Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, October 2, 2012

PEDASSS..!!! MAHFUZ MEMANG SUKA RAKYAT MATI CEPAT...

mahfuz hadas

Marah benar Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 dengan alasan bagi mengurangkan penghidap penyakit diabetes ketika pembentangan bajet baru-baru ini.

Katanya, alasan tersebut tidak munasabah memandangkan pengurangan subsidi gula itu akan membebankan rakyat yang suka rasa manis dalam minuman atau makanan mereka dan tindakan itu akan menyebabkan harga makanan serta minuman akan naik selepas ini.

Mahfuz berkata, kadar penyakit kencing manis tidak berkurangan meskipun harga gula naik dan ia Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa bahawa subsidi yang ditarik balik itu akan digunakan bagi pembayaran “one-off” BR1M nanti.

Paling menarik, dia mencabar agar menteri berhenti dari terus menjadi ahli politik dan berniaga kuih dengan tidak menaikkan harga walaupun harga gula naik!

Sebenarnya, saya agak malas untuk menghentam Mahfuz memandangkan dia sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh.

Namun mungkin risau ramai puak-puak Pakatan Haram yang bodoh akan mudah terpengaruh dengan Naib Presiden PAS yang paling bodoh dalam sejarah ini, maka saya terpaksa juga menulis mematikan hujah dangkalnya itu.

Punca penyakit diabetes dikenal pasti secara perubatan adalah disebabkan oleh kadar gula yang tinggi di dalam darah seseorang individu.

Sebagaimana maklum, punca penyakit di dunia kebanyakkan berpunca dari cara hidup seseorang itu termasuklah cara dan makanan yang dimakan.

Dalam hal ini, jika banyak gula digunakan dalam segelas air, maka banyaklah risiko bagi individu itu dan sebaliknya jika kurang menggunakan gula dalam segelas air itu maka kuranglah risiko untuknya mendapat penyakit. Itu sedia maklum, bukan?

Memang benar bahawa bahan makanan seperti nasi juga menyumbang kepada peningkatan kadar gula dalam darah, namun gula juga merupakan antara faktor utama yang menyumbang ke arah diabetes. Jadi, tak salahlah alasan Kerajaan Pusat itu.

Jadi, apakah dengan rasa insaf dan membantu kempen menjaga kesihatan itu maka salah untuk menarik balik sedikit subsidi gula tersebut?

Dalam kepala otak Mahfuz, dia terbayang bahawa kedai mamak akan menaikkan harga segelas Nescafe ais dengan tindakan menarik balik subsidi gula sebanyak RM0.20 itu.

Tapi, apakah dia tidak sedar bahawa meskipun Kerajaan Pusat tidak naikkan harga gula, tetapi kedai mamak itu tetap menaikkan harga Nescafe ais kepada RM2 walaupun air minuman itu hanya berharga RM1.50 di kedai biasa.

Persoalannya, mengapa orang minum juga di kedai mamak tersebut? Ini adalah kerana individu yang minum di kedai mamak tersebut mampu untuk membayar harga tersebut meskipun ia lebih mahal dari kedai biasa.

Jadi, usahlah Mahfuz risau tentang kenaikan harga tersebut kerana rakyat memang tahu dan bijak memilih berdasarkan kemampuan masing-masing, bukan?

Lagipun, apalah salahnya jika subsidi yang boleh menyebabkan penyakit itu ditarik dan digunakan bagi tujuan yang lebih memberikan manfaat kepada rakyat?

Dari menggalakkan rakyat mendapat diabetes dan lain-lain penyakit yang berpunca dari gula, lebih baik Kerajaan Pusat berikan peruntukan subsidi tersebut kepada rakyat dalam bentuk yang lain seperti BR1M, menambah subsidi perubatan hospital dan sebagainya.

Cuma, saya sarankan Mahfuz supaya tak payahlah mencabar menteri untuk meletak jawatan dan berniaga kuih muih tanpa menaikkan harga.

Bukan apa, rakyat di kampung halaman Mahfuz di Kedah langsung tidak naikkan harga makanan dan minuman meskipun harga runcit barangan naik. Ini adalah kerana mereka tetap mendapat untung meskipun harga barang naik.

Caranya? Caranya mereka bersedia mengurangkan kandungan gula dalam minuman dan hanya menambah manis minuman sekiranya ada permintaan. Lagipun, peniaga di Kedah sayangkan pelanggan mereka dan tak mahu para pelanggan mati cepat!

Rasanya, para peniaga restoran di Kedah jauh lebih bijak dari Mahfuz yang meraban dan meroyan saban hari sedangkan dia tak tau apa-apa pun tentang realiti kehidupan yang sebenar…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Buat apa kao layan orang bodoh... Nanti kao jadi bodoh.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!