Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, November 26, 2012

PANASSS..!!! DENGAN IBU TUNGGAL PUN KHALID GAGAP TAKUT..???!!!

wakil ibu tunggal negeri selangor Pakatan Rakyat penipu

Cuak sungguh wajah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail apabila hampir 2,000 ibu tunggal dari seluruh Selangor menyerbu ibu pejabat Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut elaun mereka yang dijanjikan Kerajaan Pakatan Haram itu semalam.

Pada mulanya, ibu-ibu tunggal yang dizalimi hak itu bertekad untuk bertemu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim, bagi mendesaknya melunaskan “hutang” janji manifesto Pakatan Haram Selangor pada PRU ke-12 lebih 4 tahun lepas.

Malangnya, Abdul Khalid “Gagap” hanya berani menghantar Exconya, Rodziah, untuk bersemuka dengan ibu-ibu tunggal itu dan menjelaskan keadaan yang agak kecoh di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri Selangor itu.

Lebih malang lagi, kehadiran Rodziah jelas menghampakan ibu-ibu tunggal tersebut apabila Exco itu bertindak memutar belitkan fakta manifesto Pakatan Haram itu dengan menyatakan bahawa tiada elaun dalam bentuk kewangan sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.

Menurut wanita tidak berkebajikan itu, peruntukan elaun itu tidak semestinya diberikan dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya diberikan dalam sejenis peruntukan yang kononnya disalurkan melalui pelbagai cara.

Entah cara apa yang dimaksudkan Rodziah, jawapan yang diberikan itu jelas mengecewakan mangsa-mangsa yang tertipu dengan janji-janji manis Pakatan Haram itu pada PRU ke-12 yang lalu.

Menariknya, Rodziah sendiri mengaku bahawa dia tidak memiliki data yang secukupnya untuk menilai mana-mana ibu tunggal yang layak mendapat peruntukan yang dikatakannya itu dan meminta para ibu tunggal tersebut memberikan data kepadanya.

Sebenarnya saya tidak tahu manusia jenis apa si Rodziah ini. Muka tembok jenis tak tahu malu ini seolah-olah makan gaji buta apabila mengharapkan ibu-ibu malang itu datang menyembahnya memberikan maklumat mengenai diri mereka.

Sedangkan, Kerajaan BN sebelum ini sering turun padang dari kawasan ke satu kawasan bagi mengutip data setempat dan menghulurkan bantuan kewangan yang sangat-sangat diperlukan oleh golongan yang sewajarnya.

Pada saya, jawapan yang diberikan Rodziah wajar ditafsirkan sebagai putar alam Pakatan Haram yang secara terang-terangan menipu rakyat dengan gula-gula politik sedangkan mereka tidak mampu mengotakan segala kata-kata mereka itu.

Dalam ertikata lain, mereka juga layak disifatkan sebagai munafik menurut Islam.

Untuk pengetahuan Rodziah yang sememangnya tidak mengenal hal ehwal wanita di Selangor, bilangan sebenar ibu tunggal di Selangor menjangkau seramai 27,000 orang di mana lebih separuh dari mereka memerlukan sokongan dan bantuan sara hidup.

Selama ini, mereka sering dibantu oleh Kerajaan Pusat dan Exco Kerajaan BN sebelum ini dengan pelbagai aktiviti ekonomi melalui industri kecil dan sederhana, selain dari menghulurkan bantuan keperluan diri dan anak-anak.

Mengenai bantuan kewangan tak payah cakaplah. Nanti orang kata Kerajaan BN riak pulak, kan?

Selama ini kerajaan pimpinan Khalid “Gagap” selalu mencanangkan di seluruh dunia bahawa mereka bijak menguruskan hal ehwal kewangan negeri dan telah berjaya mengutip hasil lumayan sebanyak RM2.4 bilion pada tahun 2012.

Sekiranya Khalid memberikan sebanyak RM500 untuk seorang ibu tunggal sekalipun, ia hanya akan menelan belanja lebih kurang sebanyak RM13.5 juta sahaja dan saya yakin ia tidak akan menjejaskan kewangan Kerajaan Negeri Selangor yang kononnya berbilion ringgit itu.

Lagipun, bukankah Khalid sebelum ini boleh “menyumbangkan” sebanyak RM392 untuk “menyelamatkan kroninya”, Talam Corp, yang hampir “bungkus”? Inikan pula hanya RM13.5 juta saja kepada ibu-ibu tunggal yang memerlukan!

Khalid selalu bermain kata dan menggesa rakyat untuk tidak menolong pihak yang tidak menolong rakyat, bukan?

Melihat dari KPI Khalid dan Pakatan Haram di Selangor sejak memerintah negeri termaju itu, bukan saja mereka tidak tolong rakyat sendiri, malah mereka tipu pula rakyat hidup-hidup sehingga semakin ramai yang hilang kepercayaan kepada Pakatan Haram.

Khalid fikir rakyat Selangor akan menolong dirinya dan Pakatan Haram selepas ini? Jangan haraplah…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!