Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 20, 2012

KAFIRKAN UMNO: DULU HADI, SEKARANG NIK AZIZ PULA...

nik aziz

Sayu sungguh saya apabila dituduh dan difatwakan sebagai golongan “kafir” yang mempertahankan sebuah kerajaan “kafir”. Siapa yang tidak sebak apabila kita yang menunaikan kelima-lima rukun Islam dengan penuh pengertian dituduh sebagai murtad?

Namun itulah yang terpaksa saya telan sebagai seorang ahli dan pendokong UMNO apabila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, mengeluarkan fatwa terbarunya yang menyatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang murtad dan terkeluar dari Islam.

Nik Aziz mendakwa bahawa kononnya UMNO tidak memperjuangkan Islam dan tidak melaksanakan hukum Allah setelah berkuasa di negara ini sejak merdeka lagi.

Dan di atas asas hujah mengikut persepsi sendiri itulah maka Mursyidul Am PAS itu menjatuhkan hukum “murtad” kepada seluruh umat Islam yang menjadi ahli atau mereka yang menyokong parti UMNO.
Saya masih lagi teringat tentang apa yang berlaku ketika Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menyampaikan “amanat”nya yang terkenal pada 7 April 1981 dengan menfatwakan perkara yang sama di hadapan para penyokong PAS ketika itu.

Selepas fatwa tersebut dilafazkan Hadi, telah berlaku pepecahan terbesar di kalangan umat Islam di negara ini sehingga menyebabkan ramai yang terkeliru dan menjadi mangsa keadaan.

Misalnya, kejadian solat dua imam telah berlaku secara berleluasa di mana umat Islam yang menyokong PAS tidak mahu bersolat berimamkan seorang imam yang menyokong UMNO. Tidak sah, kata mereka.

Selain itu, berlaku juga ratusan penceraian di kalangan suami isteri beragama Islam hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik. Malah, pernikahan pasangan yang berwalikan orang UMNO turut bercerai kerana didakwa tidak sah!

Begitu juga dengan insiden mengharamkan haiwan sembelihan orang UMNO di mana para pengikut PAS dilarang sama sekali untuk memakan sembelihan tersebut. Nak hadir ke majlis kenduri-kendara orang UMNO pun PAS tak mahu…

Itulah antara perkara yang berlaku selepas Hadi mengeluarkan “fatwa” dari amanatnya dulu, dan sekarang Mursyidul Am PAS pula yang menyegarkan kembali fahaman “mazhab PAS” tersebut.

Persoalannya, apakah benar dan boleh diterima akal dakwaan dan fatwa Nik Aziz itu? Benarkah hujah Nik Aziz itu berasas dan layak digunapakai untuk memurtadkan umat Islam lain sewenang-wenangnya?

Bagaimana pula dengan golongan yang bukan UMNO dan bukan PAS atau golongan atas pagar? Apakah mereka akan difatwakan Nik Aziz sebagai golongan “khawarij”?

Pada saya, Allah tidak pernah menilai keIslaman seseorang hambanya itu melalui fahaman politik, sebaliknya Allah menilainya dengan memandang dari sudut niat, amalan dan ketaatannya kepada perintah Allah SWT.

Tidak pernah pula saya mendengar firman Allah atau hadis Rasulullah SAW yang menggariskan fahaman politik seorang muslim itu untuk menghukum sama ada mereka Islam atau murtad.

Sekiranya UMNO tidak memperjuangkan Islam, saya tidak fikir negara ini akan mewujudkan kementerian khas yang menjaga hal ehwal agama Islam, perlembagaan yang memastikan keistimewaan agama Allah itu terpelihara dan tidak boleh disanggah oleh mana-mana pihak.

Begitu juga dengan kewujudan mahkamah syariah yang melaksanakan sebahagian besar dari hukum Islam yang telah disepakati oleh jumhur ulama muktabar dan sering dikaji ijma’kan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian zaman.

Islam kekal terulung di Malaysia apabila UMNO menggariskan di dalam perlembagaan bahawa DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Agama Islam yang melebihi kuasa eksekutif Perdana Menteri bagi kepentingan dan kedaulatan agama Allah itu.

Dan dalam masa yang sama, kekuatan Ketua Tertinggi Agama Islam itu diperkuatkan lagi apabila Baginda Yang DiPertuan Agong juga ditetapkan sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang boleh bertindak bagi kepentingan Islam di negara ini sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Apakah Nik Aziz boleh lihat segala perlaksanaan itu di negara lain seperti di Indonesia dan China yang merupakan di antara negara yang mempunyai bilangan umat Islam paling ramai di dunia?

Pada saya, saya enggan memaafkan tuduhan Nik Aziz dan Hadi Awang ini selagi dia tidak benar-benar ikhlas dan insaf memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Dan jika ditakdirkan dia meninggal dunia sebelum sempat meminta maaf, kita berjumpalah nanti di padang Mahsyar dan biarkan Yang Maha Adil saja yang menentukan hutang dosanya…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

tolong siarkan urutan vidio berikut :-
1. vidio percakapan oleh nik aziz tentang kesanggupan dia menerima pertolongan iblis demi menewaskan umno.
2. vidio fatwa dia menghukum tun m yang berkata lebih baik memilih syaitan yang dikenali ...
3. vidio ustaz harun din yang menyuruh tun m bertaubat di atas isu yang sama ...
4. bacaan ayat2 al-quran yang mana Allah melarang bersahabat dengan iblis ...
5. vidio suara lemak merdu mat sabu merayu-rayu normah
6. ucapan niz aziz yang menyatakan mat sabu tidak bersalah kerana berzina dengan bini orang --- menunjukan bahawa dia tidak mahu mengenakan hukum hudud kepada orang yang menjadi sahabatnya atau juga kita boleh tafsirkan sebagai dia sendiri sebenarnya sedang menolak hukum hudud ...
pointnya ...
a. dalam kita melihat kesilapan orang lain ... adakah wajar kita melupakan ksesilapan kita ... dia menghukum umno murtad ... sedangkan mulutnya sendiri ... menyatakan sebaliknya ... (rujuk kes vidio 1, 2 dan 3) ... dengan puak pas ni tak perlu berhujah ... tunjukan perlakuan mereka sendiri ... dan minta mereka komen ...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!