Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, October 1, 2012

PANASSS..!!! ANWAR PAKSA LAJIM KELUARKAN RM50K UNTUK BELI SURAT CINTA DIA..???

lajim_surat

Meriah betul majlis “lelong melelong” barangan peribadi para pemimpin Pakatan Haram yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini di mana hasil jualan lelongan itu akan disumbangkan kepada tabung dana PRU ke-13 gabungan parti pembangkang itu.

Antara yang berjaya dijual malam itu ialah “teddy bear” milik Teresa Kok yang dijual dengan harga RM10,000, gambar dan tongkat Nik Aziz berharga RM12,000 dan poster “filem” Karpal Singh yang dijual dengan nilai RM12,000.

Selain itu, karikatur yang dilukis oleh kartunis Zunar pula berjaya dijual dengan harga kedua tertinggi sebanyak RM32,000.

Zunar merupakan “raja kartunis” di mana hanya dia boleh lukis kartun provokasi pemimpin BN dan kartunis lain “diharamkan” melakukan provokasi kepada pemimpin Pakatan Haram, kan?

Namun yang paling panas ialah mengenai “surat cinta Anwar kepada Wan Azizah” yang dikarang ketika bekas banduan itu berada di dalam penjara menjalani hukuman atas kesalahan salahguna kuasa menzalimi mereka yang menentangnya semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Surat berkenaan telah berjaya dijual dengan harga RM50,000 oleh seorang bekas menteri BN, Datuk Seri Lajim Ukin, yang juga merupakan ahli parlimen dari Sabah yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

Apakah Anwar mengarahkan Lajim Ukin untuk membeli surat cintanya itu dengan harga RM50,000 sebagai menjaga “air muka”nya supaya dilihat lebih “bernilai” berbanding para pemimpin Pakatan Haram yang lain?

Pada pandangan saya, “surat cinta Anwar – Wan Azizah” itu sebenarnya tidaklah semahal harga yang dibeli oleh Lajim Ukin tersebut. Lagipun, saya yakin bahawa Lajim membeli surat berkenaan bukanlah bertujuan untuk dibaca.

Nak dijual pada Apek “surat khabar lama” pun tak ada harga berbanding “teddy bear” Teresa Kok, tongkat dan gambar Nik Aziz, poster “filem” Karpal dan kartun yang dilukis Zunar yang mungkin ada sedikit nilai kormersilnya.

Setidak-tidaknya, barangan itu boleh dijual dengan harga lebih kurang RM10 di tepi jalan berbanding surat cinta Anwar yang hanya beberapa keping kertas kajang tersebut.

Pada saya, mungkin Anwar tahu surat cintanya itu akan dilelong dan dia mahu seseorang membelinya dengan harga yang mahal bagi menunjukkan bahawa dia “begitu berharga” berbanding pemimpin lain di dalam Pakatan Haram.

Paling mencurigakan, dari mana Lajim Ukin mendapatkan wang untuk membeli surat cinta itu? Dan apakah yang menyebabkan dia sanggup berbelanja sebanyak RM50,000 untuk membeli sesuatu yang layak “dibakul sampahkan” itu?

Saya yakin, sekiranya Lajim Ukin masih lagi merupakan seorang pemimpin BN dan dia membeli potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan harga RM50,000, maka sudah tentu Lajim akan diserang bertalu-talu oleh pemimpin Pakatan Haram.

Sudah pasti Mahfuz, Rafizi dan Tony Pua akan bingkas bangun mempertikaikan tentang wang sebanyak RM50,000 itu dan Lajim pula akan dikaitkan dengan unsur rasuah, bodek dan membazir wang rakyat!

Namun kerana Lajim kini berada di dalam kem Pakatan Haram dan barang yang dibeli Lajim itu pula adalah milik Anwar, maka tindakan pengkhianat rakyat Sabah itu dilihat sebagai “suci” dan begitu dialu-alukan oleh para pemutar alam tersebut.

Semata-mata untuk mengisi dana PRU ke-13, Lajim sanggup menyerahkan sebanyak RM50,000 begitu saja? Mewah benar para pemimpin Pakatan Haram…

Pun begitu, mereka sering mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka “miskin” tidak berduit sehingga terpaksa mengedarkan karung dan peti bagi mengutip derma dari para penyokong mereka di ceramah-ceramah setiap malam.

Itu belum lagi disenaraikan lagi dana-dana yang dibawa masuk dari luar negara yang dipercayai telah diterima dari agensi-agensi Yahudi yang sebelum ini begitu terkenal membiayai siri-siri konfrontasi menggulingkan para pemimpin di negara Islam yang menentang kuasa zionis Israel – US.

Persoalannya, sampai bilakah segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Haram ini akan terus tertipu dengan “mainan jiwa” dan penipuan para pemimpin pembangkang yang hanya pandai “auta” tapi tak  tahu buat kerja ini?

Para penyokong Pakatan Haram bergolok bergadai membiayai perjuangan pembangkang, tapi pemimpinnya bermewah-mewah tinggal di banglo jutaan ringgit, berkempen dengan jet eksekutif dan helikopter.

Mahukah anda terus menerus ditipu hipokrasi para pemimpin pembangkang itu? Tepuk dada, tanyalah Islam yang sewajarnya menjadi pegangan kita untuk membuat penilaian yang terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara…

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

pandai betul pemimpin2 PR ni main wayang.. samapai bila la pecacai2 depa nak sedar

Anonymous said...

Tak tahan la tengok drama pakatan reput ni. keluarkan duit sendiri beli barang sendiri. Semata2 nak tutup isu soros taja diaorang selama ni. Biadap sungguh diaorang anggap rakyat malaysia tolol-tolol belaka.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!