Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, October 1, 2012

PEDAS BERAPIII..!!! TONY PUA "RACIST" SERANG SYED MOKHTAR LAGI..!!!

tony silap

Naik menyampah pula apabila melihat kemarahan dan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang beriya-iya mendesak Kerajaan Pusat untuk mendedahkan hutang tokoh perniagaan Melayu terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dan syarikatnya.

Tony Pua semalam sekali lagi mendesak pihak Kerajaan Pusat untuk menyatakan status perniagaan Syed Mokhtar, kononnya tokoh korporat Bumiputera terkaya di Malaysia itu berhutang sehingga RM34 bilion ringgit.

Menurut Ahli Parlimen DAP itu, hutang yang puluhan bilion ringgit yang dimiliki oleh Syed Mokhtar itu akan menyebabkan negara dilanda “malapetaka ekonomi” dan ia kononnya Kerajaan Pusat cuba melindungi akaun perniagaan taikun Melayu tersebut.

Persoalannya, siapa Tony Pua untuk mempersoalkan tentang perniagaan milik persendirian individu perseorangan?

Mengapa Tony Pua mendesak agar akaun perniagaan Syed Mokhtar didedahkan di khalayak ramai?

Sedangkan, begitu ramai taikun sebangsa dengannya seperti Robert Kuok, Teh Hong Pow dan Lee Shin Cheng yang jauh lebih kaya dari Syed Mokhtar tapi langsung tidak disentuh atau didesak untuk didedahkan akaun perniagaan mereka.

Mengapa Tony Pua tidak bertemu Robert Kuok atau Ananda Krishnan dan minta mereka mendedahkan akaun perniagaan masing-masing memandangkan mereka juga taikun di dalam dunia perniagaan di negara ini?

Manalah tahu kalau-kalau tokoh-tokoh perniagaan itu juga memiliki hutang yang mencecah ratusan bilion ringgit, kan?

Selain itu, dari mana Tony Pua mendapat maklumat secara tepat bahawa syarikat milik Syed Mokhtar berhutang sebanyak RM34 bilion sedangkan maklumat mengenai akaun syarikat persendirian sepatutnya menjadi rahsia yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Jika benar Tony Pua berani dan mempunyai fakta tersebut, dia sendiri boleh kemukakan kepada khalayak ramai melalui sidang media.

Cuma, selepas pendedahan tersebut dilakukan, Tony Pua perlu bersedia untuk menerima surat saman dari pihak Syed Mokhtar atas kepalsuan yang didedahkan dan Ahli Parlimen DAP itu juga bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Kemudian, Tony Pua juga terpaksa menanti dakwaan yang sama sebagaimana yang dihadapi oleh Rafizi Ramli sekarang di mana Pengarah Strategik PKR itu sedang bergelut dengan tuduhan melanggat akta BAFIA di mahkamah.

Persoalannya, mengapa pula Tony Pua cuba mendesak kerajaan untuk mendedahkan akaun perniagaan Syed Mokhtar?

Apakah pemimpin DAP yang selalu menuduh menggunakan angka palsu itu cuba mengalihkan kesalahan melanggar akta BAFIA itu kepada Kerajaan Pusat? Tolonglah, Kerajaan Pusat tidak bodoh seperti Rafizi…

Sewajarnya, jika Tony Pua benar-benar ikhlas dalam pertikaiannya itu, dia perlu mendesak taikun-taikun selain dari Syed Mokhtar untuk menyatakan akaun peribadi mereka. Itu pun kalau Tony Pua berani lah, kan?

Kalau benarlah fakta yang dikemukakan Tony Pua itu, dia sebenarnya boleh mendedahkan maklumat berkenaan kepada rakyat Malaysia tanpa mendesak pihak Kerajaan Pusat untuk melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang itu.

Pada saya, Tony Pua sebenarnya mungkin sengaja “menyerang” Syed Mokhtar dan perniagaan tokoh Ma’al Hijrah 1429H itu bagi pihak Guan Eng memandangkan kerisauan Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap pengambil alihan Penang Port.

Khabarnya, Guan Eng benar-benar takut jika Syed Mokhtar mengambil alih Penang Port memandangkan pelabuhan di Pulau Mutiara itu dikuasai oleh beberapa ahli perniagaan Cina yang begitu banyak membantu dana DAP di negeri itu.

Apapun, tahniah saya ucapkan kepada Syed Mokhtar memandangkan beliau begitu digeruni oleh para pemimpin DAP yang begitu terkenal dengan sifat chauvinis ultra kiasunya itu.

Harapnya, beliau sentiasa “cool” dan terus menolong rakyat melalui Yayasan Al-Bukhari yang begitu banyak membantu umat Islam di negara ini. Usahlah dipedulikan dengan puak-puak DAP yang sememangnya tidak pernah suka melihat bangsa Melayu Muslim lebih maju dari mereka…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

abg nuar said...

pelik sunguh knp ramai sangat x puas hati dgn syed mokhtar hanya disebab kan die melayu islam maka brbagai jenis manusia x puas hati dgn die...kalau nk jadi mcm die brusha lah x payah nk serang die...berniaga sendiri dari bawah hingga naik maju mcm nie usha gigih die sendiri napa masa die susah dulu xde sapa tlg die tp bila die dah maju semua terbakr...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!