Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, October 19, 2012

Rakyat Selangor Merana Takde Air: Exco PAS Patut Baca Sejarah..!!!

iskandar

Bukan sekadar menjadi “pak turut”, PAS Selangor juga sanggup menjadi “keldai suruhan” PKR dan DAP apabila sanggup “menjilat” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim, mungkin kerana takut dipecat dari jawatan Exco sebagaimana yang berlaku pada Hasan Ali.

Baru-baru ini, ADUN Cempaka yang juga merupakan Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad menuduh Kerajaan Pusat sengaja melanggar undang-undang kerana berkeras mahu membina loji Langat 2 tanpa persetujuan “boss”nya, Khalid “Gagap”.

Kononnya, dengan meneruskan pembinaan Langat 2, Kerajaan Pusat akan memburuk-burukkan imej Malaysia di persada antarabangsa dan akan menyebabkan para pelabur takut untuk melabur di negara ini, khususnya di Selangor.

Dengan muka tidak malu, Iskandar “menasihati” Kerajaan Pusat agar tidak terburu-buru membina Langat 2 dan tidak mengaitkan pembinaan loji tersebut dengan sentimen politik!

Pada saya, kenyataan ADUN dari parti PAS ini jelas menunjukkan bahawa dia sememangnya “buta sejarah”, “buta hati” dan “buta” serba-serbi kerana dia sendiri tidak tahu apa yang dia cakapkan.

Iskandar sepatutnya merujuk kepada sejarah Loji Rawatan Air Sungai Labu di mana pembinaan loji tersebut telah diluluskan pada tahun 2008 oleh kerajaan BN yang memerintah Selangor ketika itu.  Pembinaan loji air yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat ini penting untuk memenuhi masalah kekurangan bekalan air di daerah Sepang.

Apabila siap dibina pada penghujung tahun lepas, Khalid “Gagap” dengan sengaja enggan memberikan kebenaran untuk mengambil air daripada sungai untuk diproses walaupun sedar bahawa pada ketika itu kawasan di sekitar Sepang menghadapi masalah kekurangan bekalan air.

Mengenangkan komitmen Kerajaan Pusat terhadap kepentingan rakyat, Kerajaan Pusat telah menuruti kehendak Khalid dengan memberikan hak operasi dan pengendalian loji tersebut kepada anak Syarikat Kerajaan Selangor, Konsortium Air Selangor Sdn Bhd.

Dari kes ini, maka jelaslah Kerajaan Pakatan Haram Selangor menunjukkan kebodohan, keegoan dan pendirian yang lebih mementingkan politik berbanding rakyat sendiri!

Perkara yang sama juga boleh berlaku kepada pelabur yang telah siap pembinaan kilang atau perniagaan, di mana kerajaan Khalid “Gagap” ikut suka mak bapak dia sama ada nak luluskan CF dan pelbagai lesen lagi untuk operasi.

Dari itu, pada siapa nak melabur di Selangor nanti kena fikir betul-betul. Kalau Khalid tak luluskan dah tentu akan rugi besar dan teraniaya..kan?

Dalam hal ini, jelaslah bahawa Khalid begitu mementingkan projek dan keuntungan serta wang ringgit berbanding nasib rakyatnya yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi setiap hari.

Seperkara yang Iskandar dan Khalid perlu belajar dari Kerajaan Pusat berkenaan keputusan rundingan pembinaan loji Sungai Labu itu ialah sikap murni Kerajaan BN yang begitu mementingkan rakyat berbanding Pakatan Haram yang lebih mementingkan sentimen politik dan wang!

Dalam hal ini, siapakah sebenarnya yang menakut-nakutkan para pelabur asing untuk melabur di Malaysia?

Dan siapa pula yang secara turun temurunnya begitu terkenal suka menjatuhkan imej negara di persada antarabangsa dengan menunjukkan sikap tidak profesional, mengada-ngada, mementingkan kepentingan politik peribadi dan busuk hati?

Dari kes pembinaan loji Sungai Labu dan Langat 2 ini, rakyat dengan jelas dapat melihat kebobrokan dan Kerajaan Pakatan Haram serta para pemimpinnya yang mengamalkan dasar-dasar yang merugikan rakyat, ekonomi negeri dan pelabur yang datang mencari rezeki di Selangor.

Misalnya, media baru-baru ini telah melaporkan syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove, menghadapi masalah kekurangan bekalan air sehingga menjejaskan produktiviti kilang tersebut.

Dalam hal ini, jelaslah bahawa Selangor memang mempunyai masalah kekurangan bekalan air dan menyusahkan para pelabur yang menjalankan kegiatan ekonomi mereka di sini.

Khalid mesti salahkan Syabas sebab tidak cukup bekalan air, tapi harus diingat kerajaan negeri punya pegangan 30 peratus dalam Syabas dan lebih menarik lagi ada satu pengarah yang mewakili kepentingan ini.

Kalau Syabas tak cekap, serupalah Kerajaan Selangor juga tak cekap.  Wakil mereka tidur ke?

Dan dari kenyataan pihak pengurusan Top Glove itu juga membuktikan bahawa Khalid sememangnya penipu kerana dia bermati-matian menafikan negeri Selangor sedang dilanda masalah kekurangan bekalan air.

Justeru itu, jelaslah di sini bahawa imej Malaysia sebenarnya dijejaskan oleh dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang dipimpin Khalid “Gagap” dan bukanlah disebabkan oleh tindakan Kerajaan Pusat.

Sesungguhnya Kerajaan Pusatlah yang selama ini memberikan 300 peratus komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat dan meskipun terpaksa berhadapan dengan sikap berkiblatkan politik Khalid dan Iskandar sendiri, Kerajaan Pusat sanggup berkorban demi rakyat Selangor.

Persoalan yang perlu dijawab, sampai bilakah rakyat Selangor akan terus tertipu dengan permainan politik bohong Pakatan Haram? Rasanya cukuplah sepenggal rakyat Selangor tertipu dan Pakatan Haram perlu dinyahkan dari terus merosakkan negeri paling maju itu…kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!