Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 8, 2012

PANASSS DARI KEDAH..!!! AYATOLLAH MAT SABUN BAKAL MENJAJAH KEDAH DARI SUNNI..!!!

mat sabu syiah

Semakin panas keadaan di Parlimen Pendang kini apabila Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan hampir 90 peratus bakal bertanding di situ pada PRU ke-13 nanti.

Cakap-cakap dikalangan para penyokong PAS tegar di kawasan tersebut juga begitu hangat membincangkan mengenai pencalonan Mat Sabu yang dikhabarkan bakal mencetus pepecahan di kalangan penganut “agama” PAS di situ.

Menurut sumber dalaman yang merupakan salah seorang aktivis PAS yang setia di kawasan itu, para penganut “agama” PASdi Pendang kini terbahagi kepada dua pihak iaitu satu pihak yang menyokong Mat Sabu dan mengalu-alukan pencalonan Timbalan Presiden PAS itu.

Bagaimanapun, dikatakan hampir separuh dari mereka mencebik bibir dan tidak bersetuju sama sekali Mat Sabu dicalonkan di kawasan mereka.

Nak tahu kenapa?

Menurut sumber itu, Mat Sabu tidak diterima oleh sebahagian dari mereka kerana meyakini bahawa Timbalan Presiden PAS itu mengamalkan fahaman Syiah dan tidak mahu fahaman yang terkenal di Iran itu masuk ke Parlimen itu.

Untuk makluman, atas penyelidikan yang dibuat dan sumber-sumber yang diperoleh di sekita parlimen itu menunjukkan bahawa ramai di kalangan pak-pak lebai PAS di kawasan tersebut berfahaman Syi’ah dan berpusat di beberapa buah masjid di situ.

Pengaruh mereka sangat besar dan merebak sehingga ke kawasan Kuala Kedah, Alor Setar, Pokok Sena dan beberapa daerah lain di negeri itu. Namun “pusat”nya dikatakan terletak di Pendang.

Mereka inilah yang mahu Mat Sabu bertanding di parlimen Pendang dan khabarnya kedatangan calon “Syiah” itu dibantu oleh seorang ADUN Kerajaan Negeri Kedah yang sememangnya disyaki sebagai pengikut fahaman itu.

Dengan kehadiran Mat Sabu di Kedah, dijangka negeri itu bakal menjadi “hub” terbesar bagi fahaman tersebut sekiranya Timbalan Presiden itu menang bertanding pada PRU ke-13 itu nanti.

Perkara inilah yang ditakuti dan menjadi kerisauan ramai penganut “agama” PAS yang sebelum ini mengamalkan fahaman Sunnah wal Jama’ah dan berpegang teguh kepada “fatwa-fatwa tiket ke syurga” Nik Aziz Nik Mat.

Menurut salah seorang dari mereka, kehadiran Mat Sabu untuk menjadi calon di parlimen itu membuatkan mereka di dalam dilema. Jika tak berikan undi padanya, maka agak memalukan bagi seorang yang berjawatan Timbalan Presiden PAS kalah pilihanraya.

Kalau diberi undi dan Mat Sabu menang di Pendang kali ini, ia bermakna mereka membuka ruang kepada fahaman Syi’ah untuk terus menular di kawasan tersebut dan merebak lebih teruk di seluruh negeri Jelapan Padi itu.

Persoalannya, apakah benar dakwaan sumber tersebut? Apakah benar Mat Sabu seorang yang mengamalkan fahaman Syi’ah? Dan siapa pula ADUN yang dikatakan berfahaman tersebut?

Saya sempat bertanya kepada “sumber” berkenaan, jika benarlah Mat Sabu itu berfahaman Syi’ah dan bertanding di Parlimen Pendang, apakah mereka akan memberikan undi kepadanya dan sedia membelakangkan fahaman Sunni yang dipegang selama ini?

Sekiranya Mat Sabu menang di parlimen itu, sudah tentu dia akan bermaharajalela di situ dan di seluruh Kedah dan apakah Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyekat kemaraan Mat Sabu itu?

Katanya, Azizan sebenarnya memang menolak pencalonan Mat Sabu di Pendang sejak awal lagi, namun apalah sangat kuasa yang ada pada Azizan berbanding jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh suami kepada dua orang Normah itu!

Kata saya padanya, terserahlah pada jema’ah PAS di Pendang. Jika mahu fahaman Syi’ah terus menyinar di Pendang, maka undilah Mat Sabu…

Namun jika tidak rela perkara tersebut berlaku, sewajarnya para penganut “agama” PAS yang berfahaman Sunni patut berbuat sesuatu mengenainya dan menghantar mesej kepada pucuk pimpinan parti mengenai bantahan mereka.

Dan pada saya, sekiranya benar Mat Sabu tercalon di Pendang, maka ia bukan saja menyaksikan pertembungan di antara UMNO dan PAS, malah ia akan menyaksikan perebutan kerusi Parlimen di antara calon berfahaman Sunni dan Syi’ah di Kedah.

Persoalannya, siapakah yang akan menang? Sama-samalah kita nantikan…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!