Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 4, 2012

HEBATTT..!!! BINTANG BOLASEPAK SETARAF PELE BERTAPAK DI JOHOR...

Johan-Cruyff-001


Anda kenal dengan nama Johan Cruyff? Rasanya kalau anak-anak muda di zaman ini mungkin tidak ramai yang tahu tentang beliau, namun bagi golongan yang sudah berumur dan meminati dunia bolasepak, nama Johan Cruyff sememangnya sangat dikenali serta diminati ramai.

Johan Cruyff berasal dari Belanda dan beliau merupakan seorang bintang lagenda bolasepak bertaraf dunia di mana namanya sebaris dengan Pele, Michel Platini, Marco Van Basten ataupun bintang ternama Argentina, Lionel Messi.

Di dalam pemilihan anugerah “European Player of the Century”, nama Johan Cruyff berkedudukan di nombor dua di belakang Pele dan beliau pernah dianugerahkan gelaran Ballon d’Or yang berprestij sebanyak tiga kali selain pernah dinobatkan sebagai tokoh bolasepak terbaik abad sebelum ini.

Lagenda bolasepak ini begitu menyinar ketika menyarung jersi Ajax dan kemudiaannya beliau mencuri tumpuan Barcelona untuk mengikat kontrak Cruyff.

Menariknya, selepas bersara, Cruyff kembali sebagai pengurus pasukan yang berjaya menjulang nama kedua kelab tersebut di persada dunia dan menjadikan beliau sebagai seorang tokoh bolasepak serba boleh.

Namun, tahukah anda bahawa lagenda bolasepak ini kini telah menjejakkan kakinya di negara ini dan bakal mencurahkan segala pengalaman berharganya kepada rakyat Malaysia, khususnya mereka yang berada di negeri Johor.

Baru-baru ini, Johan Cruyff telah datang ke Malaysia dan beliau telah melancarkan sebuah kemudahan bolasepak bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang dinamakan sebagai Cruyff Court yang terletak di Kampung Melayu Majidee, Nusajaya, Johor.

Kemudahan bolasepak itu ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Johan Cruyff – Iskandar Investment Berhad, dan projek amal yang menelan sebanyak RM1 juta itu diberikan secara percuma kepada kanak-kanak di negara ini.


Selain itu, Cruyff juga telah mengumumkan bahawa beliau akan membina Institut Johan Cruyff (JCI) di kawasan yang dikenali sebagai Educity, Nusajaya, Iskandar Malaysia, dan ia merupakan institut yang ke-6 di dunia dan yang pertama di Asia.

Institut itu juga bakal memberikan pendidikan bertaraf dunia dengan menawarkan pelbagai program pendidikan dari peringkat sijil hingga ke peringkat Sarjana (Master) yang dijangka akan melahirkan lebih ramai modal insan dalam bidang pembangunan dan pengurusan sukan di negara ini.

Jadi, jangan terkejutlah selepas ini jika negara kita bakal melahirkan lebih ramai jaguh-jaguh sukan bertaraf dunia di mana pembangunan sukan secara sistematik, teratur dan termoden sebagaimana yang diamalkan di beberapa buah negara maju.

Pada saya, kehadiran Johan Cruyff di negara ini dijangka memberikan impak yang sangat positif kepada dua bidang iaitu kebajikan kepada golongan kanak-kanak hingga remaja dan juga kepada pendidikan tinggi dalam bidang pengurusan sukan yang bertaraf lima bintang.

Kanak-kanak Nusajaya bukan sahaja mendapat kemudahan sukan bertaraf lima bintang yang percuma, tetapi memberi peluang kepada kanak-kanak mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, secara tidak langsung mengurangkan gejala-gejala sosial yang merugikan.

Selain itu, peminat sukan juga kini berpeluang mengasah bakat mengikuti jejak langkah Shebby Singh. Beliau yang dulunya merupakan jaguh bola sepak negara kini menjadi Penasihat Global untuk pasukan Blackburn Rovers.

Pembangunan kawasan Iskandar Malaysia khususnya di Nusajaya yang begitu pesat dijalankan telah dirancang teliti dengan pembangunan secara holistik dan memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia, terutamanya di Johor.

Jadi pembangunan Iskandar Malaysia di Nusajaya ini tidak boleh dilihat dari segi pembangunan fizikal tetapi turut menumpu kepada pembangunan sosial.

Dengan memberikan khidmat bertaraf lima bintang, pembangunan di wilayah Iskandar Malaysia itu juga memberikan fokus kepada persediaan Malaysia menuju ke arah status negara maju serta lengkap dengan prasarana yang moden dan terkini.

Nampaknya rakyat Johor begitu bertuah sekali dengan wujudnya wilayah Iskandar Malaysia dan sewajarnya peluang keemasan seperti itu tidak dilepaskan demi masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang. We love Iskandar Malaysia..!

Sumber: SGB

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!