGOLEK DITENDANG DINASTI INI..???


Saya agak terkejut mendengar kenyataan seorang bekas pemimpin DAP, Tan Tuan Tat, yang baru-baru ini menyatakan kepada media bahawa wujud konspirasi di dalam parti itu yang cuba menggulingkan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan itu, Tuan Tat menjangkakan bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akan dinyahkan dari jawatan yang disandangnya oleh gerakan rahsia yang sedang giat menjahanamkan keyakinan ahli-ahli parti itu pada Karpal.

Namun begitu, Karpal menafikan dakwaan Tuan Tat itu dan menegaskan bahawa dia sama sekali tidak percaya tentang wujudnya usaha untuk menggulingkan dirinya sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan.


Menurut Karpal, tiada masalah di dalam DAP dan dakwaan tersebut perlu mengambil kira pandangan dari ahli-ahli DAP yang akan bersuara kelak.

Persoalannya, apakah Karpal benar-benar yakin bahawa tiada sebarang gerakan untuk menjatuhkan dia dari jawatan tertinggi DAP itu?

Sebagai pemimpin politik veteran, saya yakin Karpal tahu bahawa DAP selama ini sememangnya didominasi oleh kaum Cina, khususnya dari “Dinasti Lim”, yang begitu aktif dan berjawatan tinggi di dalam parti itu.

Misalnya, Lim Kit Siang berjawatan Penasihat DAP. Anaknya Lim Guan Eng pula merupaka Setiausaha Agung DAP dan manakala menantu Kit Siang merangkap isteri Guan Eng iaitu Betty Chew pula merupakan ADUN untuk DAP di Melaka.

Itu adalah contoh jelas yang menunjukkan kronisme yang wujud di dalam DAP dan kekuatan “Dinasti Lim” di dalam parti “chauvinis ultra kiasu” itu.

Apakah Karpal fikir bahawa jawatannya sebagai Pengerusi DAP itu kukuh sangat dengan hanya meletakkan anaknya, Gobind sebagai kroni yang dilihat mampu mempertahankan kuasa “Singh” di dalam parti tersebut?

Saya melihat bahawa ramai individu dari kaum Cina semakin berminat untuk menonjolkan diri mereka sebagai pemimpin DAP sejak akhir-akhir ini, khususnya setelah melihat kekuatan DAP yang berjaya “mengkeldaikan” PAS dan “membonekakan” PKR.

Rata-rata kaum Cina semakin ramai ingin menjadi jaguh politik DAP walaupun mereka tidak punya sebarang kelebihan dan hanya sekadar “bidan terjun” yang mungkin hanya dikenali di kalangan penghuni blok kondominium mereka sahaja.

Namun itulah yang jelas mengenai penglibatan kaum Cina di dalam DAP sekarang.

Berbanding dengan Karpal Singh, berapa kerat dari kroni-kroninya yang menyertai DAP dan memberikan sokongan kepada “Singh” itu? Karpal ada rekrut pelapis yang mampu menggantikan kepimpinannya di dalam DAP?

Kalau nak diharapkan anaknya, Gobind, rasanya Karpal boleh lupakan saja kerana anaknya itu lebih gemar untuk menghabiskan masa di firma guamannya mencari wang berbanding berkhidmat untuk rakyat.

Justeru itu, tidak hairanlah jika dikatakan wujud konspirasi untuk “menyepak” Karpal Singh yang dilihat tidak mampu lagi memberi khidmat terbaik kepada parti dan rakyat, khususnya apabila dia menghadapi masalah kesihatan sehingga menyebabkan dia berkerusi roda.

Karpal harus sedar bahawa keyakinan ahli-ahli DAP kepadanya semakin nipis disebabkan kelemahan dirinya yang tidak mahu bersara meskipun sudah tua dan dikhuatiri “ketinggalan zaman” berbanding pemimpin muda DAP seperti Ronnie Liu, Teresa Kok dan sebagainya.

Apatah lagi DAP dilihat sering mengutamakan isu kaum Cina di negara ini. Pernahkah DAP mengetengahkan perjuangan kaum Sikh di Malaysia? Rasanya tak pernah langsung, bukan?

Percaya atau tidak, terserahlah pada Karpal. Lagipun, kalau benar pun ada pihak yang berkonspirasi menggulingkannya, takkanlah pihak itu mahu mendedahkan gerakan mereka di depan Pengerusi DAP itu, kan?

Pandai-pandailah Karpal membawa diri selepas ini. Jangan sampai tersungkur dari kerusi roda itu, sudah…

Sumber: Perak Today

2 comments:

Anonymous said...

Karpal tidak akan digulingkan. Puak cina racist keturunan lim kit siang perlukan karpal untuk tujuk tidak racist kepada kaum india. Mana ada dap tolong kaum karpal. Kawan2 karpal yg jaga lembu di pinang dan selangor ramai kena aniaya kerajaan pr. Apa karpal buat? Karpal juga mesti ingat, bukan anuwar saja mesti bertaubat, karpal juga patut bertaubat.

tiga minit said...

yang ini sya setuju bebenor...dahla takda spa nak backing kaum dia tp msih nak sibuk jd kepala...x faham langsung

Bila Kak Su Bersuara... Heh!