Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, November 26, 2012

PANASSS..!!! GUAN ENG MALUKAN AZIZAN RAZAK... PUAK PAS BERSORAK RIANG..!!!


Kerajaan PAS Kedah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak mendapat tamparan hebat daripada sahabatnya di Pulau Pinang apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan mahu membayar sebanyak RM40 juta untuk urusniaga melibatkan pembelian air dari Kedah.

Dalam kenyataan pemimpin DAP chauvinis ultra kiasu yang sering disifatkan sebagai “Khalifah Umar Abdul Aziz” itu, dia menyatakan bahawa tidak tahu menahu mengenai pembayaran tersebut.

Menurutnya lagi, ada pihak yang memaklumkan bahawa wujud pertemuan di antara pegawai syarikat air dari Kedah, SADA, dengan pegawai pentadbir Pulau Pinang dan membincangkan mengenai harga air tersebut.


Namun Guan Eng menegaskan bahawa pegawai itu tidak boleh membuat keputusan bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang dan dia sebagai Ketua Menteri langsung tidak berminat untuk membayar harga air Kedah dengan jumlah sebanyak itu.

Sebenarnya, kenyataan Guan Eng itu telah diberitahu oleh ADUN BN secara berdepan kepada Azizan Razak di dalam sidang DUN Kedah yang berlangsung baru-baru ini dan ia telah menyebabkan Menteri Besar itu serta barisan Exconya terkedu seribu bahasa!

Bukan apa, Azizan begitu yakin akan mendapat hasil sebanyak RM40 juta dari penjualan air dari Kedah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di dalam pembentangan Bajet Kedah 2013 di dalam sidang DUN terakhir bagi penggal ini.

Dengan penafian dari Guan Eng itu, apakah Azizan fikir dia dapat meyakinkan rakyat Kedah bahawa dia akan memperoleh sebanyak RM40 juta itu dari Guan Eng?

Persoalannya, jika Azizan dan para Exconya gagal mendapatkan jumlah besar itu dari “sahabat syaitan”nya itu, maka ia akan mendedahkan Kerajaan Negeri Kedah kepada ancaman defisit tahunan yang lebih tinggi!

Dalam bajet”syok sendiri” yang dibentangkan oleh Azizan baru-baru ini, dia menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Kedah hanya akan mengalami defisit sebanyak RM15 juta sahaja pada tahun hadapan.

Sekiranya Azizan hanya mendapat RM10 juta ringgit sahaja dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari hasil penjualan air berbanding dari jangkaannya sebanyak RM40 juta, maka dengan mudah Kerajaan Negeri Kedah akan mengalami defisit sebanyak RM45 juta!

Jumlah tersebut ternyata sangat tinggi berbanding negeri-negeri lain yang hanya mengalami defisit sekitar RM10 juta hingga RM20 juta sahaja setahun. Itupun hanya beberapa negeri sahaja yang mengalami defisit berbanding ada yang menjana keuntungan.

Saya sangat kesal bila melihat sikap Azizan Razak yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Dia seolah-olah tidak kenal dengan sikap pemimpin DAP yang hanya suka memperguna dan mempermain-mainkan PAS di dalam gabungan Pakatan Haram yang dibangga-banggakan selama ini.

Apakah PAS “buta” untuk menilai hati budi puak-puak kuffar DAP yang sentiasa mencari helah untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah PAS di mata rakyat di negara ini?

Nampaknya PAS semakin kalut apabila DAP dilihat enggan bekerjasama dalam urusan yang semudah itu dan hanya terkekeh-kekeh ketawa melihat PAS terkial-kial menahan malu dengan muka merah padam!

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!