Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, November 4, 2012

KRISIS AIR SELANGOR: AWAT TERUK SANGAT KHALID GAGAP NIHH..???

khalid (3)
MB negeri mana yang teruk sangat niiihhh..?
Penulis tertarik untuk mengulas sidang akhbar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini di Parlimen yang menyatakan bahawa negeri pimpinannya itu sebenarnya tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan air sebagaimana yang didakwa ramai pihak sebelum ini.

Kononnya, sumber air mentah begitu banyak sehingga melimpah ruah di Selangor dan kata Khalid negeri di bawah Pakatan Rakyat itu sebenarnya menghadapi masalah kekurangan sumber air terawat.
Oleh yang demikian, Menteri Besar Selangor itu mendakwa bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu memandangkan kesan positif dari projek berkenaan hanya akan dapat dirasai selepas tiga atau empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2016.

Dalam kotak pemikiran beliau, pembinaan Langat 2 tidak masuk akal kerana ia mengambil tempoh yang lama untuk menyelesaikan masalah air di negeri Selangor.

Sebaliknya Menteri Besar itu mahu para pegawainya bermesyuarat dengan pihak syarikat konsesi air, SYABAS, pada setiap hari bagi membincangkan soal mekanisma atau cara mengurangkan air tidak terawat (NRW) sebanyak 33 peratus.

Kononnya, kalau jumlah peratusan NRW berjaya dikurangkan, maka seluruh rakyat Selangor akan menerima bekalan air bersih akan mencukupi.

Sebenarnya penulis tidak pasti di mana Khalid meletakkan akalnya ketika berfikir mengenai soal krisis air di Selangor.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui pakar-pakar industri air sebelum ini telah pun membuat kajian terperinci mengenai masalah air di Selangor selepas mengalami krisis yang menjejaskan kehidupan rakyat negeri itu dan sekitar Lembah Klang pada tahun 1998 dulu.

Dalam kajian tersebut dan berdasarkan peningkatan kepadatan penduduk serta kepesatan industri perniagaan di Selangor, krisis air itu akan berulang lagi pada tahun 2014. Memandang Langai 2 belim dibina, 8 projek mitigasi terpaksa dilaksanakan untuk menampung bekalan air dan mampu bertahun sehingga 2016.

Malah kini, rakyat dan kawasan industri di sebelah selatan negeri itu telah mula merasai bahang krisis di mana beberapa kawasan tidak mendapat bekalan dan mengalami masalah tekanan air rendah sehingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Persoalannya, apakah Menteri Besar itu fikir beliau lebih pakar berbanding pakar-pakar SPAN yang membuat kajian menyeluruh pada siang dan malam itu?

Memanglah Loji Langat 2 dirancang oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini untuk dibina bagi memenuhi keperluan jangka panjang dan dijangka siap pada tahun 2014 untuk digunakan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Pusat telah memberikan komitmen untuk menyediakan dana untuk membina loji tersebut tanpa meminta satu sen pun dari Kerajaan Negeri Selangor. Sememangnya ini adalah sebahagian daripada Water Security Industries Act di mana Pengurusan Aset Air Berhad menguruskan aset air dan operasi dan pengendalian aset tersebut oleh kerajaan negeri ataupun pihak yang telah diberi kuasa.

Itu belum lagi disebut mengenai pelan mitigasi bekalan air bersih bernilai lebih RM606 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat untuk membantu Khalid memujuk rakyat Selangor dari marah atas kedegilannya tidak mahu membenarkan pembinaan loji Langat 2.

Dengan pelan mitigasi yang bersifat jangkan pendek dan terbinanya Loji Langat 2 yang bersifat jangka panjang pada tahun 2016 nanti, rakyat Selangor tidak perlu bimbang lagi dengan ancaman krisis air di kawasan mereka.

Dan disebabkan itulah juga Kerajaan Pusat bertegas mahu meneruskan projek pembinaan Loji Langat 2 meskipun terpaksa berdepan dengan seorang Menteri Besar yang jelas lebih mementingkan politik berbanding kebajikan rakyatnya.

Dengan kadar pertumbuhan penduduk dan kepesatan ekonomi di negeri paling maju di Malaysia itu, loji Langat 2 dijangka mampu menampung bekalan air bersih di Selangor khususnya di kawasan selatan.

Sebenarnya penulis rasa agak lucu bila Menteri Besar itu bercadang untuk mengarahkan para pegawainya bermesyuarat dengan SYABAS pada setiap hari!

Bukan apa, apakah Khalid fikir dengan gebang-gebang di meja mesyuarat setiap hari akan memberikan hasil yang produktif dan mampu menyelesaikan masalah NRW?

Pada penulis, dari menghabiskan wang rakyat membeli kuih muih, minum petang, kertas A4, air mineral, buang masa dan membayar elaun mesyuarat begitu, lebih baik Khalid luluskan saja permohonan SYABAS untuk membuat pinjaman bank bagi membeli paip-paip saliran baru.

SYABAS sebelum ini telah memohon persetujuan dari Kerajaan pimpinan Khalid untuk memohon pinjaman dari bank bagi membeli paip-paip baru menggantikan yang lama bagi mengurangkan Non Revenue Water seperti yang dipinta, tetapi Menteri Besar itu telah membekukan capex.

Kononnya Khalid memberi alasan bahawa SYABAS enggan membeli paip dari syarikat yang direkomen oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tapi, tahukah beliau bahawa SYABAS wajar memilih syarikat pilihannya sendiri yang dikatakan lebih berkualiti, tahan lama dan praktikal untuk digunakan bagi menggantikan paip-paip bocor yang meningkatkan peratusan NRW?

Saya percaya bahawa sekiranya Khalid meluluskan permohonan SYABAS itu, sudah tentu kadar peratus NRW di Selangor tidak akan mencatat jumlah yang tinggi dan krisis air di negeri “jajahan” Pakatan Rakyat itu tidaklah meruncing seperti sekarang.

Sebenarnya, pelan industri air di Selangor tidak akan bermasalah sekiranya Khalid tidak berdegil dan menerima perancangan terbaik yang telah disusun rapi oleh Kerajaan Pusat.

Dengan paip-paip baru SYABAS, pelan mitigasi dan komitmen Kerajaan Pusat untuk membina loji Langat 2, rakyat Selangor sudah pasti tidak akan diancam oleh krisis air dan segala-galanya akan berjalan dengan sempurna.

Rakyat Selangor sebenarnya sudah bosan dengan sikap dolak-dalih Khalid berkenaan isu air yang mengganggu kehidupan mereka dan penulis diberitahu bahawa ramai di kalangan mereka yang tidak sabar-sabar menunggu Pilihanraya Umum ke-13 bagi menterjemahkan kemarahan mereka…

Takkanlah Khalid sanggup membiarkan Pakatan Rakyat hilang kuasa di negeri paling maju itu hanya disebabkan kedegilannya itu? Khalid mahu terus dipersalahkan seumur hidup? Segalanya terserah pada Menteri Besar itu…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!