Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 4, 2012

Orang Sampai Orang Buat Iklan Jimat Air Pun Pakatan Haram Fitnah...

lori air
Ni lorry kat Happy Mansion yang masuk iklan tu...
Gambar-gambar ini dikatakan gambar iklan di Happy Mansion, tapi kenapa lorinya berbeza sangat? Tipu ke? Fitnah ke?

Saya agak pelik dengan sikap para penyokong pembangkang yang tiba-tiba mensensasikan isu pergambaran iklan “jimat air” di Happy Mansion di Seksyen 17, Petaling Jaya, khususnya setelah mendapat liputan dari laman pro-pembangkang, Malaysiakini, baru-baru ini.

Dengan tulisan yang bersifat menyemai syak wasangka buruk dan prejudis seolah-olah pergambaran iklan tersebut sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Haram Selangor, isu iklan tersebut tiba-tiba menjadi hangat diperkatakan.

Para penyokong pembangkang mendakwa iklan tersebut didalangi oleh pihak BN dan bertujuan untuk memperdajalkan kerajaan pimpinan Khalid Gagap, khususnya berkenaan isu air yang semakin meruncing di Selangor.

Lebih menarik ialah apabila ramai pengamal siber pro-Pakatan Haram mendakwa bahawa lelaki yang bertopi di dalam video rakaman dan gambar yang dirakam salah seorang penduduk Happy Mansion itu ialah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom.

Alasan mereka cuma satu, iaitu Mohd Ali Baharom dikatakan memakai topi yang sama dengan lelaki di dalam video tersebut!

Saya tertanya-tanya, sampai bilakah puak-puak Pakatan Haram ini mahu memperbodohkan rakyat Malaysia dengan isu-isu bodoh seperti ini?

Salahkah sebuah syarikat produksi iklan mengadakan pergambaran di kawasan kediaman seperti di Happy Mansion?

Apakah menjadi kesalahan sekiranya para pelakon dan “extra”nya mendapat upah dari lakonan mereka untuk iklan tersebut?

Paling utamanya, iklan tersebut belum lagi siap, tapi tukang-tukang komen tidak bertauliah sudah menyalak, menuduh dan memfitnah sesuka hati mak bapak mereka!

Syarikat produksi yang membuat pergambaran di Happy Mansion itu telah mengatakan ia merupakan pergambaran sebuah iklan yang bertujuan untuk menyedarkan rakyat negara ini tentang betapa pentingnya MENJIMATKAN AIR..!

Iklan kempen tu serupalah dengan beberapa iklan kempen kesedaran rakyat sebelum ini seperti iklan kempen jimat penggunaan elektrik, kempen sayangi sungai anda, kempen belilah barangan buatan Malaysia dan banyak lagi iklan kempen komuniti yang lain.

Berkenaan dengan pergambaran iklan di Happy Mansion tu, memang la iklan tu berkaitan dengan air, iaitu menjimatkan air. Yang Malaysiakini dan puak-puak Pakatan Haram terasa sangat tu apahal?

Salah ke buat iklan kempen menyedarkan rakyat untuk jimat air macam tu? Yang puak-puak tak reti bahasa tu terasa sangat tu kenapa pulak? Korang ada buat salah apa-apa kat rakyat negeri Selangor pasal air ke?

Saya tahu la di Selangor ada masalah kekurangan bekalan air. Jadi, dengan adanya iklan minta jimat air ni maka bagus la sikit sebab rakyat akan sedar dan mengambila langkah jimat cermat menggunakan air di Selangor. At least air kat loji tu tak la kering selalu…

Kerajaan Pakatan Haram Selangor patut cakap terima kasih pada usaha iklan air tu sebab dengan kempen begitu, ia akan dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan air bersih dan air yang dijimatkan itu boleh menampung permintaan di kawasan yang tak dapat air.

Tapi yang paling teruk tu ialah sehingga ada beberapa pihak yang memfitnah Mohd Ali Baharom tu. Naya betul dia, tak pasa-pasal je kena fitnah terlibat jadi “pelakon extra” dalam iklan tu. Padahal, lelaki tu bukan Mohd Ali Baharom!

Saya ni taklah pandai sangat bab hukum hakam Islam ni. Tapi bila masuk bab fitnah ni, ia dikatakan lebih teruk dari membunuh! Itu dari sudut Islam.

Dari sudut undang-undang, tukang-tukang fitnah dari Pakatan Haram ni banyak duit sangat ke untuk terima saman? Ada duit nak bayar saman? Atau Anwar dan Khalid akan sponsor korang (pakai duit rakyat Selangor) kalau disaman macam Rafizi Ramli tu?

Kalau tak mampu, baik korang pergi mintak maaf kat Mohd Ali Baharom tu. Kalau tidak, mungkin anda akan disaman di mahkamah dunia sebelum bertemu di mahkamah Allah di akhirat nanti. Macamana? Berani?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!