Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, October 19, 2012

PANASSS..!!! BILA PAS KATA DAP LEBIH BAIK DARI UMNO...

guan eng poya2

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, memberitahu sidang DUN negeri Cik Siti Wang Kembang itu bahawa DAP lebih baik dari UMNO.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2013 di sidang DUN Kelantan itu, Husam memuji-muji Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyalurkan beberapa peruntukan kepada beberapa masjid di negeri Kelantan.

Dan hanya disebabkan “peruntukan-peruntukan” itulah maka Husam mendakwa bahawa DAP lebih baik dari UMNO, dari sudut kaca matanya…

Begitulah tanggapan terkini Husam Musa, pemimpin PAS yang paling kanan dan paling rapat dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengenai DAP setelah mereka bergabung di dalam Pakatan Haram sejak 2008.

Saya tertanya-tanya, apakah hanya kerana peruntukan yang disalurkan kepada beberapa buah masjid di Kelantan itu maka DAP layak dianggap lebih baik dari UMNO?

Saya ingin bertanya kepada Husam, apakah dia buta, pekak, tuli atau cacat akal fikirannya untuk menilai tentang sumbangan serta jasa baik UMNO kepada umat Islam di negara ini sejak zaman berzaman?

Apakah Husam tidak dapat melihat bagaimana Islam diimarah dan dibangunkan oleh UMNO secara wasatiyyah serta menepati ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Jika tidak, takkanlah Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam contoh sehingga banyak negara-negara Islam dunia yang datang untuk belajar dari Malaysia yang diberi gelaran “mini Madinah” di zaman moden ini?

Kalau bantuan dan peruntukan kepada masjid-masjid menjadi ukuran, sudah tentu UMNO jauh lebih baik dari DAP. Malah jasa UMNO yang tidak pernah putus memberikan peruntukan kepada rumah-rumah Allah di seluruh negara membuktikan juga bahawa UMNO jauh lebih baik dari PAS.

Lagipun, apalah sangat jasa PAS yang hanya membina dua buah masjid saja di Kelantan di sepanjang pemerintahan Nik Aziz sedangkan UMNO sudah membina beribu-ribu masjid di seluruh negara, termasuk di negeri Kelantan!

Husam tidak sepatutnya lupa bagaimana DAP menghapuskan perjuangan PAS untuk membina sebuah Daulah Islamiyyah dan hukum Hudud di mana partinya terpaksa melupakan dasar yang menjadi “darah daging” mereka sejak di zaman merdeka lagi.

Husam juga sewajarnya melihat dan sedar tentang sikap “chauvinis ultra kiasu” yang diamalkan oleh para pemimpin DAP yang dilihat mampu menggugat keharmonian kaum yang selama ini berjaya disemai dengan subur oleh Kerajaan UMNO/BN.

Husam juga perlu mengenang tentang kenyataan-kenyataan pucuk pimpinan DAP yang menentang dasar-dasar yang mementingkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu serta hak-hak bumiputera di negara ini.

Apakah Husam lupa bagaimana bencinya Nik Aziz terhadap DAP sehingga “Tok Guru”nya itu pernah melabelkan DAP sebagai “syaitan”?

Dan kini, dengan “syaitan” itulah yang PAS berpeluk dan “syaitan” itulah juga yang dipuji-puja oleh Husam. Wajarkah DAP dikatakan lebih baik dari UMNO?

Husam perlu kaji semula ilmu agamanya kerana Islam menggariskan di dalam ajarannya supaya umat Islam berkasih sayang di antara sesama mereka dan bertindak tegas serta adil terhadap golongan bukan Islam.

UMNO merupakan parti yang disokong oleh saudara seagamanya manakala DAP pula merupakan parti yang mengamalkan dasar membenci dan menafikan kepentingan Islam serta umatnya di negara ini?

Jadi, wajarkah sebagai seorang muslim, Husam berpandangan songsang dengan ajaran yang disampaikan oleg Rasulullah SAW itu?

Rasanya, Nik Aziz belum cukup memberikan tarbiyah terhadap “anak buah”nya yang seorang ini, tapi mungkin juga hasil didikan Nik Azizlah maka Husam jadi “songsang” begini, kan?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Muhammad Naguib bin Kaharudin said...

Betul Bro depa nie dah meroyan dan melalut...jom baca ini pulak kalau pengikut PAS tak sedar lagi...

http://gombakgempur.blogspot.com/2012/10/video-zikir-umno-sama-tak-dengan-zikir.html

tiga minit said...

saya setuju sangat ....manusia dah tamak kuasa...agama di tolak tepi..parah..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!