Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 24, 2012

Kalau Penstrukturan Air Khalid Berjaya, Boleh Selesai Ke Masalah Air Di Selangor? #Langat2

khalid liar

Bising betul Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim apabila penstrukturan semula industri air di Selangor gagal dilaksanakan sehingga dia sanggup mengarahkan laporan kertas putih penstrukturan tersebut dicetak banyak-banyak dan diedarkan di sidang DUN Selangor.

Malu punya pasal, dia salahkan pula Kerajaan Pusat yang kononnya enggan memberikan kerjasama membantu Kerajaan Pakatan Haram Selangor mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu.

Khalid berkata, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk membantunya mengambil alih syarikat-syarikat konsesi seperti Puncak Niaga, SYABAS, ABASS dan SPLASH.

Sebenarnya, saya ada menerima sepucuk emel yang mengandungi laporan kertas putih itu dan setelah diteliti secara rasional, nampak sangat Khalid menipu untuk menutup malunya sebagai seorang Menteri Besar dan CEO yang GAGAL!

Dalam laporan tersebut menunjukkan bahawa Khalid telah tiga kali berunding iaitu pada tarikh 13 Februari 2009, 25 Jun 2009 dan 31 Januari 2010, dengan semua syarikat-syarikat terbabit dan semua rundingan tersebut menemui jalan buntu.

Persoalannya, mengapa rundingan untuk mengambil alih syarikat-syarikat itu terhenti setakat itu saja?

Laporan Kertas Putih itu memberitahu bahawa Khalid melalui suratnya bertarikh 28 September 2012 kepada Kerajaan Pusat, sekiranya tiada maklumbalas dalam tempoh 14 hari, ini bererti Kerajaan Pusat setuju dengan penstrukturan dan beliau akan kemukakan tawaran pengambilalihan syarikat-syarikat terbabit.

Sehingga kini, tiada tawaran pun yang dibuat Khalid, mengapa?

Seandainya dia benar-benar komited dan ikhlas, sudah tentu dia akan bersungguh-sungguh mengadakan rundingan demi rundingan sehingga mencapai kata sepakat dari semua pihak, bukan?

Berbeza dengan tindakan menyelamatkan kroninya, Talam Corp, Khalid siap tolong bayarkan hutang kepada pihak ketiga lagi..! Kenapa tidak dilakukan perkara yang sama kepada syarikat-syarikat konsesi itu?

Jadi, jika hanya berunding sebanyak tiga kali, nampak sangat Khalid tidak bersungguh dalam menjayakan penstrukturan semula industri air di Selangor!

Lepas itu dia nak salahkan Kerajaan Pusat? Gila ke apa?

Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor pun tolak tawaran. Apakah Khalid fikir Kerajaan Pusat boleh memaksa mana-mana pihak menjual ekuiti atau kepentingan syarikat mereka?

Kalau Kerajaan Pusat campur tangan sekali pun, saya yakin lepas ni pembangkang akan putar belit kononnya Kerajaan Pusat pulas tangan syarikat-syarikat terbabit paksa jual, kan?

Kerajaan Pusat sikit punya baik ke bila sanggup mengeluarkan sebanyak RM606 juta untuk melaksanakan pelan mitigasi air bagi memastikan bekalan air bersih di Selangor dan sekitar Lembah Klang tidak terganggu.

Bukan itu saja, Kerajaan Pusat awal-awal lagi sudah memulakan pelan jangka panjang, membina terowong air dari Pahang bagi membekalkan sumber air mentah baru dan merancang pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Tapi Khalid dengki! Dia tak benarkan Langat 2 dibina selagi penstrukturan semula itu tidak berjaya dilaksanakan. Dan bila penstrukturan air tersebut tak berjaya, maka Langat 2 sudah tentu akan terus disabotaj Khalid…

Sebab Khalid tahu Langat 2 tu penting, dalam diam dia pakejkan dengan penstrukturan semula air itu. Dua-dua boleh dilaksanakan,  walhal tak berkaitan pun langsung. Mana boleh idea penstrukturan Khalid diketepikan? Serupa hara kiri diri sendiri..

Pada saya, kalau berjaya sekalipun penstrukturan air yang Khalid mahukan sangat itu, apakah ia akan menyelesaikan masalah rakyat Selangor yang bakal berdepan dengan krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014?

Bibit-bibit krisis air itu telah pun berlaku dan sekiranya Khalid tidak membina Langat 2, saya yakin bahawa rakyat Selangor yang bertambah ramai setiap tahun itu akan menghadapi krisis air yang sangat menyeksakan setahun dua lagi.

Lagi lambat Khalid benarkan Langat 2 dibina, bererti lebih lamalah rakyat Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan sekitarnya tak mandi, tak membasuh, minum air mineral, bertayammum dan terjejas kualiti kehidupan mereka.

Khalid suka perkara ini berlaku? Lainlah kalau Khalid dan Pakatan Haram kalah pada PRU ke-13 nanti. Kalau Pakatan Haram tak berkuasa lagi, saya yakin rakyat Selangor tak perlu rasa risau tak mandi lagi, bukan?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Mackshinoda Akira said...

syabas bro, mohon pautkan saya :)
http://daengselili.blogspot.com/

saya telah sedia pautkan blog tuan :)

memey said...

......

Bila Kak Su Bersuara... Heh!