Masih lagi
terngiang-ngiang di gegendang telinga suara-suara sumbang sekelompok
umat yang mengaku Islam sedang mendoakan kehancuran sekumpulan lagi
jemaah Islam hanya kerana mereka berbeda fahaman politik.
Meskipun dikritik oleh pelbagai pihak,
termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan Mufti-Mufti di seluruh negara,
kumpulan yang bergelar PAS itu tetap mempertahankan isi kandungan doa
mereka itu melalui fatwa Mursyidul Am mereka yang bernama Nik Aziz Nik
Mat.
Sehingga kini, pengguna laman-laman
sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang beragama Islam
semakin nyaring bersuara menempelak tindakan PAS yang tidak bertamadun
itu.
Namun seperti biasa, juak-juak pejuang
siber PAS tetap juga “menghalalkan” tindakan mazmumah tersebut meskipun
berdepan dengan firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW yang jelas
bertentangan dengan tindakan PAS pada Muktamar parti itu yang ke-58
baru-baru ini.
Saya tidak pasti apa mahu PAS melalui doa
tersebut. Namun apa yang saya pasti ialah tindakan PAS itu telah
mengundang kesan buruk yang amat sangat kepada rakyat negara ini,
khususnya di kalangan umat Islam.
Pada Jumaat lalu misalnya majoriti jemaah
di sebuah masjid di Batang Kali telah menurunkan tangan dari menadah
doa ketika khatib masjid itu menutup khutbah dengan doa meminta
kehancuran UMNO dan BN selepas mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan
Selangor.
Malah ada yang marah dan tersinggung
dengan kebiadapan khatib di masjid itu, ada di kalangan jemaah yang
keluar dari masjid dan kemudiaannya membuat laporan polis bersama jemaah
lain selepas kejadian tersebut.
Yang menyedihkan, apabila salah seorang
anak qariah tersebut bertanya kepada khatib itu tentang rasional dia
berdoa sedemikian, khatib itu menengking dan melemparkan caci maki
kepadanya, serta cuba mencari sesuatu untuk memukul anak qariah
tersebut.
Nah! Inilah salah satu kesan buruk hasil
dari tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan PAS yang berakhlak
“syaitan” dan berlaku seolah-olah mereka sajalah yang beragama Islam di
negara ini dan memurtadkan saudara seagama yang lain hanya kerana tidak
menyokong pergerakan politik mereka.
Sikap mereka bagaikan pengganas komunis
di negara kita dulu yang akan menembak sesiapa saja yang tidak menyokong
perjuangan mereka. Sinonim sungguh PAS dan Komunis!
Antara hikmah tuntutan solat Jumaat
adalah untuk menyatukan umat Islam di suatu qariah seminggu sekali dan
merapatkan ukhuwwah di antara mereka setelah terpisah dengan urusan
masing-masing di sepanjang minggu.
Namun hanya kerana doa jijik dan jelek
itu, umat Islam yang menjadi anak qariah di Masjid Al Falah, Hulu Yam
Bharu, terpaksa makan hati, kecewa, marah, dicaci maki dan diambang
pepecahan apabila timbul insiden tidak bertanggungjawab seperti itu.
Bila orang menyatakan supaya tidak
membawa fahaman politik ke dalam masjid, mereka “bijak” memberi alasan
bahawa “politik itu sebahagian dari Islam”.
Padahal, politik yang menjadi sebahagian
dari Islam itu bersifat menyatu padukan di antara sesama Islam dan
bertegas serta berlaku adil kepada golongan bukan Islam yang tinggal di
dalam sebuah negara Islam.
Malangnya, politik PAS sangat
bertentangan dengan semangat Islam apabila parti itu menganjurkan
pepecahan, sakit hati, dendam dengki dan pergaduhan di kalangan umat
Islam di negara ini.
Saya amat malu melihat perkara ini
berlaku di kalangan umat Islam di mana ia memberikan imej buruk kepada
Islam di mana golongan bukan Islam akan mencebik melihat percakaran
sesama kita begini.
Persoalannya, apakah PAS sedar tentang
kesilapan dan kesalahannya? Kononnya mereka sedia untuk ditegur
sekiranya mereka bersalah. Namun bila ditegur begini, ramai pula pak-pak
lebai itu yang marah-marah dan nak baling kita dengan batu! Patut ke?
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment