Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, November 27, 2012

EDISI PANAS HATI..!!! PAS PANAS HATI UMNO DOA "PAS KO"..!!!?


Sangat membanggakan apabila perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun ini berjalan dengan lancar dan majlis berkenaan dimulakan seperti biasa dengan permohonan doa kepada Allah SWT.

Paling menarik, doa yang dibacakan oleh wakil Pergerakan Pemuda UMNO pada majlis tersebut sangat indah akhlaknya apabila mendoakan agar saudara kita di dalam parti PAS dan kepimpinannya supaya insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Dalam doa yang tulus dan ikhlas itu jelas menunjukkan betapa ahli-ahli UMNO cintakan perpaduan sesama umat Islam di negara ini dengan mengenepikan sentimen perbezaan fahaman politik yang mengancam perpaduan ummah yang dianjurkan Rasulullah SAW.


Sebenarnya, saya berpandangan bahawa perhimpunan tahunan UMNO itu boleh “membalas dendam” dengan mendoakan “PAS KO” sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara PAS ketika Muktamar Tahunan parti itu yang ke-58 baru-baru ini.

Namun amat mengharukan apabila para pemimpin dan ahli-ahli UMNO membuktikan hari ini bahawa sikap mereka tidaklah sekeji PAS yang sanggup mendoakan kehancuran saudara segamanya, bukan?

Inilah akhlak yang disarankan oleh Islam sebenar sebagaimana yang tertulis di dalam Al-Quran dan disampaikan oleh Rasulullah SAW, rasul junjungan kita.

Persoalannya, apakah puak-puak PAS itu sedar tentang kesilapan dan kezaliman yang telah mereka lafazkan di dalam doa mereka tempohari?

Secara mudah sebagai seorang muslim dan sekiranya saya seorang muslim yang rasional yang tidak berpihak kepada mana-mana parti, sudah tentu saya memuji akhlak yang ditunjukkan oleh para ahli-ahli UMNO ini.

Bukan apa, bukan saja mereka tidak berdendam, mereka juga membuktikan bahawa mereka cinta dan rindukan perpaduan umat Islam sebagaimana yang berlaku kira-kira 1434 tahun dulu di mana Rasulullah SAW menganjurkan perpaduan di antara golongan Muhajirin dan Ansar.

Dalam peristiwa Hijrah tersebut, perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah menyatukan perpaduan di antara golongan Muhajirin dan Ansar di mana penyatuan tersebut menjadi titik tolak kepada kekuatan kerajaan Islam, Madinah Al-Munawwarah.

Di Malaysia, perpaduan seperti itulah diimpi-impikan oleh setiap nafas umat Islam di negara ini dan mereka sebenarnya sudah bosan dengan pepecahan yang terjadi akibat perbezaan politik, khususnya penolakan PAS kepada jemputan UMNO untuk bersatu.

Malah lebih mengecewakan umat Islam di negara ini, PAS lebih gemar untuk bersahabat dengan “syaitan chauvinis ultra kiasu” yang selama ini mengancam keistimewaan Islam, bangsa Melayu dan tanahair.

Menyedihkan juga apabila PAS juga dilihat sanggup bersekongkol dengan “agen Yahudi” yang “bertalam-talam muka”nya dan menyokong pendekatan rejim Zionis Israel untuk menyerang Palestin sekiranya umat Islam di negara itu mengancam rejim pimpinan Benjamin Netanyahu itu.

Hakikatnya, akhlak yang dipamerkan di dalam doa di majlis perasmian ketiga-tiga sayap UMNO itu wajar dipuji oleh semua pihak, khususnya umat Islam di negara ini.

Persoalannya sama ada PAS akan sedar dengan kesilapan mereka atau tidak, itu terserah kepada mereka. Namun saya tertunggu-tunggu juga sama ada mereka akan memuji doa yang dilafazkan itu atau tidak.

Bukanlah mengharapkan pujian, namun apa yang saya tunggu ialah kesedaran dan kembalinya PAS kepada “tali Allah” sebagaimana yang dianjurkan di dalam kitabullah. Sanggupkah PAS berubah demi perpaduan ummah? Wallahua’alam.

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

Pas sedar dengan kesilapan murshidul amnya. Kepada ahli pas mari sama2 kita doakan supaya pok nik bertaubat dan letak jawatan demi nama baik pas.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!