Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, October 24, 2012

PANASSS DI SELANGOR..!!! KHALID GAGAP KELIRU, TAPI DIA TUDUH RAKYATNYA YANG KELIRU..!!!

empangan-1

Saya tidak tahu untuk membayangkan Menteri Besar jenis apakah yang mentadbir negeri Selangor di mana dia dilihat suka “main wayang” sana sini dan berdolak-dalih berkenaan krisis air yang semakin meruncing serta merisaukan rakyat di negeri itu.

Baru-baru ini Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim dalam kenyataannya memberitahu media bahawa bekalan air di Selangor sangat mencukupi dan sedikit pun tidak terjejas meskipun bukti-bukti yang menunjukkan sebaliknya begitu dirasai oleh rakyat.

Malah Menteri Besar itu tanpa rasa bersalah berkata bahawa UMNO/BN sengaja mengelirukan rakyat Selangor dengan membangkitkan isu empangan di Sungai Selangor yang menyusut teruk sehingga ke paras 52 peratus di paras membimbangkan.

Membaca kenyataan yang dikeluarkan Khalid ini sudah cukup untuk saya membayangkan bahawa dia layak dianugerahkan gelaran “Menteri Besar Selangor paling bodoh dan paling tak tahu apa-apa dalam sejarah Kerajaan Negeri Selangor”.


Saya maafkan Khalid sekiranya dia ditakdirkan sebagai insan yang “gagap”, namun untuk dia bersifat “tuli”, “pekak”, “buta hati” dan “buta kayu” dalam hal kebajikan rakyat Selangor, saya fikir tidak mungkin ada yang sudi memaafkan Menteri Besar itu.

Apakah dia begitu “tuli” dan “pekak” untuk melihat, membaca dan mendengar rintihan rakyat Selangor yang bangkit menyuarakan kerisauan mereka terhadap penyusutan empangan Sungai Selangor yang merupakan sumber terakhir bekalan air bersih di negeri itu?

Apakah Khalid “Gagap” ini begitu “buta hati” dan “buta kayu” untuk menilai kesengsaraan rakyatnya yang kini diancam krisis air yang dijangka bakal menjejaskan kualiti kehidupan mereka di negeri paling maju itu?

Dan apakah Khalid tidak prihatin untuk menilai prospek industri dan perniagaan di Selangor yang bakal gulung tikar kerana penyelesaian masalah air yang sengaja dilengah-lengahkannya itu?

Itu belum lagi disebut tentang potensi pelaburan asing yang akan membatalkan hasrat mereka untuk melabur di negeri paling maju itu dan saya tidak hairan sekiranya mereka akan beralih arah ke Johor untuk melabur memandangkan prasarana di negeri paling selatan itu sedang giat dibina.


Menerusi wawancara media-media arus perdana, media-media alternatif dan blogger pro-pembangkang (amenoworld) jelas menyiarkan situasi empangan Sungai Selangor yang menyusut teruk dan bakal memberikan masalah air kepada rakyat Selangor.

Jadi, di mana benarnya kenyataan Khalid yang menuduh UMNO/BN mereka-reka cerita untuk mengelirukan rakyat? Atau Khalid sendiri yang keliru dan serba salah untuk mendahulukan kepentingan rakyat atau kepentingan parti?

Mendahulukan kepentingan rakyat bererti Khalid akan menerima dan bersetuju dengan Kerajaan BN untuk membina Langat 2. Itu bererti dia bakal kehilangan jawatan Menteri Besar kepada Azmin Ali selepas ini.

Mendahulukan kepentingan parti untuk terus berdegil tidak bersetuju membina Langat 2 pula bererti jawatannya “selamat”, tapi rakyat Selangor dan Lembah Klang akan menyumpah-nyumpah kebodohan Khalid setiap hari.


Mungkin kerana itulah Khalid keliru untuk menyelesaikan masalah air di negeri pimpinannya itu. Tapi untuk menyembunyikan kekeliruannya itu, dia menuduh pihak yang tidak berdosa pula yang mengelirukan rakyat Selangor. Bodoh ke apa?

Kini rakyat Selangor, ahli-ahli akademik dan NGO-NGO seperti FOMCA yang tidak bekepentingan politik setiap hari mendesak Khalid untuk mengenepikan kepentingan politik peribadinya dan bersetuju membina Loji Langat 2 bagi meredakan kerisauan mereka.

Rakyat Selangor tidak mahu menderita tak cukup bekalan air selama bertahun-tahun akibat ego dan kebodohan Khalid yang tidak memikirkan kepentingan rakyat dibawahnya. Entah apalah dosa rakyat Selangor pada Khalid hingga dia tergamak menganiaya mereka sebegitu rupa…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!