Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, October 31, 2012

PANASSS..!!! KHALID TAK GAGAP LAGI DAHHH...... DIA BISU TERUSSS..!!!

khalid garu

Nampaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim tetap mahu menegakkan benang yang basah meskipun tahu bahawa pelan teknologi penapis air membran yang cuba diimport masuk dari Kanada bukanlah satu penyelesaian yang praktikal untuk mengatasi krisis air di Selangor.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Khalid mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak mendapat maklumat tepat mengenai teknologi itu seolah-olah dia seorang saja yang tahu tentang perkembangan teknologi pemprosesan air tersebut.

Katanya, teknologi membran telah berkembang sejak kebelakangan ini di mana ia digunakan di beberapa buah negara untuk memproses air laut untuk menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.

Mempertahankan pelan bodohnya itu, Khalid dengan bongkak menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya tidak memerlukan air dari Pahang dan masalah air yang sedang dihadapi oleh rakyat Selangor dapat diatasi dengan teknologi membran tersebut.

Saya tertanya-tanya, apakah Khalid cukup bodoh untuk memikirkan tentang selok belok perniagaan?

Kata Khalid, dirinya seorang “kampung boy” yang bertukar menjadi seorang “CEO” yang hebat dalam perniagaan, tapi dalam hal ini jelas menunjukkan betapa dia begitu mudah tertewas dengan beberapa “salesman” dari Kanada!

Saya ingin bertanya Khalid, dalam mempromosikan sesuatu perniagaan, apakah pernah dia temui seorang “salesman” yang berkata produk yang dipromosikan itu tidak boleh buat itu dan ini? Dan Khalid begitu mudah dibeli dengan pujuk rayu “salesman” tersebut?

Memang benar teknologi membran berkembang pesat di dunia. Tapi tahukah Khalid bahawa teknologi yang dia katakan itu sudah lama bertapak di selatan negara ini dan dipelopori oleh seorang ahli akademik di UTM, Johor?

Seperkara lagi, apakah Khalid “Gagap” itu fikir maklumat yang diperoleh seorang Timbalan Perdana Menteri bersumberkan dari kajian budak-budak tadika PASTI yang hanya tahu menghafal nama-nama pemimpin pembangkang?

Sudah tentu Muhyiddin memperolehi maklumat kelas pertama yang lebih terperinci tentang kelebihan dan kelemahan teknologi membran berbanding Khalid yang hanya mendapat maklumat dari sekumpulan “salesman” yang datang dari Kanada yang mahu menjual produk mereka!

Khalid memberi contoh bahawa teknologi membrannya itu mampu memproses air laut untuk dijadikan air mentah. Kalaulah benar begitu, maka tak payahlah Selangor memililik 34 loji rawatan air!

Sepatutnya, Khalid arahkan semua loji rawatan air itu ditutup dan dia boleh suruh syarikat dari Kanada itu duduk di persisiran pantai di Selangor untuk memproses air laut untuk disalurkan kepada penduduk negeri itu.

Apa yang Khalid tak tahu ialah negara-negara di Timur Tengah itu tidak mempunyai sumber air seperti Malaysia. Lagipun negara-negara itu merupakan negara-negara kaya yang mampu menanggung kos rawatan air laut yang mahal!

Tidakkah Khalid sedar bahawa dia kini sedang mencadangkan satu pelan yang mahal kosnya berbanding pembinaan loji Langat 2 yang terbukti lebih murah, berkesan dan praktikal untuk menampung keperluan bekalan air bersih untuk rakyat Selangor.

Kini beberapa pakar telah mengatakan teknologi ini hanya untuk merawat dan tidak mampu menambah bekalan air.  Kos permulaannya memanglah tidak sebanyak Langat 2 tetapi perlaksanaannya memerlukan kos yang tinggi akibat dari penggunakan tenaga elektrik yang banyak. “Salesman” Kanada tu ada maklumkan ni tak agaknya.

Dalam akhir kenyataan Khalid, dia kononnya berlakon baik. Kononnya dia “tidak menentang” pembinaan Langat 2 dan mahu projek berkenaan dimasukkan  ke dalam pakej penyusunan perstrukturan semula air di Selangor.

Kononnya lagi, Kerajaan Pusat dan syarikat-syarikat konsesi tidak memberikan komitmen  untuk melaksanakan penstrukturan semula air. Kepala hotak dia! Tak habis-habis nak salahkan orang atas kebodohan diri sendiri.

Padahal, Kerajaan Pusat sudah memberikan kerjasama 300 peratus untuk mengatasi masalah kekurangan air dan sanggup merendahkan ego untuk berbincang mengenai penstrukturan tersebut.

Malah Kerajaan Pusat sudah meluluskan kehendak Khalid untuk membeli keempat-empat syarikat konsesi air di Selangor. Apa lagi yang dia mahu? Pergilah beli syarikat-syarikat itu cepat!

Syarikat-syarikat konsesi air di Selangor tolak tawaran Khalid sebab dia menawarkan harga yang sangat rendah berbanding harga pasaran. Sebagai “CEO terhebat”, gunakanlah kehebatan itu untuk berunding harga yang sepatutnya.

Lagipun, Kerajaan Negeri Selangor ada pegangan saham dalam semua syarikat-syarikat konsesi berkenaan. Pandai-pandailah berunding! Takkanlah itu pun nak minta tolong Kerajaan Pusat? Katanya hebat sangat jadi CEO sampai buat buku “jilat diri sendiri”..!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!