Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, October 19, 2012

PANASSS..!!! KERAJAAN PAS KEDAH TAK HABIS-HABIS SUSAHKAN ORANG KAMPUNG..!!!


Saya dah lama nak tulis pasal benda ni. Tapi selalu terbantut disebabkan terlalu sebok dengan tugas-tugas harian. Tapi, perkara yang saya nak sebut ni memang menjadi rungutan ramai rakyat Kedah, khususnya yang tinggal di kampung dan bahagian luar bandar...

Saya selalu bergaul dengan orang ramai, khususnya pakcik makcik di kampung-kampung. Depa kebanyakkannya buat bendang, menoreh, buat kerja kampung dan sebagainya. Nak tahu masalah depa?

Depa merungut tentang pembayaran bil air rumah!

Depa kata, dulu depa mudah saja bayar bil air di Pejabat Pos. Tak payah keluar ke pekan untuk bayar bil air...

Tapi, lepas PAS ubah sistem pembayaran bil air yang dikelola SADA, depa dah tak boleh bayar di Pejabat Pos lagi dah. Mahu tak mahu, kalau nak bayar bil air depa mesti keluar ke pekan! Lebih tepat lagi ke Pejabat SADA di pekan dan bandar-bandar utama...

Bayangkan, pakcik makcik yang tinggal di kampung-kampung di Pokok Sena, Kuala Nerang, Pedu dan utara Kedah terpaksa ke pekan Jitra untuk bayar bil. Sudah la begitu, depa terpaksa tunggu beratur panjang...

Itu belum lagi disebut di kawasan-kawasan lain di mana mereka agak sukar nak keluar kampung sebab takdak kenderaan. Pengangkutan awam pun datang sejam sekali saja..

Depa kata, bila sampai di kaunter nak bayar bil air, depa kena beratur lama sebab ramai sangat orang. Ye laaa..memang ramai pun pasal satu tempat tu je tempat depa nak bayar bil air...

Aku nak tanya, dasar pembayaran bil air ni ditetapkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah. Tak bolehkah Azizan Razak atau exco berkaitan mudahkan cara rakyat untuk bayar bil air? Depa takdak internet nak bayar secara online pun...

Boleh tak kalau Kerajaan PAS Kedah arahkan SADA sediakan sistem intergrated yang membolehkan bil air dibayar di Pejabat Pos seperti di zaman BN dulu...

Tolong la...kalau UMNO/BN dulu boleh buat, takkan la PAS tak boleh buat? Kalau UMNO/BN dulu boleh permudahkan urusan semudah ni, takkan la PAS nak susahkan rakyat dengan melaksanakan sistem yang tak praktikal ni...kan?

Camana? Nampak sangat PAS Kedah tak reti tabdir negeri dan suka susahkan rakyat...kan!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!