Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 6, 2012

HUDUD: BUKTI JELAS PAS DIBAWAH KETIAK DAP..!!!

dap ganti pas

Berdegar-degar puak-puak Pakatan Haram, khususnya Pak-Pak Lebai PAS, mendakwa UMNO menyokong kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek, yang kononnya menghina Islam dengan menolak hukum hudud dari dilaksanakan di negara ini.

Dalam kenyataan puak-puak PAS tersebut, mereka cuba meracuni fikiran rakyat seolah-olah Presiden MC A sama seperti para pemimpin DAP yang terang-terangan menolak dasar perjuangan hukum hudud PAS selama ini.

Chua Soi Lek sebenarnya dalam kenyataannya itu sebenarnya merujuk kepada draf hudud PAS yang jelas menunjukkan beberapa kelemahan dan kepincangan, membayangkan seolah-olah hukum Allah itu tidak adil.

Dan diatas draf hudud PAS Kelantan – Terengganu itulah Soi Lek berpendapat bahawa hudud PAS akan menyebabkan seramai 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan sekiranya dilaksanakan di Malaysia.

Persoalannya, apakah PAS tahu membezakan di antara hukum hudud PAS dan hukum hudud Allah?

Untuk pengetahuan pak-pak lebai yang menyalak itu, hukum hudud Allah tidak memiliki sebarang kelemahan, menyeluruh dan sangat adil untuk dilaksanakan di sepanjang zaman berbanding hudud ciptaan PAS yang banyak kelemahan, tidak adil serta begitu jumud sifatnya.

Puak-puak PAS ini sepatutnya bertanggungjawab dalam hal salah tanggapan tentang hudud memandangkan merekalah sebenarnya yang mencemar reputasi hudud Allah dengan memperkenalkan hudud PAS yang tidak mencerminkan keadilan sebenar.

Pun begitu, sudahlah mereka tak tahu dan tidak cukup ilmu untuk membuat draf hudud Allah, malah mereka menyalahkan UMNO pula dalam hal ini serta mencabar parti tunjang BN itu untuk mengeluarkan draf hudud “versi UMNO”.

Apakah mereka fikir UMNO itu sebodoh PAS? UMNO sudah lama tahu bahawa PAS hanya mempergunakan hukum hudud sebagai bahan politiknya untuk meraih undi dan parti terbesar umat Islam di Malaysia itu tidak akan terpedaya dengan cabaran PAS itu.

Apatah lagi UMNO dari azalinya sudah tahu bahawa tidak pernah wujud “hudud UMNO” di dunia ini melainkan “hudud Allah” dan “hudud rekaan “PAS”. Jadi, tak payahlah desak UMNO untuk masuk ke dalam perangkap bodoh PAS tersebut.

Pada saya, PAS sebelum ini begitu malu dan tertekan apabila begitu banyak dasar mereka yang “dicantas” DAP apabila bergabung di dalam Pakatan Haram.

PAS tidak tahu dimana mereka mahu meletakkan air muka mereka apabila DAP dengan selamba berkeras untuk menolak dasar Negara Islam dan hukum hudud sebelum ini.

Para penganut “agama” PAS itu sudah lama hilang maruah apabila terpaksa memadam dasar “Daulah Islamiyyah” dan “perlaksanaan hukum hudud” dari kamus perjuangan asal mereka selama berpuluh tahun.

Mereka begitu tertekan apabila parti mereka semakin teruk hilang pengaruh dari kalangan mereka yang pro-ulama di mana ramai di antara mereka yang enggan lagi aktif di dalam parti serta enggan menyokong PAS pada PRU ke-13 ini.

PAS patut rasa malu apabila Nizar dan Azizan Razak beriya-iya menafikan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud ketika di awal pentadbiran mereka di Perak dan Kedah selepas PRU ke-12 sebelum ini.

Jadi, tak payahlah mereka cuba memutar belitkan kenyataan Soi Lek memandangkan sudah jelas bahawa PAS lebih teruk berbanding Presiden MCA itu yang mencemarkan imej hukum hudud Allah di kalangan golongan bukan Islam di negara ini.

Jika benar PAS hebat, parti perlu memastikan DAP menerima perlaksaan hudud dengan rela hati secara terbuka. Itu pun kalau PAS dan pak-pak lebai itu beranilah. Kalau tak berani, lebih baik sembunyi dicelah ketiak Karpal dan Kit Siang!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!