Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 6, 2012

Khas Untuk Khalid "Gagap": Langat 2 & Struktur Semula Air Perlu Seiring La Weiii..!!!

Langat 2
Rasa macam nak tampar saja kepala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” apabila dia menuduh Kerajaan Pusat tidak komited dalam isu menyelesaikan masalah air yang semakin meruncing di Selangor.
Lebih menjelikkan, Khalid tanpa rasa bersalah sekali lagi menangguhkan pembinaan loji Langat 2 dengan memanggil DYMM Sultan Selangor untuk mencemar duli bermesyuarat dengan Exco-Exco Kerajaannya berhubung isu yang sepatutnya langsung tidak memberi masalah kepada rakyat.
Sepatutnya, isu pembinaan loji Langat 2 sudah dimulakan dua tahun sebelum ini namun atas kebebalan ego politik yang menggunung, Khalid mengada-ngada mahu menstruktur semula air di Selangor sebelum membenarkan projek berkenaan dijalankan.
Padahal, pembinaan loji itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat demi memastikan seluruh rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang tidak menghadapi krisis air yang pernah mereka alami pada tahun 1998 dulu.
Lagipun, apa kena mengenanya penstrukturan semula air itu dengan pembinaan loji Langat 2?
Berbalik mengenai mesyuarat yang “sengaja” diada-adakan, saya yakin bahawa ia adalah bertujuan untuk mengusutkan lagi keadaan. Bincang, bincang dan bincang, dan lagi-lagi bincang. Perlaksanaannya tak pulak dibuat!
Lagipun, Khalid sendiri menyatakan bahawa mesyuarat khas tersebut bakal mengambil masa selama hampir sebulan untuk diadakan dan ia juga bermaksud bahawa Menteri Besar paling teruk dalam sejarah Selangor itu berniat untuk menangguhkan lagi perlaksaan projek Langat 2.
Dalam mesyuarat itu, Khalid bercadang untuk berbincang mengenai penstrukturan semula air di Selangor dan dia sedar bahawa perbincangan demi perbincangan itu sebenarnya langsung tidak menyelesaikan masalah.
Nak tahu kenapa? Sebab Khalid memang gagal! Sudah 2 kali dia berbincang dengan syarikat-syarikat konsesi air Selangor dan dia gagal untuk mencapai persetujuan untuk mengambil alih syarikat-syarikat tersebut.
Iyalah, kalau dia tawarkan harga yang rendah, siapa yang sanggup jual sedangkan syarikat mereka jauh lebih tinggi nilainya! Hutang Talam pun ditolakkan daripada aset syarikat dengan harga yang tinggi!
Jadi cuba bayangkan, untuk mencapai kata sepakat dalam urus niaga membeli syarikat-syarikat konsesi itu pun Khalid masih gagal dan dijangka mengambil masa yang lama untuk berunding, bila pula loji Langat 2 akan dibina..???
Lagipun, untuk bermesyuarat saja dia mengambil masa hampir sebulan, dan agaknya berapa lamakah masa yang dia perlukan untuk berbincang dengan syarikat-syarikat konsesi air itu untuk mencapai persetujuan jual beli?
Selepas penstrukturan semula air itu berjaya, baru Khalid nak benarkan loji Langat 2 dibina?
Rasanya ketika itu mungkin rakyat Selangor akan menghadapi masalah tidak mandi pagi, tidak gosok gigi, tidak buang air, terpaksa guna air mineral untuk masak dan mungkin Khalid sendiri terpaksa bertayammum untuk bersolat!
Melalui mesyuarat khas itu, jelaslah di sini bahawa Khalid mengaku bahawa sememangnya negeri pimpinannya itu sedang dan akan menghadapi masalah air yang serius di mana dia terpaksa memanggil semua Exconya untuk sama-sama pening kepala sepertinya.
Padahal, Khalid sebenarnya boleh selesaikan masalah air rakyat ini sekelip mata dengan membenarkan pembinaan loji Langat 2 itu serta merta dan dia tak payah pening-pening kepala kena “belasah” tiap-tiap hari kerana isu yang begitu mudah ini.
Mengenai penstrukturan semula air Selangor itu, Khalid boleh uruskan sendiri tanpa membabitkan pembinaan loji tersebut, kan?
Saya tidak tahu apa yang bakal Khalid sampaikan kepada DYMM Sultan Selangor nanti. Cuma saya harap dia tidak berani menipu Baginda Tuanku bagi menyelamatkan “leher”nya dari tanggungjawab sebagai Menteri Besar.
Khalid sebenarnya tahu keadaan sebenar tapi takut nak buat keputusan sebab keputusannya akan memihak kepada Langat 2. Sebab tu dia ajak orang lain bincang sana bincang sini nak suruh buat keputusan sepakat. Yalah, ini melibatkan “air muka” parti, takkan nak mengaku kalah!
Pada saya, mesyuarat ini diadakan hanyalah sekadar untuk melewat-lewat dan menyeksa rakyat yang kini dilanda bibit-bibit krisis air. Khalid tidak serius dan tidak komited pun untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Apa yang dia sebokkan ialah penstrukturan semula air di Selangor. Padahal, dia tahu kerajaan pimpinannya tidak ada wang untuk membeli syarikat-syarikat konsesi air itu dan Khalid perlu sedar bahawa dia sememangnya gagal dalam menjaga hal kebajikan rakyat!
Bina loji Langat 2 dulu, kemudian nak struktur apa pun buatlah! Takkan itu pun Khalid tak boleh fikir dan buat? Khalid nak suruh rakyat Selangor terus derita tak dapat bekalan air bersih ke???
Sumber: Mykmu.net

2 comments:

PecahPalakMikir said...

Salam perjuangan bro!
Mohon tumpang berpautan di blog terhebat ini demi perjuangan agama bangsa dan negara
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

Anonymous said...

Duit dah pakai banyak mcm tu la. Nak kena buat la jugak. Nanti kontraktor saman org yg ejas projek. Dah tu yg bagi dulu dah licin. PRU13 nt BN Selangor nak guna duit banyak. Nak tak nak kena bagi jadi, tokey takkan nak huloq benda yg sia2. Khalid akan buat loji tu, cuma dia takmo la sebut kata boleh uat lepas PRU13. Tp bila ada greenlight, apa pun BN akan paw tokey jugak sbb dh tau projek tu tetap jalan. Tu yg khalid buat keras kepala sat. Nak tengok depa menggelupoq

Bila Kak Su Bersuara... Heh!