Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, November 23, 2012

Kegagalan Penstrukturan Semula Air Selangor Bakal Tentukan Kebusukan Hati Khalid “Gagap”..!!!

Khalid Air Selangor

Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor baru-baru ini mengeluarkan Kertas Putih mengenai penstrukturan semula air di negeri itu berjudul “Kertas Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putajaya”.

Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa penstrukturan semula air di Selangor telah gagal dan menyalahkan Kerajaan Pusat yang kononnya tidak memberikan kerjasama untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri termaju itu.

Dalam pada itu, kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim itu turut menyalahkan syarikat-syarikat konsesi air di Selangor yang dikatakan tidak cekap menguruskan air dan menyebabkan peningkatan kos operasi.

Saya sebenarnya tidak tahu siapa yang menyediakan laporan mengenai penstrukturan semula industri air itu, namun alasan mereka untuk meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Pusat dalam hal itu memang benar-benar bodoh!

Apakah mereka fikir mereka boleh memperbodohkan rakyat dengan alasan begitu sedangkan satu Malaysia tahu betapa Kerajaan Pusat telah bertolak ansur dan bersedia untuk memberikan kerjasama untuk menstruktur semula air di negeri Selangor.

Paling utama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin juga pernah menyatakan bahawa Kerajaan Pusat telah membenarkan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air itu.

Jelas di situ bahawa Kerajaan Pusat telah memberikan kerjasama erat bagi menjayakan kehendak Khalid menstruktur semula industri air di Selangor.

Tapi, di mana pula komitmen Khalid “Gagap” dalam penstrukturan semula air di Selangor?

Patutnya, Khalid perlu menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor dengan menggunakan “kehebatannya” yang kononnya “CEO paling tersohor” untuk berunding harga bagi mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air terbabit.

Lagipun, sepatutnya tugas Khalid itu menjadi semakin mudah memandangkan Kerajaan Negeri Selangor memiliki saham yang berjumlah bukan sedikit di dalam syarikat-syarikat konsesi berkenaan.
Oleh itu, jelaslah dalam hal ini bahawa Khalid “Gagap” telah “GAGAL” dalam membuktikan“kehebatan” dan komitmennya meskipun telah beberapa kali berunding dengan syarikat-syarikat konsesi terbabit.

Oleh yang demikian, tidak wajarlah laporan “bodoh” itu menyalahkan Kerajaan Pusat bagi kegagalan yang sangat jelas menuding jari kepada Menteri Besar Selangor itu!

Tu dia!! Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor pun boleh tolak tawaran. Peliknya kalau beriya nak ambilalih, kenapa tak beli terus semasa ABASS dan SPLASH setuju terima tawaran pada 26 June 2009?

Seperkara lagi, apakah dengan kegagalan Khalid “Gagap” menstruktur semula air di Selangor itu juga akan menyebabkan Menteri Besar itu enggan membenarkan Loji Rawatan Air Langat 2 dibina di negeri itu?

Khalid “Gagap” sebenarnya tidak perlu pun menunggu kejayaan penstrukturan semula air di Selangor untuk membenarkan loji Langat 2 dibina kerana kedua-dua perkara itu sememangnya ketara tidak ada kaitan di antara satu sama lain.

Penstrukturan semula air tidak ada kena mengena dengan pembinaan loji Langat 2 memandangkan loji berkenaan dibina bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri Selangor pada tahun 2014.

Manakala penstrukturan semula air pula lebih menjurus kepada meletakkan industri Selangor di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya.

Oleh itu, jangan disebabkan kegagalan Khalid menstruktur semula industri air di Selangor maka dia akan sengaja menggagalkan pula pembinaan Langat 2 yang sangat-sangat diperlukan bagi mengelak malapetaka melanda rakyat di seluruh negeri itu.

Laporan tersebut ada mengatakan “pelaksanaan Projek Langat 2, YAB Dato Menteri Besar telah menjelaskan bahawa ianya mesti dilakukan dalam konteks penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor”.

Dua benda yang berbeza, tapi dijadikan “senjata” untuk memenuhi kehendaknya.

Lainlah jika Khalid bersifat tidak profesional dalam hal ini dan sengaja menganiaya rakyat sendiri pada tahun 2014 nanti, bukan?

Jika dia berniat busuk kepada rakyat negeri Selangor, sudah tentu dia akan menggunakan alasan kegagalan penstrukturan semula industri air itu bagi menghalang pembinaan loji Langat 2 yang sepatutnya sudah dibina sekarang.

“From Kampung boy to CEO” ni sebenarnya telah gagal dalam usaha penstrukturan semulanya. Syarikat konsesi air telah menolak tawarannya, Kerajaan Pusat dipersalahkan. Siap nak suruh Kerajaan Pusat “pulas tangan”syarikat konsesi untuk terima tawaran. Agaknya beginilah caranya Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor jalan urusan mereka.

Kalau dah pergi ke Putrajaya nanti, bila rundingan ditolak, nak nangis kat sape? Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa lagi ke? Memang tak lepas tanganlah Badan Timbang Tara tu nanti nak layan si Khalid “Gagap”ni… Anwar sendiri pun nanti tak larat nak melayan dia!!

Kita tunggu dan nilai tindakan Khalid “Gagap” seterusnya. Apakah dia seorang Menteri Besar yang profesional atau sememangnya seorang ahli politik yang berhati busuk, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!