Sehingga kini Menteri
Besar Selangor masih membisu, diam seribu bahasa dan dikatakan sering
melarikan diri dari memberi sebarang kenyataan mengenai kemelut krisis
air yang mula meresahkan rakyat negeri Selangor sejak awal tahun ini.
Bagi mengelak dari terus diasak media
berkenaan isu tersebut, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap”Ibrahim hanya mampu
menjawab bahawa dia telah mengarahkan para pegawainya menjalankan kajian
mengenai teknologi membran.
Tak habis-habis dia mempromosikan
teknologi membran di kalangan sahabat handai sehingga ramai yang mula
menyampah mendengarnya, padahal ramai orang berpandangan bahawa projek
berkenaan bakal membawa pulangan lumayan ke “poket” kroni-kroninya.
Maklumlah, projek teknologi membran versi
Khalid “Gagap” yang bersifat jangka pendek dan mahal itu diimport dari
Kanada meskipun teknologi tersebut sudah lama bertapak di Malaysia sejak
belasan tahun dulu!
Tahukah Khalid bahawa ada loji-loji air
di Malaysia ini sudah menggunakan teknologi membran? Malah, ada loji di
Selangor sendiri yang menggunakan teknologi membran!!
Sebenarnya, Khalid baru kenal teknologi
membran dan dia bermati-matian untuk melaksanakan kaedah tersebut bagi
mematikan usaha pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sebelum ini
dirancang rapi oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan BN Selangor sebelum dia
berkuasa di negeri itu.
Kenapa dia takut sangat dengan Langat 2?
Apakah wujudnya Langat 2 akan membawa malapetaka kepada Khalid dan
seluruh rakyat negeri Selangor?
Sebenarnya, kajian secara menyeluruh dan
holisitik telah dilakukan di mana ia melibatkan ramai pakar-pakar
industri air yang sebelum ini mencari jalan terbaik untuk mengatasi
masalah air yang dijangka berlaku sekali lagi di Selangor sejak krisis
air melanda negeri itu pada tahun 1998.
Mengambil kira dari sudut tujuan jangka
panjang, Langat 2 yang dirancang mendapat sumber bekalan air bersih dari
Pahang dikenal pasti sebagai jalan terbaik bagi mengatasi masalah
tersebut berbanding pelan-pelan lain yang turut dikaji bersama.
Dengan pembinaan Langat 2, Selangor bakal
mendapat sumber baru bekalan air bersih dan loji rawatan air baru yang
terletak di selatan negeri termaju itu dijangka sangat mampu
menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal
di kawasan sekitarnya.
Selain kawasan Semenyih, Langat,
Balakong, Sri Petaling, Ampang dan Sri Kembangan, Langat 2 juga
dikatakan banyak membantu membekalkan bekalan air bersih di sekitar
Sepang dan Putrajaya yang pesat membangun.
Khalid sepatutnya tidak punya masalah
untuk membenarkan loji tersebut dibina memandangkan ia bersifat jangka
panjang dan sangat praktikal berbanding teknologi membran yang baru
dipelajarinya dari “salesman-salesman” dari Kanada itu.
Kalau betul teknologi membran ni boleh
tingkatkan kapasiti pengeluaran air, kenapa Singapura masih “beli” air
dari Malaysia? Kenapa loji-loji yang dikendali oleh anak syarikat
Kerajaan Selangor tidak menggunakan membran?
Untuk pengetahuan Khalid, memang benar
teknologi membran itu boleh membantu. Membran adalah satu kaedah rawatan
air seperti cara konventional yang digunakan sekarang.
Kalau cara konvensional dah ada “rakan”
bantu pengeluar air di loji sedia ada, mestilah kapasiti pengeluaran air
terawatnya naik. Macam tambah seorang lagi chef di hotel, bukankah
hidangannya akan bertambah, sebab dah dua orang buat kerja.
Terbaru, sistem tadahan “Storm Water”
atau air hujan di hiliran sungai sebagai sumber air pula diperkenalkan
bagi menggantikan projek mega pemindahan air dari Pahang.
Nak buat kajian apa lagi? Langat 2
berdasarkan kajian yang dibuat, di mana pula inisiatif Khalid ??? Bila
musim kemarau nanti “Storm Water” mana yang dia nak ditadah?
Patutnya, Khalid tidak perlu fikir
panjang-panjang mengenai masalah mudah ini dan dia sepatutnya mencontohi
sikap Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang lebih profesional dengan
memberikan kerjasama penuh kepada perancangan Kerajaan Pusat yang
melibatkan industri air di negerinya.
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment