Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 18, 2012

Rakyat Selangor Mahu Hantar Khalid "Gagap" Ke Rakhine 6 Bulan..!?

khalid garu

Sekembalinya saya dari Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Myanmar baru-baru ini, saya diberitahu tentang penyusutan air di empangan yang didapati semakin hari semakin menuju  tahap kritikal sehingga melebihi tahap 50 peratus dari paras sepatutnya.

Perkhabaran ini membuktikan bahawa jangkaan yang menyatakan bahawa seluruh negeri Selangor dan kawasan Lembah Klang bakal mengalami krisis air pada tahun 2014 adalah benar di mana bibit-bibit masalah itu telah mula kelihatan.

Ketika itu, wajah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim, terus terbayang di benak fikiran saya dan terus terang saya nyatakan bahawa keinginan untuk meludah mukanya begitu kuat sekali di saat tersebut.

Saya tertanya-tanya, apakah dia sebagai pemimpin yang dipilih rakyat Selangor tidak dapat berfikir tentang keutamaan yang sepatutnya di dahulukan?

Antara pembinaan loji Langat 2 dan penstrukturan semula air di Selangor, yang manakah yang lebih penting demi memastikan rakyat di negeri itu terus mendapat bekalan air bersih yang mencukupi?

Khalid “Gagap” begitu sebok berusaha meminta Kerajaan Pusat memberikan komitmen untuk menjayakan penstrukturan semula air di Selangor dan dia memberi syarat bahawa sekiranya kemahuannya itu dipenuhi maka barulah dia akan membenarkan Langat 2 dibina di negeri itu.

Ketika dia meminta itu dan ini dari Kerajaan Pusat, air di empangan dan sumber-sumber air di Selangor masih lagi banyak dan penuh di paras optimum, namun bekalan air bersih telah ketara berkurangan di loji-loji rawatan air.

Kerajaan Pusat melalui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin memberikan komitmen sepenuhnya dengan membenarkan kerajaan pimpinan Khalid membeli semua keempat-empat syarikat konsesi air di negeri itu.

Malangnya, Khalid yang dikatakan CEO paling “ngetop!” di Malaysia itu gagal dalam perbincangan membeli syarikat-syarikat tersebut. Maklumlah, dia tawarkan untuk membeli dengan harga yang murah, siapa yang nak jual?

Asyik “ding dong, ding dong” sana sini, air di empangan semakin menyusut teruk dan sumber-sumber air di Selangor kian tercemar akibat menunggu “projek penstrukturan semula air Khalid” itu! Musim kemarau yang berpanjangan memburukkan keadaan.

Persoalannya, berapa lama rakyat Selangor nak tunggu Khalid selesaikan penstrukturan semula air di Selangor itu? Sudah lama sangat tempoh yang diberikan, sampai kering air di empangan!

Sekarang, malapetaka itu akan ditanggung sepenuhnya oleh seluruh rakyat Selangor dan di sekitar Lembah Klang di mana penyusutan air di empangan serta pencemaran di sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air itu dijangka bakal menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan paling maju itu.

Khabarnya Selangor dan kawasan Lembah Klang merupakan negeri dan kawasan paling “advance” sekali di negara ini, tapi malangnya disebabkan Khalid “Gagap” yang “Gagal”, mereka semua akan menghadapi krisis air seteruk yang dialami pada tahun 1998 dahulu.

Khalid mahu salahkah Allah SWT atas pengurangan paras air di empangan? Kerana hujan tidak turun di kawasan tersebut dan musim kering yang melanda maka Khalid sanggup menyalahkan kuasa Allah yang Maha Menjadikan? Beranikah Khalid?

Nampaknya Khalid begitu angkuh jika dia berani berbuat demikian. Dan sekiranya dia benar-benar seorang yang zuhud kepada kejadian Allah, dia sepatutnya membenarkan Langat 2 dibina segera bagi mengatasi malapetaka yang bakal melanda rakyatnya!

Langat 2 membolehkan sumber air mentah tambahan dari Pahang disalurkan kepada seluruh penduduk negeri Selangor, Wilayah Persekutan dan Putrajaya.

Apalah salahnya jika Khalid segera meluluskan pembinaan Langat 2? Susah sangatkah dia mahu meluluskan sesuatu yang diyakininakan menyelesaikan krisis air di Selangor? Nak buat penstrukturan air pun buatlah, tapi loji Langat 2 itu perlu disegerakan!

Sekarang, keadaan semakin kritikal. Paras air di empangan menyusut teruk dan sungai-sungai sumber bekalan air semakin tercemar. Apa lagi alasan Khalid untuk mengelak diri memandangkan kini kerajaan pimpinannya gagal menyediakan air untuk diproses syarikat-syarikat konsesi.

Jika sebelum ini dia salahkah Syabas, Kementerian, Kerajaan Pusat, SPAN dan semua orang di sekeliling yang tidak menyokongnya, entah siapa lagi yang akan dia persalahkan?

Dan apa pula alasannya kali ini untuk tidak membina Langat 2? Apakah dia akan memberikan alasan bodoh lagi dan mahu terus menunggu penstrukturan semula airnya itu selesai maka barulah dia mahu fikirkan tentang masalah rakyat yang tidak mendapat bekalan air bersih?

Elok rakyat Selangor hantar Khalid “Gagap” tinggal di Rakhine, Myanmar,  selama 6 bulan dan ketika itu barulah dia tahu bagaimana azabnya berkongsi 15 gelen air dengan lebih 8,000 masyarakat Rohingya di sana, baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!