Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 10, 2012

BODOH PUNYA PEMBANGKANG! PERATURAN MUDAH PUN TAK BOLEH IKUT KE?

rafizi

Memang payah bila memberikan arahan kepada mereka yang tidak tahu bahasa dan tidak tahu menghormati undang-undang yang ditetapkan, apatah lagi berdepan dengan orang yang tak lulus SRP dan “apek” tak sedar diri.

Baru-baru ini Yang DiPertuan Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Mulia memberi amaran kepada Ahli-Ahli Parlimen bahawa sudut sidang media di Parlimen adalah untuk kegunaan mereka saja dan bukan pihak lain yang tidak berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa mereka yang bukan Ahli Parlimen, termasuk mana-mana NGO-NGO, supaya tidak bermaharajalela menggunakan sudut berkenaan untuk mereka mengadakan sidang akhbar.

Memang itu peraturan Parlimen sebelum ini dan Ahli-Ahli Parlimen terutamanya pihak pembangkang patut sedar dan tahu hal itu.

Namun mungkin disebabkan kebebalan dan sikap tidak bertamadun para pengikut Pakatan Haram dan NGO yang menyokong pembangkang, sudut berkenaan sering menjadi tempat mereka mengadakan sidang akhbar.

Antara yang kerap berbuat begitu ialah Rafizi Ramli dan ramai pemimpin Pakatan Haram yang bukan berstatus Ahli Parlimen.

Tindakan mereka itu telah menyebabkan ramai Ahli Parlimen yang bersungut dan mengadu mereka tidak dapat mengadakan sidang akhbar kerana sudut itu dimonopoli oleh “muka-muka tembok” yang tidak tahu menghormati Parlimen itu.

Malangnya, ada juga Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Haram yang tidak faham dan menganggap tindakan Yang DiPertua Dewan Rakyat itu tidak wajar serta perlu diberikan kelonggaran.

Persoalannya, apakah pihak Pakatan Haram akan membenarkan mana-mana pihak dari Barisan Nasional untuk menggunakan sudut itu untuk menganjurkan sidang akhbar sekiranya mereka berkuasa nanti?

Rasanya tidak sama sekali!

Contohnya di Kedah, selepas sidang DUN berlangsung, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak akan mengadakan sidang akhbar di sudut dewan yang telah ditetapkan oleh undang-undang Dewan Undangan Negeri.

Sebagai menghormati peraturan dan ketetapan Dewan, pada ADUN dari Barisan Nasional hany menggunakan lobi dewan dan kaki lima di situ sebagai tempat mereka mengadakan sidang akhbar.

Jadi, kenapa pula puak-puak Pakatan Haram tidak dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan itu?

Lagipun, Azizan Razak tidak pernah pun menjemput ADUN-ADUN BN untuk mengadakan sidang akhbar di sudut yang disediakan itu meskipun mereka layak kerana mereka juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Mahfuz dan Tian Chua yang lebih-lebih tu kenapa? Siapa Rafizi untuk duduk di sudut sidang akhbar Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar? Apa pula kena mengena NGO pro-pembangkang untuk menggunakan sudut berkenaan?

Apakah mereka tidak punya pejabat untuk mengadakan sidang akhbar?

Kalau tidak punya pejabat sekalipun, tidak bolehkah mereka menghormati Parlimen dan hak Ahli-Ahli Parlimen serta mengadakan sidang akhbar di kedai mamak atau di kaki lima Parlimen? Payah-payah sangat buatlah sidang akhbar di rumah sendiri!

Saya tidak tahu di mana Ahli Parlimen Pakatan Haram dan puak-puak pembangkang ini letakkan akal mereka. Namun apa yang pasti, sikap yang mereka tunjukkan itu jelas menunjukkan mereka masih memiliki mentaliti dunia kelas ketiga.

Itu pun mereka ada hati untuk menawan Putrajaya? Rasanya hancurlah Putrajaya jika Pakatan Haram berjaya menjajah negara ini suatu hari nanti…kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!