Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 24, 2012

GEMPARRR..!!! ANWAR DIMALUKAN KERAJAAN AUSTRALIA..!!!

pm anwar israel copy

Saya tersenyum sumbing apabila rayuan Anwar untuk Australia campur tangan dan memantau proses pilihanraya di Malaysia telah ditolak mentah-mentah oleh Kerajaan negara tersebut melalui kenyataan tegas Menteri Luarnya, Senator Bob Carr.

Dalam surat Anwar kepada Kerajaan Australia baru-baru ini, “Pemilik Omega” itu memburuk-burukkan negara sendiri dengan membuat tohmahan tidak benar, kononnya pilihanraya di sini penuh dengan penipuan dan rasuah.

Pedih sungguh bila ditolak begini, kan? Beriya-iya Anwar memburuk-burukkan nama Malaysia di Australia, tiba-tiba rayuan dia itu ditolak begitu saja.

Paling sadis apabila Bob Carr melontarkan satu persoalan yang rasional dan terbaik untuk menutup mulut busuk Anwar tentang negara sendiri…

“Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan. Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia”, – Senator Bob Carr, ABC Radio, Australia.

Tak habis-habis Anwar buat perangai. Lepas satu, satu..dan dia tak pernah berhenti menjejaskan imej Malaysia di mata dunia. Anaknya Nurul Izzah pun apa kurangnya, mengikut jejak langkah “papa”nya itu…

Betulkah proses pilihanraya di Malaysia penuh dengan penipuan?

Apakah kemenangan PAS yang menjajah Kelantan sejak tahun 1999 dulu merupakan satu penipuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia? Kalau benar ada penipuan, apakah status Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan itu tidak sah?

Sekiranya benar ada penipuan besar-besaran berlaku di dalam proses pilihanraya di Malaysia, apakah Pakatan Haram mampu menang di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan?

Sedangkan, kesemua negeri dan wilayah tersebut merupakan kubu kuat UMNO/BN sejak lebih 50 tahun merdeka dan tidak pernah jatuh ke tangan pihak pembangkang!

Kalau benar ada penipuan, adalah sangat mustahil sekali untuk Pakatan Haram menang di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen, bukan?

Jadi mengapa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) “menipu” dan “sengaja” mengalahkan UMNO/BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan sebelum ini? SPR sengaja “sabotaj” UMNO/BN? Begitu?

Menyebut tentang rasuah ketika pilihanraya, rasanya Anwar lupa tentang insiden Mursyidul Am PAS “kanto menghulur rasuah” ketika Pilihanraya Kecil (PRK) di salah satu DUN di Kelantan tidak lama dulu.

Ketika kecoh tentang isu “rasuah” Nik Aziz itu, PAS memutar belit lidahnya menyatakan bahawa wang yang diberikan itu adalah “sumbangan zakat” dan bukan rasuah seperti yang didakwa.

Peliknya, ketika kempen PRK sedang berlangsung barulah Nik Aziz nak turun padang dan beri “sumbangan zakat”? Sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan baru dia terfikir nak beri zakat di DUN tersebut? “Sumbangan zakat” atau “rasuah” untuk undi sebenarnya?

Pakatan Haram selama ini menyerang SPR melalui NGO-NGO upahan. Tak kira sama ada NGO itu haram atau berdaftar, mereka tetap dianggap NGO yang dipergunakan untuk menghilangkan kreadibiliti badan bebas yang mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Menyedari mereka gagal dalam usaha propaganda yang diketuai oleh tokoh LGBT itu, Anwar terpaksa menggunakan saluran luar negara untuk meneruskan niat jahatnya itu.

Persoalannya, apakah dia fikir rakyat di negara ini tidak mempunyai akal untuk berfikir secara waras dan akan terpengaruh dengan propaganda jahat yang dilemparkannya itu?

Apakah Anwar fikir negara-negara dunia di luar sana itu bodoh dan akan mudah terpengaruh dengan dakwaan “sesumpah” sepertinya?

Rasanya, hanya Israel yang dibodek Anwar siang malam itu saja yang akan dengar kata Anwar. Itupun kerana Israel mahu luaskan pengaruhnya di Malaysia yang selama ini dihalang oleh Kerajaan UMNO/BN.

Jadi, tidak hairanlah jika Anwar akan mengutuskan surat kepada Rejim Zionis Yahudi Israel memohon campur tangan dan pemantauan pilihanraya dari golongan laknatullah itu nanti, kan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Senator Carr tu bukan jenis jalan belakang kut ?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!