Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, November 11, 2012

GEMPARRR..!!! GUAN ENG ARAHKAN PEGAWAI ROBOH RUMAH WARGA EMAS DAN OKU..!!!?

Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata apabila bahagian depan rumah pusaka milik keluarganya diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tanpa notis di Lengkok Sungai Gelugor di sini.

Kejadian pilu itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, apabila Mariam Tahir, 72 tahun keluar ke pasar bagi membeli keperluan untuk masak tengahari buat anaknya yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar dia terkejut rumahnya dipenuhi anggota MPPP dan pihak polis untuk menjalankan tugasan meroboh.

Katanya, lebih memeranjatkan apabila MPPP bertindak merobohkan struktur hadapan rumahnya dengan alasan bahagian depan rumah itu dibina tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan MPPP.


“Saya tahu salah kerana bina rumah tidak mengikut piawai yang ditetapkan tetapi MPPP sepatutnya memberikan saya notis berhubung pekara itu. Mereka (MPPP) kata dah beri notis tapi saya hanya terima notis terbabit dua tahun yang lalu.

“Selepas itu saya tidak terima sebarang notis lagi malah pagi ini MPPP datang dengan tangan kosong dan terus roboh bahagian depan rumah saya,” katanya dengan nada sedih kepada pemberita ketika ditemui dirumahnya.

Jelas Mariam, dia kecewa dengan sikap MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya.

“Mana budi bicara mereka? Mengapa tidak datang dan memberitahu saya lebih awal mungkin saya boleh mencari jalan penyelesaian,” ujarnya.

“Saya dah tua, anak saya pula OKU kehidupan kami hanya bergantung dengan wang yang disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sekarang sebahagian depan rumah saya telah diroboh, saya takut bahagian belakang juga akan runtuh kerana struktur hadapan sudah tiada lagi,” katanya.

Rumah yang berusia lebih dari 100 tahun merupakan harta peninggalan keluarga Mariam yang kini menjadi tempat dia dan anaknya , Haslina Hashim berteduh.

Pengerusi JKKKP, Kampung Sungai Gelugor, Rosli Ab.Razak berkata, pihak MPPP harus memberi notis terlebih dahulu kepada tuan rumah sebelum membuat tindakan sedemikian. Beliau berasa sangat kecewa dengan tindakan MPPP.

“Saya berasa terkilan dan kecewa kerana tuan rumah tidak menerima apa-apa notis daripada MPPP. Jika kita dapat notis, kita boleh membuat persediaan awal.”

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Omar Fauzar berkata, pihaknya kesal dengan tindakan MPPP yang dikatakan bersikap pilih kasih kerana banyak lagi rumah yang membina struktur haram namun warga emas ini yang mejadi mangsa.

“Banyak lagi rumah yang bina struktur baru di bahagian hadapan rumah, mengapa hanya rumah ini saja dirobohkan?

“Saya mahu pihak MPPP perbaiki semula rumah warga emas itu hari ini juga agar mereka dapat hidup seperti sedia kala,”katanya.

1 comment:

Anonymous said...

yang tukang roboh harta org melayu adalah dari balaci2 melayu dari Pas/Pkr...

hampehh punya Dap tapi lagi hampehh.. Pas /Pkr

Bila Kak Su Bersuara... Heh!