Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, October 2, 2012

PANASSS..!!! NURUL IZZAH LEBIH BODOH DARI MAHFUZ..??!!!

bajet 2013

Saya tertunggu-tunggu komen balas beberapa pemimpin Pakatan Haram, khususnya dari “pakar ekonomi PAS”, Mahfuz Omar, mengenai pembentangan bajet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini di Parlimen.

Ternyata penantian saya tidak sia-sia apabila Naib Presiden PAS itu membuka mulut dan memberi komen “ilmiah”nya tentang bajet yang mendapat pujian majoriti penganalisis ekonomi itu.
Kata Mahfuz…
“Sebenarnya tiada reformasi untuk mengatasi hutang negara yang semakin meningkat. Saya sifatkan bajet ini hanya untuk ‘survival’,”
Merujuk kepada ulasan Mahfuz tentang bajet yang disiarkan oleh media di atas, jelaslah bahawa “pakat ekonomi Pokok Sena” itu begitu tolol dan tidak punya sebarang modal untuk menyerang bajet tersebut.


Apakah Mahfuz fikir Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan perlu memberitahu dewan bahawa Kerajaan Pusat akan melangsaikan hutang sebanyak beberapa bilion untuk mengatasi hutang yang ada?

Apakah dia fikir pembentangan bajet tersebut adalah seperti pembentangan bajet kedai runcit Kak Timah di pekan Pokok Sena, Kedah?

Dari bajet yang dibentangkan itulah Kerajaan Pusat melalui perbelanjaan berhemah dan kualiti pengendalian ekonomi negara yang stabil akan melangsaikan hutang negara mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Mengenai “survival” yang Mahfuz sebutkan itu, saya berpendapat bahawa Naib Presiden PAS itu dapat merasakan bahawa puak-puak Pakatan Haram bakal menghadapi masalah dengan pembentangan bajet yang begitu menguntungkan segenap lapisan masyarakat itu.

Dengan bajet yang mendapat sokongan majoriti rakyat itu, “survival” Kerajaan BN bukan setakat di paras stabil, malah meningkat dengan mendadak ekoran beberapa pengumuman yang begitu menguntungkan rakyat Malaysia.

Pun begitu, saya agak terkejut dengan satu komen paling bodoh yang terbit dari mulut seseorang yang sebelum ini dikatakan “bijak” dan “berpelajaran tinggi”. Dia yang saya maksudkan ialah puteri “Papa Hebat”, Nurul Izzah Anwar.


Kata Nurul Izzah…
“Saya terkejut pengumuman pengurangan kadar cukai kerana apabila bercakap mengenai perbelanjaan, kita memerlukan banyak wang serta kutipan cukai lebih cekap, tetapi ironinya kerajaan mengurangkan kutipan cukai pendapatan”
Komen bodoh jenis apakah ini? Nuruk Izzah tidak setuju dengan pengurangan kadar cukai yang diumumkan Perdana Menteri dan dia berhujah bahawa kerajaan memerlukan wang kutipan cukai yang banyak.

Saya ingin bertanya kepada Nurul Izzah, apakah dia lupa bahawa Anwar sebelum ini melancarkan kempen “pendidikan percuma”, “air percuma”, pengurangan harga kereta dan pelbagai perkara “percuma” untuk menggula-gulakan rakyat.

Jadi, dengan kadar pengurangan cukai sebanyak 1 peratus dalam pembentangan bajet tersebut dikatakan akan mengurangkan pendapatan negara, apakah tindakan bapanya yang mahu memberikan segala-galanya secara PERCUMA kepada rakyat itu tidak akan mengurangkan pendapatan negara?

Apakah Nurul Izzah “buta kayu” untuk melihat tindakan yang bakal diambil bapanya itu sebagai sesuatu yang bakal mengurangkan berbilion ringgit pendapatan negara dan dari sumber manakah “Papa hebat”nya itu memperoleh pendapatan untuk membangunkan negara?

Bila ramai penganalisis ekonomi mengatakan bahawa dasar-dasar Pakatan Haram itu merugikan dan bakal memufliskan negara, puak-puak Pakatan Haram itu mengatakan bahawa kenyataan itu berbaur politik untuk memburukkan mereka.

Tapi, perkara semudah itu pun Naib Presiden PKR itu tidak dapat lihat, bagaimanakah nasib negara ini sekiranya terlepas ke tangan-tangan bodoh pembangkang?

Saya menasihatkan supaya Nurul Izzah usahlah berbangga sangat dengan jawatan bapanya yang merupakan bekas Menteri Kewangan itu memandangkan Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan yang paling bodoh dalam sejarah negara ini.

Apa yang berlaku ketika bapanya itu menjadi Menteri Kewangan ialah segala dasar kewangan ketika itu sebenarnya didalangi oleh bekas mentornya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi “arkitek ekonomi” dan Anwar hanyalah “puppet” yang menjalankan apa yang direncanakan sahaja…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!